Coach Diet FBM & GGA

Cara Untuk Pilih Vitamin C Yang Terbaik Di Pasaran

Vitamin C dianggap sebagai vitamin serba boleh kerana senarai manfaatnya yang mengagumkan. Namun terlalu banyak yang dijual di pasaran kadang kala memang buntu dan  tak tahu nak pilih mana satu, akhirnya jadi tak terbeli.

Ini 5 cara mudah untuk pilih vitamin C di pasaran dalam menyokong kesihatan badan.

Cara Untuk Pilih Vitamin C di Pasaran

        1. Mempunyai sistem pelepasan berperingkat

Disebabkan badan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri, maka jadi tanggungjawab untuk kita dapatkan sumber vitamin C dari pemakanan mahupun pengambilan vitamin.

Banyak pilihan vitamin c di pasaran. Adakah semuanya sama?

Namun harus diingat walaupun vitamin C diambil dengan  banyak dalam satu-satu masa, badan kita hanya boleh menyerap apa yang diperlukan dan selebihnya ia akan disingkirkan melalui air kencing.

Dengan memilih vitamin C yang mempunyai sistem pelepasan berperingkat, ia akan dilepaskan  sedikit demi sedikit ke dalam badan . Ini penting untuk memastikan vitamin C dapat diserap secara optimum ke dalam badan dan tidak disingkirkan melalui air kencing.

2.Tidak Pedihkan Perut

Vitamin C daripada buah-buahan sitrus kebanyakannya masam serta berasid dan akan menyebabkan pedih perut. Namun terdapat pelbagai sumber vitamin C yang tidak akan menyebabkan keradangan pada perut atau gastrik seperti daripada ekstrak jagung, ia bukan sahaja lembut pada lapisan perut malah sesuai untuk mereka yang ada masalah gastrik.

Jagung sebagai sumber vitamin C

3. Mengandungi Dose Vitamin C Yang Diperlukan

Untuk fungsi optimum, sekurang-kurangnya 500mg vitamin C diperlukan setiap hari. Persoalannya, adakah cukup dari buah-buahan dan makanan yang kita ambil setiap hari untuk dapatkan 500mg vitamin C?

Pelbagai tumbuhan dengan sumber vitamin C

Berapa banyak Vitamin C Yang Perlu diambil Setiap Hari?

Dalam buku Dr Bruce Miller, beliau mencadangkan 500mg setiap hari untuk kesan optimum. Mengikut kajian oleh Institut Perubatan (IOM) pula, pengambilan vitamin C melebihi 3000mg sehari boleh menyebabkan ketoksikan yang rendah dan kesan buruk. Di Malaysia pula, cadangan pengambilan nutrien (RNI) maksimum vitamin C setiap hari tidak melebihi 2000mg.

Kenapa Perlu Amalkan Suplemen Vitamin C?

Seorang pakar dalam bidang nutrisi dan ahli kolej nutrisi Amerika, Dr Bruce Miller dalam bukunya bertajuk ‘Food Supplements: How To Begin” beliau menulis bahawa dose Vitamin C minimum untuk seseorang agar badan dapat berfungsi dengan baik ialah 500mg setiap hari.

Buku asas pengambilan suplemen

Katanya jumlah yang ditetapkan dalam Lembaga Makanan dan Nutrisi Majlis Penyelidikan Nasional iaitu sekitar 75mg sehari. Ia satu jumlah yang sangat minimum dan bukan untuk membolehkan badan  berfungsi dengan optimum seperti membantu badan untuk proses penyembuhan luka dengan baik, pertumbuhan dan juga perlindungan organ dalam badan.

Jumlah tersebut hanyalah untuk mencegah penyakit skurvi.

 4. Mempunyai kompleks bioflavonoid

Bioflavonoid seperti selaput putih dalam buah-buah sitrus akan membantu untuk meningkatkan penyerapan vitamin C. Dalam kajian ini menunjukkan penyerapan vitamin c dengan bioflavonoid meningkat sehingga 35% berbanding vitamin C tanpa bioflavonoid.

Bioflavonoid untuk penyerapan vitamin C

5. Keberkesanan yang diuji secara klinikal

“Saya makan vitamin C tapi sama saja, tak ada kesan apa-apa.”

Untuk elakkan situasi begini, pastikan vitamin C yang diambil adalah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga telah diuji keberkesanan untuk badan kita. Sebab itu berhati-hati dan buat pemilihan yang betul sebelum membeli.

Amalkan vitamin C yang menepati ciri-ciri di atas supaya dapat beri kesan yang baik untuk kesihatan. Terutama di musim wabak Covid-19 begini, jadikan ikhtiar dengan pengambilan vitamin C sebagai salah satu cara kuatkan antibodi.

Dapatkan Sustained-release Vita-C Plus Shaklee yang menepati ciri-ciri di atas.

Order Vitamin C di sini

Nina Salleh | Empowering moms