Coach Diet FBM & GGA

Promosi Vitamin Shaklee FunDay Dapat Beli Harga Jimat

Tengah santai main dengan anak-anak, terkejut betul bila dapat notis pemberitahuan promosi vitamin Shaklee pihak pengurusan tertinggi Shaklee Malaysia. Macam nak percaya ke taknak percaya ni sebab harga runtuh untuk satu hari ni.

Ini bukanlah perkara yang Shaklee biasa buat dan bukan amalan biasa, inilah yang ramai tertunggu-tunggu selama ni. Ada hari FunDay Shaklee dan ada promosi besar-besaran terutama untuk produk penjagaan wajah Youth Shaklee.

Team pengedar Shaklee Kota Bharu membantu di sana

Promosi vitamin Shaklee yang diadakan pada hari Sabtu lepas, 18 Mac 2023 khas untuk pengunjung branch Shaklee Kota Bharu, Shaklee Johor Bahru, Shaklee Home Office di Sunway Geo dan Shaklee Kuala Lumpur.

Masa tu perasaan saya memang bercampur baur. Teruja dan dalam masa yang sama berdebar-debar sebab pada tarikh dan dalam masa yang sama saya ada Workshop yang dianjurkan oleh upline dalam Shaklee, Master Hajjah Norita dan Master Haji Naquib. Di Workshop ini juga ada seisi khas bersama Saintis Malaysia Prof Dr Redza.

Promosi Julung Kali Dari Shaklee

Seingat saya, sepanjang buat bisnes Shaklee sejak 2016, inilah promosi julung kali dari Shaklee yang seumpamanya. Belum ada lagi dibuat sebelum ini dengan harga Youth Skincare yang menarik untuk beli pada hari tersebut sahaja.

Workshop berlangsung dan dalam hati terbelah 3

Bukan saja dapat beli dengan harga yang jimat dan menguntungkan, tetapi setiap pembelian yang cukup mata ganjaran akan peroleh bermacam-macam hadiah.

Saya memang pantang dengar atau dapat tahu ada promosi jimat begini dan ada hadiah pulak tu. Terus rasa tak keruan kan haha.

Antara hadiah FunDay Shaklee

Memang saya berkira kalau bab hadiah dan barang harga jimat, jadi nak tak nak saya kena cari jalan.

Kerjasama memberikan Hasil

Perancangan saya pada awalnya untuk booking runner supaya dapat beli produk yang terhad, iaitu Night Cream Youth. Ada 20 unit sahaja di setiap branch dan perlu ada di sana lebih awal untuk buat pembelian. Pembelian melalui Whatsapp tidak diterima. Haaa boleh bayangkan tak macam mana perasaan saya yang rasa macam badan kena belah 3 ketul supaya tak terlepas semua.

Banyak promosi vitamin Shaklee

Namun, nasib tak menyebelahi saya. Saya merancang, tetapi Allah swt juga sebaik-baik Perancang. Walaupun booking runner awal, ada yang sudah beratur di branch lebih awal daripada runner. Maka saya terlepas slot untuk pembelian Night Cream Youth harga jimat tak masuk akal. Dalam kelas, saya tak henti berdoa, selawat tanpa henti memohon agar Allah swt buka jalan yang mudah untuk saya.

Mujur ada salah seorang ahli team saya yang nak pergi buat pembelian di branch Shaklee Kota Bharu, jadi saya minta pertolongan beliau. Dalam hati tak putus berdoa semoga Night Cream Youth tu cukup untuk pelanggan saya yang menanti dengan harapan.

Rezeki Bila Percaya dan Mengharap pada Dia

Sebaik saja team saya Faziana A Rahim sampai di branch, beliau sempat Whatsapp untuk update dalam team kami, “orang tak ramai kat sini”. Bila baca tu memang lega sangat maknanya ada harapanlah untuk saya dapatkan Night Cream Youth pada harga promosi.

Youth Skincare kepunyaan customer

Beliau pun santai-santai di branch, kemudian beratur untuk buat pembayaran dan order Night Cream Youth di kaunter. Semua item promosi produk penjagaan wajah Youth ada di rak kecuali Night Cream Youth yang terhad. Sampai di kaunter, staf beritahu “Night cream ada 3 je lagi“, Ya Allah syukur Alhamdulillah.

Ada rezeki cukup-cukup untuk pelanggan yang order dari saya. Itu pun sudah cukup syukur Alhamdulillah sebab Allah swt mudahkan belaka.

Moga Allah swt balas jasa team saya, pengedar Shaklee Kuala Krai Kota Bharu

Sejujurnya, waktu saya dapat tahu hanya ada 20 Night Cream Youth sahaja yang akan diberikan harga promosi di branch yang terlibat, saya berdebar-debar tetapi tetap berharap dan cari jalan.

Rezeki bila percaya dan mengharap pada Dia namun perlu diselitkan dengaan usaha. Saya percaya dengan konsep rezeki dari Allah swt. Saya juga tidak menolak supaya berusaha, sebab Allah swt juga nak tengok usaha dan setakat mana kehendak kita.

Apa yang saya buat ni saya banyak belajar dari upline dalam bisnes Shaklee juga, Master Norita yang banyak memberikan pengisian rohani pada kami semua.

Bila Allah Swt Nak Bagi

Begitu mudah urusan bila Allah swt nak bagi jalan dan perkenankan doa kita. Seisi petang pula suami terpaksa dikerahkan dengan anak-anak untuk ke branch Shaklee bagi memenuhi permintaan pelanggan. Saya tak sampai hati nak cakap “tidak” pada pelanggan yang menanti. Selagi ada jalan dan ada kudrat, saya akan usahakan. Syukur Alhamdulillah, suami juga memahami dan tetap sabar.

Faziana dan suami bertungkus lumus selesaikan order customer Shaklee

Setiap kemudahan yang Allah swt bagi, saya percaya juga adalah dari doa suami. Lebih satu jam beliau beratur di branch Shaklee Kuala Lumpur. Keadaan sangat sesak dengan ramai orang yang taknak terlepas promosi vitamin Shaklee ni.

Suami di branch Shaklee Kuala Lumpur untuk seisi petang

Bagi saya, mengalah bukan pilihan. Walaupun tak dapat hadir sendiri ke branch untuk promosi vitamin Shaklee besar-besaran serta FunDay Shaklee, saya pegang semangat untuk cari jalan dan buat sampai jadi.

Pengeposan untuk pelanggan Shaklee yang menunggu Youth Skincare

Sekali memilih jalan untuk bina bisnes ni, maka pilihan yang saya ada ialah untuk sentiasa jalan terus, usaha dan tak putus harapan pada Dia. Syukur semuanya selesai.

Walaupun promosi vitamin Shaklee harga jimat ni dah berakhir, kalian tetap boleh beli dengan harga jimat bila daftar sebagai ahli Shaklee. Tak ada komitmen dan tak perlu berbisnes pun. Berminat untuk beli vitamin Shaklee dengan harga jimat, daftar dengan mengisi borang ini untuk dapatkan nombor keahlian pre-active.

Nina Salleh | Empowering moms