Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Intermittent Fasting bantu proses Autophagy

Masa kelas dengan Saintis Prof Dr Redza Rahman tempoh hari, saya banyak belajar perkara baru antaranya kaitan antara intermittent fasting untuk bantu proses autophagy.

Banyak manfaat puasa

Salah satu perkara yang boleh membantu proses autophagy ialah melalui proses puasa, termasuklah intermittent fasting. Selepas 11 bulan kita hanya makan dan terus makan, Allah swt yang Maha Mengetahui mewajibkan puasa di bulan Ramadan rupanya untuk merehatkan sistem tubuh badan dan memperbahrui sel-sel di dalamnya.

Intermittent Fasting bantu Proses Autophagy

Patutlah rata-rata bila buat carian di Google tentang intermittent fasting, biasanya akan ada kaitan dengan autophagy. Tanda tanya saya selama ini terjawab selepas kelas sepetang dengan saintis Malaysia tempoh hari. Ini akan beri semangat kepada saya untuk teruskan intermittent fasting atau lebih afdhal dengan berpuasa sunat bukan saja untuk kurus, tapi untuk kekalkan tahap kesihatan dan awet muda melalui autophagy.

Beginilah gambaran autophagy

Selain daripada untuk turunkan berat badan, ramai juga yang buat intermittent fasting untuk capai keadaan autophagy untuk overhaul sistem tubuh badan terutamanya mereka yang ada sakit kronik seperti kanser. Menurut Prof Dr Redza, beliau juga selalu buat proses untuk capai autophagy.

Kiranya testimoni autophagy berkesan ada depan mata sebab beliau ialah pesakit kanser tahap 4 yang tidak boleh menjalani kemoterapi. Jadi, autophagy ialah salah satu rutin yang beliau buat untuk kekal sihat.

Apa Yang berlaku Sewaktu Autophagy

Autophagy ialah keadaan di mana badan akan membuang atau memperbaharui sel-sel yang sudah rosak. Sel badan yang rosak akan diproses dan menghasilkan asid amino untuk menghasilkan tisu baru yang lebih sihat.

Gambaran proses autophagy di mana sel memakan sel yang rosak atau melakukan kitar semula

Sebenarnya, autophagy berlaku apabila badan berada dalam keadaan ‘kebuluran’ atau starving. Bila berpuasa atau intermittent fasting melebihi 18 jam dengan hanya minum air kosong, sewaktu kebuluran badan akan memakan sel sendiri yang telah rosak. Sel ini tidak dapat dimusnahkan melainkan dengan proses autophagy.

Tak perlu faham betapa panjang dan bersimpang siur proses sains yang berlaku dalam badan. Cukuplah kita faham bahawa autophagy dapat dicapai selepas 18 jam intermittent fasting.

Manfaat Autophagy Untuk Kesihatan Badan

Banyak kajian yang membuktikan intermittent fasting yang membantu autophagy memberikan banyak manfaat untuk kesihatan antaranya:

1.Mengawal keradangan dan meningkatkan ketahanan badan

2.Mengurangkan risiko penyakit kanser

3.Melambatkan proses penuaan

4.Mengurangkan risiko penyakit disebabkan oleh saraf seperti Parkison’s dan Alzheimer’s

5.Menguragkan risiko jangkitan kuman

Autophagy juga akan menjadikan tubuh badan sendiri sebagai mesin yang efisen untuk membuang sel rosak dengaan cepat bagi memberi laluan untuk pertumbuhan sel baru yang lebih sihat.

Jangkamasa intermittent fasting

Untuk capai autophagy ialah dengan melakukan intermittent fasting sekurang-kurangnya 18 jam. Sepanjang tempoh tersebut, hanya air sahaja dibenarkan. Air manis, air kelapa, air kopi dengan gula juga perlu dielakkan bagi memastikan proses autophagy berjalan dengan maksimum.

Sekiranya tidak tahan dari dahaga, minum air kosong dan sibukkan diri dengan kerja rumah, layan anak-anak dan buat kerja sendiri.

Perkara yang Akan Mencetuskan Autophagy

Ada 4 perkara yang akan mencetuskan proses autophagy supaya berlaku di dalam tubuh badan.

1.Intermittent fasting

Dengan berpuasa kering atau intermittent fasting sahaja pun sudah mampu mencetuskan proses autophagy dalam badan. Bayangkan selama ni bangun pagi je celik mata terus cari nasi kerabu, tapi kali ni kita tak makan pagi. Ia akan menyebabkan stres dan sudah memadai untuk mencetuskan autophagy bagi protein tertentu.

Bulan puasa nanti jangan sia-siakan proses ini dengan pesta makan waktu berbuka

Bulan Ramadan nanti kita akan berpuasa tanpa makan dan minum. Ia akan beri laluan kepada proses autophagy untuk berlaku dengan berganda-ganda.

Jadi, dengan latihan dan usaha melawan nafsu makan pada waktu siang, jangalah kita sia-siakan dengan menjadikan waktu berbuka puasa sebagai pesta makan dengan hidangan penuh meja.

2.Perbanyakkan makan lemak sihat

Kurangkan karbohidrat dan gula, sebaliknyan makan lemak sihat seperti santan, buah avocado, minyak ikan untuk beri rasa kenyang. Ia bukan saja akan bekalkan omega-3 untuk perkembangan otak, tetapi juga membantu mepercepatkan badan untuk membakar lemak.

Makanan tinggi lemak akan membantu

Makan lemak sihat akan membantu kesihatan badan sebab ia tidak menaikkan insulin dalam darah. Tidak seperti makan nasi, roti dan makanan manis yang lain. Bila badan tidak gunakan gula sebagai tenaga, ia akan menggunakan gula simpanan.

Setelah habis gula simpanan, barulah lemak-lemak akan digunakan menggantikan gula sebagai tenaga. Inilah yang akan mempercepatkan proses autophagy.

Lemak dalam badan akan digunakan sebagai tenaga

Amalan pemakanan yang tinggi lemak juga akan  mengurangkan keradangan serta merendahkan risiko penyakit yang kebanyakannya disebabkan oleh masalah kerintangan insulin.

3.Senaman

Senaman dengan berkala sememangnya digalakkan. Zaman teknologi ni dah boleh buat senaman dengan tengok Youtube saja, lebih mudah kalau betul-betul nak hehe. Waktu bersenam otot akan mengalami kesakitan dan mencetuskan ‘starving’.

Senaman sebelum berbuka puasa

Keadaan ini akan mencetuskan autophagy di mana otot-otot akan respon kepada keadaan stres tersebut.

4.Tidur yang cukup

Tidur yang cukup ni bukan masalah besar tapi tak senang nak buat tau. Saya sendiri pun masih struggle nak dapatkan tidur yang cukup. Tambahan waktu malam, dan dan tu lah rasa nak buat kerja itu ini. Tahu-tahu jam dah pukul 2 pagi. Bila tidur tak cukup, hormon akan berlaku ketidakseimbangan.

Buatlah intermittent fasting lama mana pun, susah nak tercetus autophagy. Silap hari bulan berat badan akan bertambah nanti.

5.Supplement Yang Mencetuskan Autophagy

Antara bahan penting yang perlu ada dalam supplement untuk mencetuskan autophagy ialah:

Curcumin

Curcumin mencetuskan autophagy pada peringkat mitokondria, iaitu kilang tenaga dalam sel badan. Ia boleh didapati dengan mengamalkan kunyit hidup atau amalkan supplement yang ada kunyit seperti DTX Complex Shaklee.

Resveratrol

Resveratrol terbukti dapat mencetuskan autophagy. Bukan itu saja, betapa hebat dan pentingnya resveratrol sebab iat mengurangkan keradangan dan mempercepatkan kemusnahan sel kanser. Resveratol banyak terdapat dalam arak merah.

Ada 13 kali ganda kuasa resverartol dalam Vivix Shaklee

Tetapi ia tetap tidak cukup untuk mencetuskan autophagy. Amalkan resveratrol seperti yang ada dalam campuran polifenol Vivix Shaklee, hanya 1 sudu sehari untuk cetuskan autophagy.

Dalam beberapa hari nak sambut bulan Ramadan ni, kita akan berpuasa menahan diri dari makan dan minum. Mudah-mudahan bulan Ramadan nanti akan kekal produktif, di samping dapat kawal nafsu dan melatih diri terutama untuk menjaga pemakanan walaupun selepas bulan Ramadan.

Nina Salleh | Empowering moms