Coach Diet FBM & GGA

5 Menu Sahur Kenyang Lama Untuk Seisi Keluarga

Menu sahur kenyang lama untuk seisi keluarga ni saya memang dah amalkan sejak beberapa tahun lalu. Cuma ada yang baru bertambah, pendek kata yang saya kongsikan ni saya dan keluarga dan cuba. Alhamdulillah, walaupun berpuasa, anak-anak pun kekal cergas tak melepet.

Bulan puasa tahun ni anak-anak akan memasuki darjah 5,3 dan 1.

Berbeza sangat dengan zaman saya dulu. Kalau balik sekolah je mesti melepet dan lemah longlai nak tunggu pukul 7. Dah rupa mayat hidup. Haha. Kenangan tak boleh lupa, masa darjah 3 saya pernah berbuka puasa sebab tengok orang makan nasi lauk ikan rebus goreng dengan kicap. Bau menu tu walaupun simple tapiu semerbak dan boleh buat iman tergugat. Haha. Masa itulah.

5 Menu Sahur Kenyang Lama Untuk Dicuba

Sekarang ni saya pun dah ada anak-anak yang berpuasa. Jadi sebolehnya nak cuba beri mereka makanan yang terutama menu sahur ni supaya kenyang lama dan bertenaga.

Cubalah sebab untuk anak-anak saya yang umur 11, 8 dan 6 tahun yang berpuasa, menu ni sangat membantu mereka.

1.Air Nabeez

Rupanya air nabeez (air rendaman buah) ni ialah air kegemaran nabi kita, Nabi Muhammad saw.

Untuk keluarga saya, kami baru mula amalkan sejak tahun lepas. Setiap malam sesudah terawih, saya buat air nabeez menggunakan buah kurma sebab satu keluarga akan minum. Kalau tak minum kosong pun, saya akan campur dengan menu lain.

Minum air rendaman buah

Cara nak buat air ni senang je. Pertama sekali ambil 7 biji kurma Ajwa (atau berapa saja dan apa jenis kurma pun) kemudian buang bijinya. Kedua, kurma tadi direndam dalam 500ml-1000L air untuk satu malam. Keesokan hari boleh terus minum. Memang sedap dan memberi banyak manfaat kesihaatan.

Mestilah apa-apa yang Nabi kita amalkan beri banyak kebaikan kan.

2.Rolled Oat

Oat ni kalau nak makan pilih yang label rolled oats sebab ini kategori yang paling kurang diproses. Kalau bulan puasa, inilah menu yang saya akan top-up bagi anak-anak. Biasanya saya akan rendam semalaman dalam peti ais dengan air kosong supaya oat tu betul-betul kembang.

Biskut lembut guna rolled oat

Rolled oat ni kategori makanan yang tinggi dengan serat dan protein, ia akan beri rasa kenyang lama dan perlahankan pembebasan tenaga. Pelbagaikan cara supaya tak bosan hehe. Salah satunya boleh buat biskut lembut saya kongsikan resepi di channel Telegram Mak Serba Boleh.

Jadi, tak hairanlah macam mana anak-anak dan saya serta suami pun boleh kekal bertenaga sampai petang.

3.Chia seed

Selain dari yang di atas, saya juga tambah chia seed dalam menu sahur kami sekeluarga. Chia seed ni bukan saja tinggi dengan serat, tapi ia bekalkan anti-oksidan dan omega-3 untuk tubuh badan.

Chia seeds bantu kenyang lama

Macam-macam cara boleh makan chia seed termasuk buat puding dan campur dengan protein shake. Yang kedua ni pilihan saya sekeluarga.

4.Protein Shake

Dalam banyak-banyak, ini yang saya wajib adakan di rumah iaitu protein shake. Selain dari bebaskan tenaga perlahan-lahan, dan tak naikkan insulin dalam badan, protein shake Shaklee dari soya non GMO, yang bekalkan asid amino lengkap untuk keperluan badan.

Protein shake Cafe Latte rasa lemak berkrim

Menu yang sangat mudah hanya shake biar sebati dan boleh terus minum. Ini pun dah jadi kegemaran anak-anak saya.

Pelbagaikan resepi protein shake untuk seisi keluarga
Menu untuk kesihatan dalaman, bukan saja kenyang lama

Walaupun bukan bulan Ramadan, protein shake ni jadi pemula hari anak-anak. Sebelum ke sekolah, setiap kali bangun tidur inilah pilihan ‘susu sihat‘ untuk anak-anak.

5.Telur

Telur makanan yang wajib ada di rumah. Walaupun bukan bulan puasa, inilah go-to menu selain dari protein shake.

Pelbagaikan cara hidangan telur. Kegemaran anak-anak telur scramble dan omelette. Penyediaan yang mudah, kenyang lama serta makanan ini padat dengan nutrisi.

Menu yang saya pilih dan amalkan ni supaya selari dengan amalan berpuasa untuk melatih dan membaiki kesihatan usus. Waktu inilah 30 hari peluang untuk kita jaga makan supaya dapat reset usus.

Yang ini sehari sekali wajib untuk kesihatan dalaman mak-mak

Sebab usus ni bukan saja untuk cerna makanan, ia juga jadi otak kedua yang akan beri signal kepada otak. Dan banyak juga masalah kesihatan berpunca dari usus yang tidak sihat.

Oleh itu, kesihatan badan bermula dari usus dan pemakanan yang sihat. Moga kita semua diberi kesihatan yang baik dan dapat menikmati bulan Ramadan lebih baik dari sebelumnya.

Selamat mencuba menu sahur kenyang lama untuk kekal bertenaga di bulan puasa. Dapatkan set puasa Shaklee promosi di sini.

Nina Salleh| Empowering Moms