Menu

Kebaikan dan Keistimewaan Vivix Shaklee

Sebelum teruskan ke langkah seterusnya, mari bantu saya sebarkan review tentang kebaikan dan keistimewaan Vivix Shaklee. Adakah ia satu pelaburan yang berbaloi? Betul ke Vivix Shaklee ni berkesan? Apa kejadian sains di sebalik Vivix Shaklee yang jadikan ia istimewa begitu.

Faham perasaan bila nak melabur ni, lagi-lagi untuk kesihatan badan yang kita nak guna lama insyaAllah, perlulah buat timbang tara terlebih dahulu.

Bagaimana Sistem Tubuh Terhasil

Sebelum faham tentang kebaikan Vivix Shaklee, mari kita belajar dan recap sedikit tentang sains berkenaan tubuh badan terlebih dahulu. Bila faham benda asas ni kita akan faham betapa istimewa dan betapa badan sangat perlukan Vivix Shaklee.

kenapa vivix shaklee berkesan
Inilah sistem tubuh manusia. Sebelum sel, ada jutaan DNA yang terlibat

Sistem tubuh badan kita ni Allah swt beri sangat unik dan istimewa. Bayangkan di sebalik tangan yang boleh menjamah nasi, suap ke mulut dan seterusnya mulut terus mengunyah, menelan dan nasi tadi akan dicernakan oleh usus besar.

Ini semua melibatkan sistem tubuh badan yang dijadikan daripada sekecil-kecil sel manusia. Manakala dalam sekecil sel itu ada lagi sistem dalam sel yang sangat rumit dan ianya dimulakan oleh DNA iaitu asid deoksiribonuklik.

Kalau selalu tengok filem yang mana perlu cari penjahat, sampel dari tubuh badan seperti rambut akan diambil untuk buat ujian DNA. Ujian DNA tidak akan menipu. Ia ada dalam seluruh tubuh kita.

sel badan manusia dari dna
Kompleks sangat penciptaan sel badan manusia

Bila tengok ni terasa begitu kerdil. MasyaAllah Maha Hebat kan Dia. Betapa teliti nya untuk menjadikan seorang manusia. Jadi sebagai tanda syukur dengan nikmat kesihatan ni juga, sama-samalah kita berusaha untuk jaga pinjaman tubuh badan dengan sebaiknya.

Kebaikan Vivix Shaklee untuk Tubuh Badan

Sebenarnya, kesihatan tubuh badan sangat dipengaruhi oleh sekecil sel dan dari peringkat DNA lagi. Secara ringkas, DNA yang terhalang dari kerosakan akibat radikal bebas akan menghasilkan sel badan yang sihat. Kebaikan Vivix Shaklee untuk bantu bina tubuh badan yang sihat yang kurang risiko serta mampu bebas penyakit seperti cyst, fibroid, kencing manis dan banyak lagi.

Apabila sel membahagi atau membiak untuk pertumbuhan, adalah penting untuk memastikan badan mempunyai sel-sel yang sihat untuk mereplikasikan dan menghasilkan sel-sel baru yang sama sihat. Bagaimana badan mereplikasi dan menghasilkan semula sel, memberi kesan seberapa baik tisu, organ dan sistem berfungsi, yang akhirnya menentukan kesihatan keseluruhan.

vivix shaklee mujarab
Bahan utama Vivix Shaklee

Itulah antara kebaikan dan keistimewaan Vivix Shaklee yang paling “mahal” sebab ia mampu membaiki kesihatan dari peringkat DNA lagi.

Jadi agak-agak berapa kita sanggup bayar untuk tubuh badan yang sihat ni. Segala nikmat yang kita dapat hari ni memang percuma, namun ia boleh jadi merugikan kalau kita tak jaga dengan baik. Bagaimana Allah beri kesihatan yang baik tetapi kita balas dengan tidak endahkan penyakit yang menimpa.

1. Meningkatkan Pertahanan Sel

Badan mempunyai “suis induk” yang dikenali sebagai Nrf2 untuk mengaktifkan proses detoksifikasi dan pertahanan sel.

kebaikan vivix shaklee
Vivix mengurangkan keradangan

Gabungan polifenol yang sempurna telah diakui secara sinergis mengaktifkan “suis induk” supaya dapat:

  • Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkan sistem imun.
  • Meningkatkan proses detoksifikasi terutamanya di hati.
  • Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan.
  • Mengurangkan tekanan biologi dalam badan.

2. Meningkatkan Tenaga Sel

Sel-sel kita mengandungi “loji kuasa” tenaga dipanggil mitrokondria. Ia menghasilkan tenaga supaya anda merasa bertenaga sepanjang hari. Walau bagaimanapun, pengeluarannya menurun dengan peningkatan umur dan gaya hidup tidak sihat.

cara elakkan lesu
Vivix sesuai untuk mereka yang selalu lesu

Polifenol dikenali untuk:

  • Menggalakkan fungsi mitrokondria yang sihat supaya ia meningkatkan pengeluaran tenaga secara optimum.
  • Membantu meningkatkan pengeluaran mitrokondria jadi badan mempunyai lebih banyak “loji kuasa” untuk menghasilkan tenaga.

3. Menggalakkan Pemulihan Sel

Sel-sel badan banyak terdedah kepada pelbagai serangan daripada radikal bebas atau penceroboh alam sekitar yang merosakkan DNA anda setiap hari, yang boleh mengakibatkan kematian sel.

vivix shaklee untuk penyakit kencing manis
Vivix membantu dari peringkat DNA

Dalam kes ni polifenol boleh membantu:

  • Melindungi kerosakan DNA.
  • Menyokong mereplikasikan DNA untuk fungsi sel yang lebih sihat.

4. Mengoptimumkan Prestasi Sel

Semakin badan berusia, fungsi organ merosot, memburukkan penyakit degeneratif seperti jantung, ginjal dan diabetes.

vivix shaklee inhibit protein age
Kurangkan risiko penyakit kronik

Kajian menunjukkan bahawa:

  • Polifenol dari benih dan kulit anggur muscadine boleh menggalakkan kesihatan dan jangka hayat sel.
  • Penggunaan polifenol daripada anggur muscadine mungkin mempunyai beberapa faedah dalam mempengaruhi perkembangan keadaan kencing manis.
  • Polifenol campuran anggur muscadine, ekstrak polyganum cuspidatum, ekstrak lobak ungu dan ekstrak eldeberi eropah boleh menghentikan kerosakan selular.
  • Polifenol mungkin mempunyai kesan perlindungan terhadap sistem kardiovaskular dan meningkatkan kepekaan insulin.

Selepas banyak kebaikan Vivix Shaklee ia benar akan jadi pelaburan paling berbaloi terutama untuk terus kekal sihat. Bayangkan dapat tua dalam keadaan tak perlu bertongkat, masih boleh solat sempurna dan dapat bergul serta berusrah dengan rakan di masjid. Itulah nikmat sebenar umur panjang dan kekal sihat. Jom mulakan langkah pertama hari ini.

cara order vivix shaklee
RM16 sehari untuk kurangkan risiko penyakit

Untuk ifo dan pertanyaan lanjut boleh terus hubungi Pengedar Shaklee Ampang yang sentiasa sedia membantu.

Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

One thought

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: