Nina Salleh | Coach Diet FBM

CARA MUDAH UNTUK BUAT SIMPANAN EMAS

Saya baru sahaja buka akaun emas untuk anak-anak di Public Gold. Sebenarnya dah lama saya dengar pasal simpanan emas ni cuma tak ambil port, Allah belum buka pintu hati. Cewah.

Tetiba terfikir kalau 10 tahun akan datang harga emas insyaAllah melonjak naik berbanding hari ini, rugilah kalau saya tak buat apa-apa waktu emas masih dikira affordable ini.

Tengok harga 2010 dulu. Kini dah hampir 2 kali ganda.

10 tahun lagi mungkin harga cecah RM800 untuk 1 gram? Masa tu pasti saya akan menyesal macam sekarang juga. Waktu emas RM100/gram dulu memang saya tak pandang pun.

Jadi sekarang saya nak kongsikan cara buat simpanan emas dengan serendah RM100 sahaja. Dengan program Gold Accumulation (GAP) Public Gold , iu bapa boleh buka simpanan emas untuk anak-anak, biar ramai dapat manfaat dan dapat sama-sama menabung dengan emas. Nanti bila anak-anak semakin membesar, mereka sudah ada berpuluh gram emas. InsyaAllah.

Cara Buka Akaun Emas Public Gold

Cara nak buka akaun GAP ini mudah sahaja. Ikut sahaja step ini.

1) Log in di sini:

Masukkan PG code dan password untuk log in

Kalian akan dapat PG code jika berdaftar sebagai dealer iaitu dengan membuat belian gold bar minimum 30 gram secara tunai atau ansuran 10 kali.

Atau klik sini untuk saya bantu bukakan akaun GAP untuk anak-anak,  dapatkan nombor code public gold dan password. Kemudian boleh log in sendiri untuk buat simpanan bila-bila masa sahaja, hanya dari hujung jari. Asalkan ada internet dan semestinya duit dalam akaun. Hiii

2) Klik My Account

Klik My Account

3) Pilih Junior Customer Registration (with PG Code)

4) Masukkan details yang diperlukan.

Sebelum tu, mesti create email untuk anak-anak ya.

5) Selesai pendaftaran, kalian akan dapat email pengesahan pendaftaran. Kemudian boleh log in guna PG code yang diberikan.

Sudah ada PG code dan boleh log in akaun sendiri

6) Klik My GAP

7) Klik Buy GAP now

Klik saja buy GAP now

8) Mula buat penyimpanan dengan serendah RM100. Harga emas akan ikut harga semasa.

Masukkan jumlah RM minimum RM100 untuk simpanan GAP.

9) Buat bayaran melalui online banking

10)Sudah siap!

Boleh buka seberapa banyak pun GAP untuk anak-anak dan diri sendiri pun.Duit raya anak-anak nak masukkan ke sini pun boleh.

Saya juga kongsikan jenis emas Public Gold di sini.

Nina Salleh

Kongsi untuk beri manfaat.