Menu

Manfaat dan Kelebihan Polifenol Dalam Vivix Shaklee

Masa mula-mula berdaftar sebagai pengedar sah Shaklee tahun 2016, sejujurnya saya memang tak faham apa kelebihan yang adalam dalam Vivix Shaklee. Lagi lah terkejut bila tengok harga Vivix ni. Ye lah harga lebih mahal dari satu gram emas. Kalau tengok dengan mata kasar hanya nampak macam cecair biasa berwarna ungu yang mana saya boleh buat sendiri je di rumah.

Sekarang kalau sehari tak minum Vivix, boleh sasau haha

Itu cerita tahun 2016 masa saya tengah ikhtiar untuk masalah eczema juga. Saya terdetik nak cuba Vivix Shaklee. Dalam masa yang sama saya juga ada buat bacaan tentang kajian yang legit tentang kelebihan dan manfaat Vivix Shaklee termasuklah bahan-bahan.

Saya teruja sangat nak tahu apa yang menyebabkan Vivix Shaklee ni istimewa, ramai peminat dan pengguna tegar walaupun harga dia begitu. MasyaAllah bila saya kaji, buat bacaan dan belajar dari ahli nutrisi serta saintis yang terlibat dalam proses penciptaan Vivix, sebenarnya harga Vivix Shaklee ni jauh lebih berpatutan dengan kualiti yang ada pada Vivix.

Manfaat dan Kelebihan Vivix Shaklee

1)Bahan Premium

Kalau tengok bahan-bahan dalam Vivix, semuanya yang jarang dan susah nak jumpa. Kalau jumpa pun, harga memang mahal sesangat.

Anggur muscadine

Tinggi kandungan antioksida dan polifenol terkenal iaitu asid ellagik dan ellagitannis.

  • Menghalang dan mengurangkan pertumbuhan sel yang tidak normal
  • Meningkatkan daya hidup dan pengeluaran tenaga pada peringkat sel
  • Mengawalatur tahap glukosa darah yang sihat

Lobak Ungu

Mengandungi polifenol seperti lutein dengan ciri antioksida yang berkuasa

  • Menggalakkan penglihatan yang sihat
  • Meningkatkan keanjalan salur darah
  • Mengurangkan keradangan

Elderberi

Mengandungi polifenol aktif seperti antosianin, asid fenolik dan flavonol yang mempunyai ciri antioksida, antiradang dan antivirus.

  • Meningkatkan perlindungan imun
  • Ciri-ciri antibakteria dan antivirus
  • Menggalakkan perkembangan sel-sel yang normal dan sihat

Anggur Ungu

Kulit dan biji anggur adalah sumber polifenol yang baik seperti proantosianin yang mempunyai ciri antioksida hebat

  • Meningkatkan kesihatan mata
  • Mengurangkan keradangan
  • Menggalakkan kulit yang lebih muda dan sihat
  • Melancarkan peredaran darah
  • Ā Mengekalkan paras gula dalam darah yang sihat
Bahan premium dalam Vivix Shaklee

Kesemua bahan-bahan ni sangatlah mahal harganya. Untuk beli di pasaran pun saya berkira-kira inikan pula nak jadikan hidangan setiap hari di rumah.

Kalau hidangan sesekali tu boleh la kan. Tengok harga anggur muscadine saja, cecah ratus ringgit untuk 100gram. Ia sangatlah mahal disebabkan jarang dan susah ditemui serta tinggi manfaat untuk kesihatan.

Alahai, berapa biji lah sangat 100gram tu. Saya nak makan dengan anak-anak pun takut tak sempat masuk perut. Lekat celah gigi je, itu pun dah lebih RM100šŸ˜…

Buahan jenis beri memang banyak manfaat untuk kesihatan

Walaupun boleh dapat bahan di tempat lain, tapi untuk hasilkan sebatian seperti Vivix Shaklee adalah mustahil sebab cara pemprosesannya sudah dipatenkan oleh Shaklee.

Antaranya ialah proses untuk mengeluarkan polifenol dari kulit anggur muscadine. Ia perlu dibuat secara berhati-hati dan teknik tertentu. Ini bagi mengelakkan polifenol yang kaya dengan antioksidan itu mengalami kerosakan.

Sejujurnya dulu saya ingatkan boleh je dapat dari buahan semua. Tak perlu Vivix Shaklee dan supplement lain. Rupanya saya silap besar.

Nak dapatkan kualiti dan kuantiti polifenol macam dalam 1 sudu Vivix ni bukan murah kos dia. Jadi saya pilih untuk dapatkan dari satu sudu Vivix Shaklee setiap hari. Itu lebih selamat dan tentunya mencukupi apa yang badan perlu.

2)Kajian tentang kebekesanan

Vivix Shaklee bukan lah terhasil dari proses cuba jaya. Tetapi ia hasil dari kajian keberkesanan tentang polifenol untuk kesihatan tubuh badan.

Dalam Vivix Shaklee, ada anggur muscadine sebagai bahan utama sangat kaya dengan polifenol. Ia mempunya kandungan antioksidan tertinggi antara yang lain iaitu anggur muscadine. Kandungan antioksidan anggur muscadine mengalahkan buah lain dari keluarga ā€œberriesā€ .

Anggur Muscadine

Anggur yang jadi bahan utama dalam Vivix Shaklee mungkin yang paling sedap pernah dirasa kalau berpeluang. Ada banyak kajian tentang anggur muscadine antaranya membantu merencatkan sel kanser.

Kehebatan anggur muscadine yang Allah berikan, tak ada dalam buah lain. Ia mempunyai kromosom lebih, kulit yang lebih tebal membuktikan ketahanannya yang memang tinggi dengan antioksidan.

Kulit anggur muscadine lebih tebal

Landmark Study

Selain itu, berdasarkan Landmark Study iaitu kajian dari seorang pemenang hadiah Nobel dalam bidang perubatan tahun 2009, iaitu Dr Elizabeth Blackburn membuktikan pengguna dan pengamal vitamin Shaklee mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding yang tidak mengamalkan vitamin Shaklee.

Telomere Study

Dalam Telomere Study, satu kajian tentang panjang telomere, iaitu bahagian hujung seakan-akan bahagian hujung tali kasut, yang menjadi pelindung pada DNA dalam tubuh badan manusia.

Pemendekan telomere yang lambat untuk kesihatan yang baik

Kajian ini mengambilkira mereka yang berumur antara 30 hingga 79 tahun yang mengambil suplemen dengan banyak setiap hari dan mereka yang tidak merokok dan tidak obesiti.

Keputusan kajian menunjukkan pengambilan vitamin seperti omega-3, multivitamin, vitamin D dan polifenol mampu melambatkan pemendekan telomere.

3) Proses Penghasilan Yang dipatenkan

Disebabkan proses pengekstrakan polifenol dari anggur muscadine untuk menghasilkan Vivix sudah dipatenkan oleh Shaklee, maka tak perlu lah cari yang sama kualiti dengan Vivix. Memang tak akan dapat jumpa yang setara dan sekufu pun eh.

Proses untuk pengekstrakan sebatian bioaktif polifenol berkualiti dan terjamin dari anggur muscadine bukanlah satu proses mudah. Boleh jadi dapat ekstrak tetapi rendah polifenol maka rendahlah kandungan antioksidan. Jadi keberkesanan untuk lindungi sel badan dan dapat kesan lain pun berkurang.

Untuk dapatkan polifenol yang berkualiti tinggi dan terjamin hanya ada pada Vivix Shaklee.

4)Melindungi badan Dari Penyakit

Vivix Shaklee dihasilkan dari bahan utama anggur muscadine. Buah ini ada kandungan polifenol yang sangat tinggi kepekatannya. Polifenol telah terbukti melindungi tubuh badan dengan cara:

Meningkatkan Tenaga dalam Sel

Polifenol dalam Vivix Shaklee membantu meningkatkan penghasilan mitokondria, iaitu rumah tenaga di dalam sel badan. Semakin banyak mitokondria terhasil, semakin bertenaga sel badan dan seluruh tubuh.

Mitokondria dalam sel otot manusia berbeza dengan pengambilan Polifenol dalam Vivix

Membantu melindungi dan membaiki DNA

Dalam kajian makmal, polifenol terbukti membantu:

  • Melindungi daripada kerosakan DNA
  • Menyokong pembaikan sel, pembaharuan & fungsi sel yang sihat

Meningkatkan fungsi sel

Pengambilan polifenol menghalang pembentukan protein Advanced Glycation End products (AGE), iaitu terhasil apabila terdedah dengan gula dari diet seharian.

AGE ialah bacaan yang menunjukkan proses penuaan dan boleh jadi sebagai indikasi untuk penyakit seperti kencing manis, buah pinggang, sakit jantung dan Alzheimer’s.

Kajian menunjukkan pembentukan protein AGE mampu dikurangkan hingga 80% dengan pengambilan polifenol dari anggur muscadine.

Meningkatkan pertahanan sel

Pengambilan polifenol mampu mengurangkan tindakbalas keradangan. Keradangan ialah tindak balas sistem pertahanan kepada jangkitan atau gangguan dengan ciri-ciri:

  • Kemerahan
  • Kepanasan
  • Kebengkakan
  • Kesakitan
Gambar kredit verywell

Pengambilan polifenol meningkatkan pertahanan sel dan mengurangkan keradangan.

Membantu penurunan berat badan

Berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko penyakit. Pengambilan polifenol pula dapat membantu penurunan berat badan.

Gambaran proses lemak yang terkumpul dalam badan meenyebabkan kegemukan

Pengambilan resveratrol, sejenis polifenol yang ada dalam anggur muscadine, bahan utama dalamĀ  Vivix Shaklee membantu merencatkan pengumpulan lemak. Ia juga merencatkan proses adipogenesis, proses pengumpulan sel-sel lemak di mana-mana bahagian dalam badan.

Selain itu, ia juga membantu dalam proses pembuangan toksin dalam badan yang berkesan.

Apa pun Vivix Shaklee bukanlah ubat untuk merawat. Amalkanlah Vivix Shaklee sewaktu badan masih sihat dalam usaha untuk kekal sihat walaupun umur semakin meningkat. Benar, harta tak dapat membeli kesihatan. Hargai dan jagalah nikmat dan amanah yang diberi Tuhan ini.

Beli Vivix Shaklee Di Sini

Vivix Shaklee dengan harga ahli

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: