Coach Diet FBM & GGA

Jumaat yang ‘Astaghfirullah..’

Assalamualaikum and Good day to all:)
Jumaat sepatutnya menjadi hari yang berkat untuk semua,sebagaimana Jumaat ialah penghulu segala hari.Kiamat pun hari Jumaat,Nabi Adam dicipta pada hari Jumaat.Semua orang pasti tahu kan,yang berukun dengan Rukun Iman yang enam.Insya ALLAH..
Lain pula Jumaat aku.A bad start,leads to a bad whole day.Astaghfirullah,untuk hari Jumaat aku,semalam. 21 Januari 2011.Antara sebab nya ialah:
1)Aku memulakan hari jam 5.45 pagi,sebab aku syif pagi,maksudnya kena punch card pukul 7 pagi.Dah bersiap semua,nak keluar rumah,cari kasut,TAK JUMPA!Dalam hati aku,’Ya ALLAH,ni kena curi la ni’.Sebab aku letak kat luar,sebelum ni pun kasut Abang Long aku dah pernah hilang.Menggelabah la cari kasut posting nak warna hitam.Geledah rak kasut,Alhamdulillah,ada.Tapi aku tak tahu kasut siapa aku rembat,aku rasa itu kasut adik aku.
2)Aku dah memandu dengan kelajuan yang agak membahayakan,tapi aku memang suka pun macam tu.Untuk hilangkan mengantuk.Aku nak kena sampai pukul 6.30 pagi kat PPUKM,sebab dari sana,naik kenderaan rasmi PPUKM untuk ke Hospital Serdang.Tapi tak salah kalau aku nak pergi sendiri,tapi JAUH wehhh.Tak larat eden nak drive.Boleh berhenti dulu,tidur.Aku memang suka tidur dalam kereta.
Sampai kat PPUKM,driver dah tunggu.Tapi yang kumpulan St.John tak sampai lagi.Sebab nak ke hospital tempat aku tu,hantar sama dengan yang nak posting St.John.Aku okay je,tak kisah pun kalau sampai lewat,lagi best.Hee.
Sampai Hospital Serdang,biasala,masuk dalam Call Centre.Sebab memang posting block ni untuk kami observe atau assist call yang masuk.Kalau nak tahu,yang 999 tu,nanti kalau dia dalam emergency dan perlu ambulance,operator 999 akan sambung ke Hospital Kuala Lumpur atau direct ke mana-mana hospital yang ada Medical Emergency Call Centre(MECC).Haa,kami nanti yang kena jawab tu.Tu antara skop kerja yang kena arif.Being a call taker is not as easy as ABC.Perlu pengalaman,kepakaran,pengurusan emosi yang baik untuk mengelakkan sama-sama terikut jadi menggelabah macam caller.
Isu kat Hospital Serdang ni,ada pegawai yang tak puas hati.Dia cakap kami tak ada buat apa dalam tu,cuma menonton television.What the?Kami baru je hari kedua kat hospital tu,tak kan dah nak tunjuk perangai.Agak-agak la.Dah la menuduh,memang dia tuduh pun sebab dia tak pernah masuk bilik tu.Dia mungkin dengar dari mana-mana pegawai.Fitnah betul la.
Dia marah,dan suruh kami masuk resuscitation room,buat apa yang patut.Masalahnya,sekarang ni posting untuk ambulance call,buku log pun perlu dipenuhkan dengan apa yang berkaitan dengan perkhidmatan pre-hospital.Sabar je la..Rasa nak lempang pun ada manusia kerek macam tu.Dia memang berjawatan,tapi dia tak layak nak tuduh kami bukan-bukan,dengan tak endahkan penerangan yang kami bagi.What a bad,rude behaviour,Mr.!
Hari aku yang berkat,jadi hari yang penuh dengan mengata,merungut,memarah beliau.
Astaghfirullah.Aku mohon keampunan dari-MU ya ALLAH..
3)Aku ada gatal-gatal kat badan aku,mulanya aku ingat allergic reaction yang biasa aku dapat,sebab aku memang ada allergic of unknown aetiology.Bila reaction tu datang,akan dapat urticaria ,so aku buat tak tahu.Tapi bila balik rumah,aku tengok banyak gila rashes yang bukan urticaria.
Sebelum ni pun adik-adik aku dah kena,jangkitan virus Varicella-Zoster ,virus ni sangat mudah berjangkit.
Aku assume,memang aku dah kena ni.
Hari ni,Sabtu,aku sepatutnya posting pagi.Tapi aku tak pergi,sebabnya aku nak dapatkan rawatan di PPUKM sambil dapatkan sijil cuti sakit (MC).Hehe.Walaupun tunggu 2jam sebab bukan kecemasan,tapi berbaloi-baloi sebab dapat cuti 5 hari.Tak payah jumpa staf kerek kat Hospital Serdang.Yeaaaayy!
Setiap yang berlaku ada hikmahnya..
Alhamdulillah..
Semoga hari yang dilalui mendapat keredhaan dari-NYA,ameen..
Till  the next entry.
Much love!