Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

5 Makanan Penting dalam Menu Diet FBM

Sejak buat diet FBM (fat burning machine), saya lebih faham rupanya bila nak sihat, kita boleh je makan sedap-sedap. Bukan kena sekat selera makan, tetapi lebih kepada pemilihan makanan yang betul.

Makanan ni penting dan antara yang perlu dibanyakkan  dalam menu diet FBM. Supaya dapat bantu pemulihan sel badan dan kurangkan radang.

Makanan sihat pun sedap

5 Makanan Penting Dalam Menu Diet FBM

Tidak kira apa jenis masakan sekalipun, tapi makanan ini perlu ada dibanyakkan dalam menu diet FBM. Sebelum makan, fikir dulu apa yang makanan ini akan buat kepada sistem tubuh badan kita.

Dalam kajian oleh kerajaan Sepanyol tahun 2013 membuktikan makan makanan yang sama dengan menu diet FBM ini mampu mengurangkan risiko penyakit iaitu:

1.Lemak Sihat

Seperti ramai tahu lemak sihat seperti omega-3 sangat penting bukan hanya untuk jantung, mata dan otak sahaja, malah untuk kurangkan keradangan dalaman badan. Antara lemak sihat yang kaya dengan omega-3 ialah minyak kelapa dara dan minyak ikan.

Antara lemak sihat yang kaya dengan omega-3 dan omega-9 iaitu minyak zaitun juga perlu dimasukkan dalam diet harian. Minyak zaitun juga tinggi dengan antioksidan dan spektrum lengkap polifenol. Ia penting untuk kurangkan keradangan pada jantung, usus, payudara dan seluruh tubuh.

Minyak sihat yang badan perlukan dengan banyak

Dengan memakan banyak ikan berlemak juga melindungi penduduk Inuit (dulunya Eskimo) daripada serangan penyakit jantung.

2.Daging

Sejujurnya sebelum buat diet FBM, saya ni antara orang yang sangat takut dengan daging. Bila belajar dan amalkan, rupanya banyak sangat kebaikan daging untuk kesihatan.

Resepi yang sedap dengan daging

“Saya takut daging, nanti sakit jantung”

Masalah sebenar bila dalam pinggan ada 20% saja daging, yang banyak ialah nasi 200% itu yang penyumbang kepada masalah kesihatan.

Selain kaya dengan protein, daging juga sumber terbaik untuk zat besi dan vitamin B yang penting untuk penghasilan sel darah yang sihat.

3.Telur

Tak dinafikan sebelum betul-betul belajar diet FBM, saya juga memang takut dengan telur. Sebab asyik dengar pasal kolesterol dalam telur yang merbahaya. Memang itu yang didoktrinkan pada kita.

Sebelum ni saya biasa makan tapi kalau makan pun tak lebih dari sebiji sekali makan. Itu yang boleh makan sampai 3 pinggan nasi dengan sebiji telur. Zaman tak takut dan tak faham apa nasi akan buat dalam badan.

Rupanya dalam kajian yang diterbitkan British Medical Journal membuktikan pengambilan telur tidak ada kaitan dengan risiko penyakit jantung atau strok. Jadi, makanlah telur dengan suka hati.

Walaupun telur ni nampak remeh, tapi kalau ia mampu menghentikan ketagih pada makan pagi roti canai dan teh tarik, maka teruskanlah.

Menu yang membahayakan kesihatan

Makan roti canai dan teh tarik setiap pagi boleh bahayakan kesihatan badan dan cepatkan berlaku rintangan insulin.

4.Koko

Koko ialah makanan sihat yang kaya dengan anioksidan dan juga anti radang. Ia juga salah satu sumber polifenol yang baik untuk kesihatan usus.

Tapi masalahnya koko hari ini sudah diubah mengikut citarasa tekak manusia, yang mana tinggi dengan gula dan lemak. Ini bukan koko sebenar, malah meningkatkan risiko penyakit.

Sebab itu kita akan ketagih dengan coklat di kedai berbanding coklat yang 100% tanpa campuran.

Koko yang sihat dengan kandungan gula yang rendah

Untuk dapatkan koko versi coklat yang lebih sihat, pilih dark chocolate bila-bila masa sahaja.

Coklat tanpa gula yang tinggi beri kesan baik untuk kesihatan. Ia akan dicernakan di usus besar dan menghasilkan nitrik oksida, yang akan mengembangkan salur darah dan baik untuk kesihatan jantung.

5.Sayuran dan buah-buahan

Tetapi perlu diingat bukan semua buah-buahan itu sihat. Untuk penghidap kencing manis, elakkan pengambilan buah-buah dan juga jus buah. Sayuran pula bukan sekadar tomato, sawi dan kangkung. Pelbagaikan warna sayur untuk membantu kesuburan bakteria baik dalam usus.

Dalam diet FBM, menu sayur atau buah tidak lah satu kewajipan. Tetapi sekiranya teringin, ambil buah bukan jus buah. Dan sayuran pula pilih dari jenis yang hidup di atas tanah bukan dalam tanah seperti lobak merah, ubi kentang dan sebagainya.

Pelbagaikan warna sayuran

Sayuran yang pelbagai warna juga terkandung banyak nutrisi yang penting untuk badan.

Inilah 5 makanan yang perlu diperbanyakkan dalam menu diet FBM. Diet yang terbukti dapat membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan risiko penyakit.

Tekan link ni untuk mulakan diet FBM bagi mengubah kesihatan.

Nina Salleh | Coach Diet FBM