Coach Diet FBM & GGA

Kepada-MU aku berserah..

Ya ALLAH,
Andai ini yang akan mendekatkan aku pada
meraih redha-MU,
Andai ini yang akan membuat aku sedar
kehidupan ini ialah ujian,
Andai ini yang akan mengelakkan aku
dari terpesona dengan keindahan dunia
sehingga leka dari mengingati-MU,
Andai ini ialah yang terbaik untuk diriku,dirinya
dan orang-orang di sekeliling kami,
Andai ujian ini ialah untuk menguatkan keimanan
kami terhadap-MU,
KAU berikan kepada kami kesabaran,
ketabahan dan berikan kami kekuatan
wahai Yang Maha Kuat..
Berikan kami kekuatan bagi menempuhi ujian ini..
Terasa sangat berat bagiku..
Namun aku percaya,
Bahawa sesungguhnya,
janji ENGKAU ialah benar..
Dan ENGKAU bersama orang-orang yang sabar.
Berikan kesabaran kepadaku..dan dia..

Aku ingin hidup bersama dia..
Aku ingin bersama dia di dunia ini dan di syurga sana..
Bukakan jalan bagi kami..
Permudahkan bagi kami urusan kami..

Aku mohon dari-MU,
Aku tahu,kami sedang diuji..
Dekatkan kami kepada-MU dalam susah dan senang,
dalam duka mahupun bahagia,
dalam sihat atau sakit..
Jadikan kami hamba-MU yang sentiasa mengingati-MU..
Kerana sesungguhnya hati-hati akan tenang dengan mengingati-MU..

Ya ALLAH,
KAU berikan dia kesabaran..
Berikan aku semangat,untuk terus menyokong dia..
Berkatilah usaha kami untuk meraih redha-MU,
untuk lebih dekat di sisi-MU,
Berikan kami petunjuk..
Tunjukkan kami jalan yang lurus..
Sesungguhnya,
ENGKAU mengetahui apa yang terbaik untuk kami,
Berikan kepada kami apa yang terbaik untuk kami,
Untuk kejayaan dan kebahagiaan kami dunia dan akhirat..

Perkenankan permohonan kami..
Ameen Ya Rabb…