Kita semua tahu betapa sedapnya buah anggur namun tak ramai yang tahu buah anggur kalau diamalkan boleh jadi makanan untuk cegah kanser. Dengan tektur nya yang bulat dan rasa masam sedikit dan manis yang banyak, buah anggur sangat sesuai dibuat snacking.
Lebih sedap lagi jika dimakan sebaik sahaja keluar dari petis ais, boleh buat lupa diri, tahu-tahu sudah habis sekilogram makan seorang diri. Nak lagi sedap, bersihkan buah anggur dan masukkan dalam bekas, letak dalam peti bahagian sejuk beku, biarkan 6jam sebelum makan. Pergh, terasa seperti makan aiskrim anggur!
Di Malaysia, harga buah anggur sekilo boleh mencecah RM30. Ia antara buah yang agak mahal. Namun dengan lebih 1600 kompoun termasuk resveratrol, lycopene, quercetin, melatonin dan antioksidan lain, buah anggur memberikan banyak manfaat untuk kesihatan.
Manfaat Buah Anggur untuk Kesihatan
Buah anggur sangat tinggi dengan antioksidan, vitamin C, vitamin K dan serat.
1. Melambatkan penuaan
Dalam buah anggur terdapat phytonutrien yang sangat penting untuk melambatkan penuaan iaitu resveratrol. Menurut kajian, resveratrol yang sangat tinggi di bahagian kulit anggur ini mampu meningkatkan gene expression yang melibatkan kepanjangan umur.
2. Mengurangkan risiko obesiti dan penyakit kencing manis type-II
Malaysia adalah negara paling obes di Asia Tenggara, manakala satu daripada lima dewasa di Malaysia adalah penghidap kencing manis. Kedua-duanya adalah penyakit yang berkait antara satu sama lain. Kencing manis type II berlaku apabila insulin yang dihasilkan tidak lagi sensitif terhadap gula dalam darah. Insulin tidak lagi mengangkut gula untuk sampai ke organ tertentu, jadi paras gula dalam darah menjadi tinggi. Kajian menunjukkan polifenol dalam anggur boleh mengurangkan gejala tersebut.
Phytonutrien dalam buah anggur bertindak dengan mengimbangi paras gula dalam darah, meningkatkan sensitiviti insulin terhadap gula dan meningkatkan regulasi insulin. Pengambilan anggur muscadine terbukti dapat meningkatkan tahap kesihatan pesakit kencing manis, berbanding pengambilan jus anggur biasa.
3. Kaya dengan antioksidan
Flavonoid dalam anggur menunjukkan kandungan antioksidan yang sangat tinggi. Ia sangat penting untuk mengurangkan oxidative stress yang berlaku akibat radikal bebas terkumpul di dalam tubuh badan manusia. Vitamin C dan mangan juga nutrisi penting dalam buah anggur. Walaupun keseluruhan buah anggur ada banyak manfaat untuk kesihatan, bahagian biji dan kulitnya mengandung antioksidan yang paling banyak!
4. Kuasa untuk kurangkan keradangan
Polifenol dalam anggur terbukti mampu mengurangkan keradangan, boleh jadi ia lebih berkesan dari ubat anti inflammatory yang ada di pasarsan.
5. Mengurangkan risiko kanser
Buah anggur yang sangat tinggi dengan antioksidan boleh mengurangkan keradangan sertsa kerosakan sel akibat radikal bebas, membuatkan buah ini salah satu yang paling berkesan untuk mengurangkan risiko penyakit kanser. Dalam kajian ke atas pesakit kanser prostat, ia menunjukkan ekstrak kulit anggur muscadine yang mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser.
Selain itu, kandungan serat yang tinggi dapat memberikan kesihatan pada usus. Kombinasi antioksidan dan juga serat yang tinggi dalam anggur menyebabkan ia jadi tarikan untuk kajian pencegahan kanser usus.
Fakta Nutrisi buah anggur (anggur hitam tanpa biji)
1 cawan anggur hitam (lebih kurang 150 gram) mengandungi:
- 99.7 kalori
- 21 gram karbohidrat
- 1.8 gram protein
- 0.15 gram lemak
- 4.95 gram serat
- 21.9 mikrogram vitamin K
- 7.5 miligram vitamin C
Walaupun buahnya kecil, hanya dalam satu cawan pun terkandung phytonutrien yang sangat tinggi. Jadikan buah anggur makanan wajib setiap hari.
Kegunaan Anggur Sebagai Makanan Harian
Beberapa kegunaan anggur sejak dulu, sama ada:
- Dimakan begitu sahaja
- Dikeringkan di bawah cahaya matahari dan dikenali sebagai raisin
- Digunakan dalam proses pembuatan arak
Kelebihan Anggur Muscadine Berbanding anggur Biasa
Anggur muscadine ialah antara spesis anggur yang sangat jarang ditemui, dan ia adalah anggur yang paling mujarab untuk kesihatan.
Ciri-ciri anggur muscadine yang berkulit tebal, berbiji, tumbuh dalam tangkai dengan kelompok kecil.
Anggur muscadine sangat mujarab untuk kesihatan dengan polifenol yang unik membolehkan ia tumbuh walau dalam persekitaran yang tidak kondusif. Ia boleh melindungi dari bakteria, fungus, kulat, musim kemarau, persekitaran yang terlebih lembap dan suhu yang melampau.
Kebanyakan spesis Vitis mempunyai 38 kromosom kecuali dari subgenus Muscadinia yang mempunyai 40kromosom.
Anggur muscadine sangat tahan lasak, mempunyai kulit yang keras untuk melindungi dari pelbagai serangan penyakit. Sudah pasti banyak manfaat untuk kesihatan jika dapat diamalkan setiap hari.
Anggur yang organik adalah lebih selamat kerana tidak mengalami mutasi genetik, namun harganya sudah pasti lebih mahal. Pilih juga untuk amalkan anggur merah kerana ia lebih tingi antioksidan berbanding anggur hijau. Untuk mendisiplinkan diri supaya dapat manfaat cegah kanser dari anggur muscadine, saya amalkan satu sudu Vivix setiap hari. Vivix adalah tonik mujarab yang tinggi dengan polifenol dari anggur muscadine. Berbaloi dengan harga dan pelaburan demi kesihatan.
Nina Salleh | Empowering moms