Sebaik sahaja diumumkan boleh merentas negeri selepas PKP pertama tempoh hari, kami sekeluarga terus rancang untuk ke Melaka, namun kali ni kami pilih untuk
menginap di hotel yang berbeza.
Hotel yang tidak terletak di bandar Melaka. Kalau tengok hotel ni dari luar, nampak biasa saja. Bangunannya tidaklah nampak gah macam hotel-hotel mewah yang ada di Kuala Lumpur ini. Kali ni kami pilih untuk menginap di hotel yang cantik dan mewah ni, Hotel Ames Melaka.
Lokasi Hotel di Luar Bandar Melaka
Rupa-rupanya ada hotel menarik yang terletak di Melaka, lokasi yangtidak jauh dari exit tol Ayer Keroh. Kalau dari Kuala Lumpur memang rasa sekejap sangat, tak sampai dua jam perjalanan jika memandu pada kelajuan sekitar 120km per jam (atau mungkin lebih huhu).
Walaupun nampak biasa, hiasan dalaman hotel ini nampak sangat mewah. Bila masuk bilik tu terus rasa malas nak keluar, sebab sayang nak tinggal bilik. Mungkin sebab kedudukan di Melaka dan bukan dalam bandar, hotel ini harga semalaman dalam lingkungan RM200-RM300 termasuk breakfast. Memang terkejut giler bila masuk bilik dan tengok dalaman dia macam hotel mewah yang rate ribu-ribu semalaman.
Bilik Hotel Yang Selesa dan Mewah
Kalian yang bercadang untuk ke Melaka dan nak cuti-cuti di sana, cubalah menginap di Ames Hotel, boleh waze saja terus sampai ke destinasi. Serius, kami semua terkejut dengan interior hotel ni dan terus rasa macam ‘kenapa kita baru tahu hotel ni wujud’. Kalau ada rezeki insyaAllah lepas ni hotel ni akan jadi keutamaan kami bila di Melaka.
Tempahan Hotel Ames Melaka
Untuk menginap di Hotel Ames, kalian boleh buat tempahan melalui website hotel atau berhubung terus dengan pembantu pengurus, Puan Nurashiken.
InsyaAllah tak menyesal. Mari kita sama-sama support industri perhotelan dan gerakkan ekonomi negara kita. Bantu sebarkan link blog ini supaya lebih ramai yang tahu tentang hotel ini. Cuti norma baru.
Nina Salleh | Empowering moms