Sebelum ni, dah lama duk tengok dan dengar orang cerita pasal panggung wayang yang sesuai untuk ahli keluarga macam ni, kid’s friendly cinema. Ikut cerita orang, bila masuk panggung wayang ni anak-anak bebas bermain dan orang dewasa pun boleh tengok wayang tanpa gangguan. Masing-masing faham dan tak boleh halang anak-anak bermain. Macam pelik dan kelakar tapi benar ya. Kalau ikutkan, macam gitu gaya lebih baik tengok di rumah aje. Tapi itulah kalau ore Kelate kata, “nok ko suasano jah buat ghaso-ghaso”, sesekali boleh la pergi. Tak sesuai nak dijadikan acara mingguan sebab tiket wayang sini bukan macam wayang biasa. Aha.
Banyak kali juga saya dan suami rancang nak bawa anak-anak ke sini, tapi ada je halangan. Sampai lah ke hari kejadian ni pun ada halangan pada awalnya. Akhirnya saya terpaksa pergi dengan anak-anak je sebab suami ada kerja di saat akhir. Anak-anak pula memang menuntut je ni sebab saya dah janji, jadi tak sedap juga nak tangguh. Nanti dah besar risau diorang bawa budaya yang sama eh.
Disebabkan mall ni agak jauh dengan rumah kami, dalam 40 minit dari Kuala Lumpur maka saya naik GrabCar saja. Waktu dalam kereta boleh tidur, dan sampai di mall pun tak payah renyah nak cari parking dah. Tempat yang saya tak biasa amcam di IOI Mall Puchong ni, elok ler pergi naik GrabCar. Pengalaman sesat 2 jam cari kereta di One Utama dulu kala buat saya fobia tau.
Panggung Wayang Mesra Anak Kecil
Sebenarnya, bila tengok wayang di panggung biasa dengan anak-anak kecil ni, saya risau juga kalau-kalau anak berjalan sana sini, itu tak kira lagi yang menagis, mengamuk dan ada je benda yang tak kena. Tak boleh salahkan anak kecil juga sebab itu bukan tempat yang sesuai untuk mereka pun. Orang lain yang tengok wayang dalam panggung yang sama mungkin akan rasa tak selesa dan akan komplen atau rasa nak termarah.
Syukur Alhamdulillah sebab setakat hari ni, kalau saya masuk panggung wayang yang biasa pun anak-anak boleh duduk elok lagi. Tak berlari-lari, tak bising dan tak menangis sebab masing-masing dah tahu dan faham sangat, kalau nak tengok wayang, kena behave. Kalau tidak, memang kami akan keluar terus. Itu je perjanjian yang dah dibuat setiap kali sebelum tengok wayang.
Fatima, anak ke-4 pun saya dah bawa masuk tengok wayang sejak umur 1 bulan😅 . Bila bawa anak kecil ke tempat macam ni paling utama ialah kena pastikan pakaian yang sesuai terutama bayi. Badan bayi akan mudah terjejas dengan suhu yang sejuk. Kalau ke mall, pakaikanlah baju yang tebal, stokin dan bawa selimut sebab bayi memang mudah terdedah dengan kesejukan dan akan jadi susah tidur kemudian akan merengek dan menangis. Paling teruk ialah masalah hypothermia yang boleh membawa maut.
Untuk ibu bapa yang ada anak kecil, boleh lah jadikan aktiviti menonton wayang di panggung yang mesra anak-anak ni sebagai salah satu aktiviti pilihan hujung minggu. Sesekali dalam beberapa bulan sebagai reward untuk anak-anak.
Review Panggung Wayang GSC Play Plus
Ada banyak panggung wayang yang mesra anak-anak, salah satunya dari Golden Screen Cinema (GSC) iaitu GSC Play Plus. Panggung wayang mesra anak-anak GSC Play Plus ni hanya ada di:
- GSC 3 Damansara
- GSC IOI Mall, Puchong
- GSC Tropicana Gardens Mall
- GSC The Mall, Mid Valley Southkey, Johor
Saya bawa anak-anak ke sini hujung minggu lepas. Mujurlah IOI Mall Puchong ni hanya ada 2 tingkat saja. Walaupun baru pertama kali dan saya bawa 4 orang anak sendirian, rasa macam mudah je nak cari tempat ni. Inilah kali pertama saya ke sini, itupun demi nak tunaikan janji pada anak-anak yang teruja sangat nak masuk panggung yang mesra untuk kanak-kanak.
Ruang Menunggu
Sejujurnya waktu buat keputusan nak datang ke sini, saya memang tak rancang untuk tengok apa-apa movie pun. Memang niat saya apa tajuk cerita pun saya tengok ajelah dan anak-anak pun sertujukan aje sebab diorang memang nak sangat masuk dan bermain dalam tu. Pemakaian stokin adalah diwajibkan untuk masuk ke dalam panggung GSC Play Plus ni.
Bila sampai je terus ke kaunter tiket layan diri dan tengok tajuk movie, tinggal cerita Wakanda Forever aje itu pun tayangan dah mula lebih kurang 30 minit. Saya beli je tiket walaupun cerita dah bermula sebab tayangan seterusnya pukul 9 malam. Jenuh nak menunggu, lepas tu nak balik ke rumah lagi pulak keesokan hari anak-anak bersekolah macam biasa.
Anak-anak memang seronok dan rasa teruja kalau dapat bermain je. Itulah kerja anak-anak pun kan. Sementara masuk panggung wayang ni, boleh main gelongsor dan ibu bapa pun boleh duduk atas kerusi temankan anak-anak. Tempat ni memang sesuai untuk anak-anak dan demi keselesaan penonton lain. Hehe.
Harga Tiket
Harga tiket dalam untuk masuk ke GSC Play+ ni berbeza ikut jenis kerusi. Ada cuddle couches yang sesuai duduk ramai-ramai. Kerusi ni sesuai untuk keluarga 4 orang. Tapi masa saya sampai tu tiket untuk kerusi ni dah penuh. Ada juga tiket untuk kerusi single dan twin, yang sesuai untuk seorang dan dua orang.
Harga tiket bergantung kepada jenis kerusi dan waktu serta hari tayangan. Waktu kami ke sana, hanya ada tiket untuk kerusi berkembar RM40.
Saya sendiri seronok duduk dalam ni sebab boleh suap anak makan dengan selesa dan tanpa ada orang tengok dengan pandangan yang pelik gituh.
Sejak dari rumah lagi anak-anak dah berulang kali beritahu yang mereka tak sabar nak bermain dalam panggung nanti. Jadi kat sini memang main je lah kerja nya. Sampai berpeluh-peluh walaupun dalam tu ada aircond dan sejuk.
Kesimpulannya, selain dari dapat ketenangan waktu tengok wayang bersama dengan anak-anak yang masih kecil, harga tiket yang dibayar ialah untuk memori, keceriaan dan pengalaman menggembirakan buat anak-anak. Ia bukanlah pada menarik atau tidak cerita yang ditayangkan. Jadi jangan tanya saya rating untuk movie Wakanda Forever ni. Hehe. Semoga beri idea untuk ibu bapa yang dah tak tahu nak bawa anak-anak berjalan ke mana waktu cuti sekolah nanti.
Nina Salleh| Empowering moms