Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Cara Kurus Cepat Dengan Diet FBM

Cara Kurus Diet FBM

Ada yang marah-marah, katanya kenapa susah nak bagitahu cara kurus cepat diet FBM (Fat Burning Machine) ni macam mana cara dia. Saya akan ceritakan di sini, panjang tapi mesti sampai habis.

Sebelum tu saya pun nak minta doakan supaya saya dapat jaga  amanah bantu orang turun berat, dan lebih sihat untuk mudah beribadah.

1.Diet FBM Bantu Hilangkan Keradangan

Sebenarnya diet FBM bukan saja cara nak kurus cepat semata-mata , tapi kita akan belajar gaya hidup, cara pilih makanan, dan cara makan yang betul. Supaya apa yang kita makan akan jadi ubat bukannya racun yang akan musnahkan kesihatan sendiri.

Hari ini sahaja kalau tengok kepada statistik, berapa orang yang memang di diagnose dengan banyak penyakit walau usia masih awal 30-an. Ia sangat menakutkan dan lebih parah sebab ia bermula dengan pemakanan.

Kadar penyakit kencing manis semakin meningkat

Ini antara penyakit yang jadi pembunuh senyap. Selain daripada penyakit jantung dan penyakit buah pinggang. Dan jangan terkejut sebab punca penyakit ini ialah keradangan, yang berlaku dalam badan secara perlahan-lahan akibat dari salah pilih makanan.

Keradangan Dalam Badan

Pemakanan dan mealplan diet FBM sangat mementingkan kesihatan dari peringkat sel.

Ramai yang dah pernah ikut program diet lain, ada yang dapat turun berat tetapi komposisi badan seperti lemak dan otot tak menunjukkan paras yang sihat.

Sekecil sel perlu dijaga untuk tubuh yang sihat

Bila ikut cara kurus diet FBM, syukur Alhamdulillah, bukan saja berat turun, malah keadaan kesihatan pun turut sama diperbaiki.

Formula diet FBM ialah untuk kesihatan secara menyeluruh. Dan kesihatan menyeluruh ini sangat dipengaruhi oleh tahap kesihatan sekecil-kecil sel.

Keradangan boleh berpunca dari pemakanan, asap, pencemaran dan pengambilan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama.

Ini akan merubah struktur sel dan akan perlahan-lahan memberi kesan kepada tubuh badan.

Keradangan Pada Jantung

Penyakit Jantung Dari Keradangan Kronik

Keradangan kronik akan menyebabkan salur darah menjadi rosak. Kemudian, apabila pengangkut kolesterol iaitu low density lipoproptein (LDL) lalu di kawasan tersebut, ia akan teroksida dan mengalami kerosakan.

Penyebab kolesterol jahat

Inilah punca penyakit jantung  mula berputik, di mana bila ada keradangan yang akan mengkucarkacirkan proses ini. Jadi, cara untuk mencegah ialah dengan mengurangkan keradangan.

Di mana ada keradangan, di situ akan ada masalah kerintangan insulin. Dan itu yang akan buatkan kesukaran untuk kurus.

2.Proses Buang Toksin Dalam Badan

Setiap makanan dan resepi yang dimasukkan dalam mealplan FBM bertujuan untuk banjirkan badan dengan superfood dan polifenol bagi memaksimumkan proses buang toksin dari peringkat sel.

Toksin akan mempengaruhi berat badan

Bila toksin dalam badan tinggi, penapisan toksin di bahagian hati akan jadi terbantut. Bayangkan sinki rumah kita yang tersumbat sebab tak pernah buang keladak, itu lah yang terjadi pada hati.

Akibat badan banyak toksin

Kalau dibiarkan, toksin akan tersimpan lebih lama dalam badan yang akan buatkan kita jatuh sakit dan proses metabolisma akan jadi perlahan.

3.Makanan Diet FBM untuk Usus Sihat

Dalam sistem pencernaan, ada lebih 500 spesis bakteria yang akan mengawal metabolisma, pencernaan dan keradangan badan kita.

Kajian tentang microbiome membuktikan berat badan kita banyak dipengaruhi oleh apa yang bakteria usus makan berbanding apa yang kita makan. Mealplan diet FBM mementingkan kesihatan bakteria baik dalam usus.

Makanan dan menu lulus diet FBM

Bakteria baik inilah yang akan  membantu naikkan metabolisma dan makan kalori yang diambil.

Bila banyak makan jajan, makanan proses dan minuman bergula, bakteria jahat akan membiak dengan cepat. Bakteria jahat pula akan tambahkan penghasilan toksin, gas yang buatkan perut berangin, meningkatkan keradangan dan buatkan berat susah turun.

Bakteria usus pengaruhi kesihatan

Melalui mealplan FBM, ia ada gabungan makanan untuk kurangkan keradangan, buang toksin dan tingkatkan kesihatan usus. Tanpa keseimbangan bakteria baik dan jahat, lapisan usus akan rosak, usus akan jadi bocor, toksin akan tembus keluar dan menyebabkan keradangan.

Betulkan pemakanan dengan meaplan FBM

Dari keradangan, metabolisma akan terjejas, cara otak mengawal selera juga terganggu dan akhirnya menyebabkan kerintangan insulin yang akan membuatkan berat badan naik bagai dipam.

Inilah yang akan seterusnya mengundang banyak penyakit. Jadi, pilih untuk berubah hari ini demi  kesihatan masa depan. Pilih untuk mulakan diet FBM sekarang.

Nina Salleh | Coach Diet FBM