Menu

Pengalaman Puasa Ramadan dengan Anak-Anak Sekolah

Bulan Ramadan ni saya tekad nak ajar anak puasa dan tahu erti bulan Ramadan. InsyaAllah. Alhamdulillah, sampai lagi untuk nikmati Ramadan di tahun 2023. Harapnya hari-hari mendatang pun akan dilalui dengan tenang dan dengan cara yang Allah redha.

Masa kecik dulu, saya memang tak reti nak appreciate bulan Ramadan. Yang tahu, hanya buat countdown untuk raya. Kalau fikir balik macam tak patut pula seolah-olah tak menyabar nak biarkan Ramadan berlalu.

Puasa shaklee
Ada mall yang sudah siapkan iklan hari raya Aidilfitri

Tapi bila dah besar ni, anak ada 4 orang, Alhamdullillah dah faham kenapa ada yang rindukan bulan Ramadan ni. Walaupun bulan ini kita tak boleh makan dan minum, tapi ia adalah bulan untuk mendidik jiwa, mencuba untuk bolot semuanya rahmat, keampunan, ihsan yang Allah swt hamparkan dalam bulan Ramadan ni.

Ramadan dengan Anak-Anak dan Suami

Paling bersyukur sebab masih ada suami di sisi, anak-anak yang sihat, rumah untuk berteduh dan lauk untuk hidangan atas meja makan. Nikmat untuk makan dan menikmati makanan juga, jarang kita syukuri sebab terlepas padang.

aktiviti anak puasa
Aktiviti anak-anak puasa bila hari cuti sekolah

Hari pertama bulan Ramadan tak susah sebab saya dah ajar anak puasa tahun sebelumnya. Kalau sebelum ni, Amanda dan Maryam memang score puasa penuh. Kali ni pun mereka semangat berkobar-kobar nak sambut Ramadan.

Semalam sebelum tidur, saya tanya siap-siap menu sahur diorang.

“Amanda nak Cinch Chocolate dengan oat”, satu ayat dengan penuh yakin.

Itu je dia request. Apa lagi memang seronoklah saya sebab senang kerja tak payah sediakan lauk pauk dan nasi bagai hehe. Lagipun kalau boleh saya nak elakkan anak-anak kenyang dengan nasi waktu sahur. Sebabnya nanti akan cepat lapar.

anak bangun sahur
Maryam monyok terus bila tidur terganggu

Zaman saya dulu-dulu memang sahur dengan nasi je lepas tu belum masuk waktu solat Asar dah melepet macam kebuluran sangat. Tapi masa tu belum ada pilihan lain.

Kemudian saya tanya menu sahur Maryam pula,

“Maryam pun sama”, Maryam jawab sambil pandang Amanda.

Ramadan pertama walaupun bangun dari tidur, tapi Amanda je yang makan sahur. Maryam mengantuk dan pergi sambung tidur, hanya bangun untuk solat Subuh dan bersiap ke sekolah.

Anak-anak Puasa dan Solat

Hari persekolahan sepanjang bulan Ramadan, Amanda dan Maryam akan balik sekolah jam 3.30 petang bermakna mereka perlu solat Asar di rumah.

Sebolehnya kesilapan yang saya buat masa kecil, saya taknak wariskan untuk anak-anak. Saya dulu bila berpuasa, memang tak fokus untuk solat pun. Ye lah, umur masa tu 9 tahun, belum haid lagi. Memang saya ambik kesempatan untuk tak cakna pasal solat.

Senang cerita Ramadan saya hanya berlapar dan dahaga masa siang hari, dan pesta berbuka juga bermain waktu solat terawih. Itu saja lah Ramadan untuk saya zaman belum mumayyiz dulu.

Sebab tu sekarang sebolehnya saya nak anak-anak faham, walau apa keadaan solat tu wajib buat 5 waktu sehari semalam kecuali darah haid, nifas dan mati. Biasanya kami akan solat sama-sama. Bila ada “togetherness” ni nak buat sesuatu tu akan rasa lebih mudah dan lebih bersemangat.

ajar anak puasa
Anak-anak perlu tahu kewajipan solat dan puasa

Hari ni sekolah anak-anak balik jam 12 tengahari. Jadi mencabar sikit lah sebab mereka rasa lambat lagi nak berbuka. Buka pintu rumah je dah tanya, “Asar lambat lagj ke?”

Memandangkan mereka balik sekolah tadi waktu zuhur belum masuk. Dan semua pun mengantuk jadi saya bagi diorang tidur dulu. Pukul 3 petang baru bangun dan solat Zuhur.

Kemudian buat latihan Kumon lepas tu sambung dengan latihan Mathzier buku Cikgu Fadhli. Alhamdulillah, dah tak dengar rungutan lapar atau penat.

Bagi Anak-Anak Lupakan Tentang Makanan

Sebenarnya setiap hari bulan puasa ni kena bagi anak-anak penuhkan dengan aktiviti supaya tak teringat tentang makanan.

Macam kat rumah saya ni, ada Fatima dan Eisyal juga yang belum puasa dan perlu makan. Kena jaga juga supaya tak makan depan kakak-kakak. Bimbang nanti terganggu dan lagi berkeriuk perut kakak yang puasa. Iyelah, kita yang dewasa ni dah faham dah.

Satu lagi saya pastikan anak-anak bangun sahur dan makan makanan yang betul. Dulu saya beri nasi tapi cepat terasa lapar. Sekarang ni saya tukar dengan Cinch Shake dari Shaklee, minuman untuk beri tenaga berpanjangan.

dugaan puasa
Dugaan untuk kakak-kakak yang berpuasa

Memang betul, anak-anak balik sekolah katanya tak rasa lapar langsung. Dengan makanan yang betul, nak ajar anak puasa jadi lebih mudah sebab anak-anak pun tak rasa terbeban.

Selain tu, minuman Performance Drink Shaklee untuk bagi hilang haus dan tak rasa kering tekak melampau walaupun tak minum seharian. Saya sendiri dah eksperimen. Sebab dalam Performance Drink Shaklee ada 6 jenis elektrolit yang bantu imbangi cecair dalam badan.

minuman tenaga
Minuman ni memang buat tekak tak terlampau kering

Penting juga untuk pastikan makanan anak-anak pilih ni yang betul. Waktu berbuka puasa pula saya wajibkan makan kurma untuk sunnah nabi dan juga tenaga berpanjangan.

Anak-anak survived hari kedua berpuasa dan solat 5 waktu. Alhamdulillah. Doakan juga untuk hari yang seterusnya. Moga Ramadan kali ini yang terbaik untuk kita semua.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

One thought

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: