Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the orchard domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/u395379342/domains/ninasalleh.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 6131
shaklee ampang – Kesihatan Wanita

Vita-lize Multivitamin Shaklee Yang Baru

Shaklee ialah syarikat yang mengeluarkan vitamin untuk keperluan nutrisi dan kesihatan tubuh badan manusia. Antara vitamin yang mendapat permintaan tinggi, dan ia juga adalah yang pertama di di dunia iaitu mulvitamin Shaklee.
Multivitamin : Nutrisi Penting Untuk Kesihatan Optimum
Hasil Kajian Nutrisi Golongan Dewasa Malaysia (MANS) 2014 menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil makanan yang kaya vitamin dan mineral dengan cukup.

Ini adalah gambaran kuantiti makanan yang perlu diambil setiap hari bagi memenuhi nutrisi harian. Kalau saiz hidangan yang dicadangkan pun masih ramai yang tak dapat nak cukupkan, apatah lagi yang ini.

Kesan Kekurangan Mikronutrien
Beberapa contoh gejala yang akan ditunjukkan oleh tubuh badan akibat kekurangan mikronutrien. Ia boleh disebabkan kekurangan nutrisi tertentu atau masalah kesihatan yang perlu dirujuk kepada pegawai perubatan.

1) Kekurangan Kalsium

-jari kebas
-denyutan jantung tidak normal

2) Kekurangan fosfat
-risiko kecacatan kehamilan
-cirit birit
-sakit perut

3) Kekurangan vitamin D
-masalah tulang
-perubahan mood (mood swing)

4)Kekurangan zat besi
-lesu
-sesak nafas
-sejuk tangan dan kaki
-kuku rapuh
Kebaikan Mengambil Multivitamin Setiap Hari
Kebiasaannya kesan akibat kekurangan mikronutrien ini akan lebih dirasai selepas mengambil multivitamin. Ini disebabkan perubahan kesihatan yang lebih baik akan dialami oleh pengamal multivitamin setiap hari

1)Mengisi jurang nutrisi
2)Meningkatkan tahap tenaga
3)Menambah baik mood
4)Mengurangkan tekanan dan kebimbangan

Nampak remeh tetapi percayalah dengan pengambilan multivitamin setiap hari, ia mampu mengubah kehidupan seharian kita.

Vita-lize ialah vitamin keluaran Shaklee hasil inovasi produk multivitamin pertama di dunia iaitu Vitalize Mineral pada tahun 1915.

Vitalize mineral mengubah banyak kehidupan. Hingga hari ini ia menjadi vitamin yang diperlukan ramai, diinovasi oleh Shaklee dari masa ke masa.
Nutrisi Penting dalam Vita-lize
Vita-lize ialah multivitamin Shaklee untuk dewasa. Ia perlu diambil 2 tablet setiap hari bersama makanan. Berbanding multivitamin jenama lain, Vita-lize Shaklee mempunya mineral penting yang lengkap untuk tubuh badan.

1.Setiap hidangan membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral penting

2.2 tablet Vita-lize membekalkan 600mcg asid folik dan vitamin B

3.Sistem penghantaran salutan mikro berpaten yang direka untuk memastikan penyerapan asid folik secara optimum.
Siapa Yang Perlu Vita-Lize
Vita-lize ialah multivitamin yang seperlunya diambil oleh orang dewasa yang inginkan kesihatan tubuh badan pada tahap optimum tanpa lesu, lemah badan dan lenguh tulang. Vita-lize membantu melengkapkan nutrisi harian.

Nutrisi harian perlu diambil dengan cukup supaya tidak ada masalah kesihatan di hari tua kelak. InsyaAllah. Mulakan dari sekarang.

Hubungi  Nina Salleh untuk dapatkan multivitamin Vita-lize Shaklee hari ini. 
Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang

Continue reading

Cara Renew Membership Shaklee Tanpa Bayaran

Risau sebelum daftar sebagai ahli Shaklee kalau ada yuran tahunan yang perlu komit untuk kekalkan keahlian atau perlu renew membership Shaklee sebagai syarat untuk kekal aktif. Daftar sebagai ahli Shaklee ni tak semestinya untuk berniaga tau. Rugi lah kalau tak daftar dengan Pengedar Shaklee Ampang sebab boleh dapat beli vitamin dengan harga yang lebih jimat dan murah.

Sekali daftar sebagai ahli Shaklee, terus dapat akses untuk menggunakan laman web Shaklee. Di sini boleh buat pembelian vitamin dengan guna kad kredit, kad debit, perbankan atas talian atau dengan easy payment plan yang akan dilancarkan tak lama lagi.

Di post ini, sebagai pengedar Shaklee yang aktif, saya akan kongsikan bagaimana nak jadi ahli Shaklee, renew membership Shaklee dan dapat buat pembelian sendiri di laman web Shaklee.
Kelebihan Daftar Sebagai Ahli Shaklee
Selain dapat beli vitamin dengan harga jimat, setiap pembelian oleh ahli Shaklee juga akan mendapat mata ganjaran. Sekiranya cukup mata ganjaran yang terkumpul setiap bulan, Shaklee akan berikan rebat tunai yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank.

Sebab itu antara syarat untuk menjadi ahli Shaklee perlu juga disertakan dengan nombor akaun dan juga nama bank bagi memudahkan urusan kredit bonus Shaklee.
Ini kelebihan menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee Malaysia.
1. Shaklee dikenali kerana menghasilkan produk vitamin, penjagaan wajah, penjagaan rumah dan penjagaan badan dengan kualiti yang tidak perlu lagi dipersoalkan. Penghasilan produk ini adalah dari hasil kajian para ahli yang pakar di dalam bidangnya.

2. Syarikat Shaklee sangat ketat dalam pemilihan bahan mentah, proses peghasilan, dan pengujian produk untuk memastikan kualiti dan keberkesanan produk.

Pernah ada satu batch Alfalfa Complex, salah satu vitamin untuk buang toksin dalam badan,  yang sudah siap dibotolkan. Namun atas sebab tidak melepasi ujian yang dilakukan selepas dibotolkan, keseluruhan batch tidak diteruskan penjualannya.

3. Shaklee memiliki komitmen yang tinggi terhadap kesihatan dan kesejahteraan. Produk-produk mereka dirancang untuk menyokong gaya hidup sihat, termasuk suplemen makanan, vitamin, produk kecantikan, dan produk penjagaan rumah yang tidak merosakkan alam sekitar.

Ini semua dalam visi Shaklee untuk memastikan generasi akan datang dapat menikmati Bumi yang kekal hijau dan bebas bahan kimia berbahaya.

4. Menjadi ahli Shaklee juga memberi peluang untuk menjalankan bisnes sendiri. Peluang untuk tambah pendapatan dengan perkongsian dan juga penjualan produk Shaklee. Selain itu dapat membina hubungan dan mengajak orang lain untuk sama-sama meningkatkan ekonomi melalui bisnes Shaklee yang tidak memerlukan modal besar ini.
Cara Daftar Sebagai Ahli Shaklee

Untuk dapat kelebihan sebagai ahli Shaklee, korang kena jadi ahli Shaklee dulu. Boleh je daftar sendiri di sini atau hubungi Pengedar Shaklee Ampang untuk bantuan.

1. Masuk ke laman web rasmi Shaklee di sini.

2. Isi maklumat yang diminta. Lepastu korang akan dapat mesej dari Shaklee.

3. Daftar masuk ke laman web Shaklee dengan kata laluan dan nombor keahlian yang telah diberikan melalui SMS.

4. Boleh mula buat pembelian item promosi. Untuk aktifkan keahlian tanpa bayaran, hubungi Pengedar Shaklee Ampang.
Cara Renew Membership Shaklee
Sekiranya sudah berdaftar sebagai ahli Shaklee dan ingin renew membership Shaklee, hanya perlu buat langkah mudah ini:

1. Masuk ke laman web rasmi Shaklee Malaysia

2. Daftar masuk dengan kata laluan dan juga nombor keahlian.

3. Buat apa-apa pembelian vitamin terutama vitamin yang sedang ada promosi bagi penjimatan berganda.

4. Lakukan pembayaran dengan kad kredit, debit atau perbankan atas talian.

5. Setelah pembayaran dibuat dan disahkan, korang akan dapat e-mail dan boleh semak di bahagian My Account > Order History.

Langkah mudah ini boleh dilakukan di mana sahaja dengan adanya internet. Cara mudah untuk renew membership Shaklee dan membuat pembelian di laman web Shaklee dengan sendiri.
Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang

Continue reading

Promosi Vitamin Shaklee FunDay Dapat Beli Harga Jimat

Tengah santai main dengan anak-anak, terkejut betul bila dapat notis pemberitahuan promosi vitamin Shaklee pihak pengurusan tertinggi Shaklee Malaysia. Macam nak percaya ke taknak percaya ni sebab harga runtuh untuk satu hari ni.

Ini bukanlah perkara yang Shaklee biasa buat dan bukan amalan biasa, inilah yang ramai tertunggu-tunggu selama ni. Ada hari FunDay Shaklee dan ada promosi besar-besaran terutama untuk produk penjagaan wajah Youth Shaklee.

Promosi vitamin Shaklee yang diadakan pada hari Sabtu lepas, 18 Mac 2023 khas untuk pengunjung branch Shaklee Kota Bharu, Shaklee Johor Bahru, Shaklee Home Office di Sunway Geo dan Shaklee Kuala Lumpur.

Masa tu perasaan saya memang bercampur baur. Teruja dan dalam masa yang sama berdebar-debar sebab pada tarikh dan dalam masa yang sama saya ada Workshop yang dianjurkan oleh upline dalam Shaklee, Master Hajjah Norita dan Master Haji Naquib. Di Workshop ini juga ada seisi khas bersama Saintis Malaysia Prof Dr Redza.
Promosi Julung Kali Dari Shaklee
Seingat saya, sepanjang buat bisnes Shaklee sejak 2016, inilah promosi julung kali dari Shaklee yang seumpamanya. Belum ada lagi dibuat sebelum ini dengan harga Youth Skincare yang menarik untuk beli pada hari tersebut sahaja.

Bukan saja dapat beli dengan harga yang jimat dan menguntungkan, tetapi setiap pembelian yang cukup mata ganjaran akan peroleh bermacam-macam hadiah.

Saya memang pantang dengar atau dapat tahu ada promosi jimat begini dan ada hadiah pulak tu. Terus rasa tak keruan kan haha.

Memang saya berkira kalau bab hadiah dan barang harga jimat, jadi nak tak nak saya kena cari jalan.
Kerjasama memberikan Hasil
Perancangan saya pada awalnya untuk booking runner supaya dapat beli produk yang terhad, iaitu Night Cream Youth. Ada 20 unit sahaja di setiap branch dan perlu ada di sana lebih awal untuk buat pembelian. Pembelian melalui Whatsapp tidak diterima. Haaa boleh bayangkan tak macam mana perasaan saya yang rasa macam badan kena belah 3 ketul supaya tak terlepas semua.

Namun, nasib tak menyebelahi saya. Saya merancang, tetapi Allah swt juga sebaik-baik Perancang. Walaupun booking runner awal, ada yang sudah beratur di branch lebih awal daripada runner. Maka saya terlepas slot untuk pembelian Night Cream Youth harga jimat tak masuk akal. Dalam kelas, saya tak henti berdoa, selawat tanpa henti memohon agar Allah swt buka jalan yang mudah untuk saya.

Mujur ada salah seorang ahli team saya yang nak pergi buat pembelian di branch Shaklee Kota Bharu, jadi saya minta pertolongan beliau. Dalam hati tak putus berdoa semoga Night Cream Youth tu cukup untuk pelanggan saya yang menanti dengan harapan.
Rezeki Bila Percaya dan Mengharap pada Dia
Sebaik saja team saya Faziana A Rahim sampai di branch, beliau sempat Whatsapp untuk update dalam team kami, “orang tak ramai kat sini”. Bila baca tu memang lega sangat maknanya ada harapanlah untuk saya dapatkan Night Cream Youth pada harga promosi.

Beliau pun santai-santai di branch, kemudian beratur untuk buat pembayaran dan order Night Cream Youth di kaunter. Semua item promosi produk penjagaan wajah Youth ada di rak kecuali Night Cream Youth yang terhad. Sampai di kaunter, staf beritahu “Night cream ada 3 je lagi”, Ya Allah syukur Alhamdulillah.

Ada rezeki cukup-cukup untuk pelanggan yang order dari saya. Itu pun sudah cukup syukur Alhamdulillah sebab Allah swt mudahkan belaka.

Sejujurnya, waktu saya dapat tahu hanya ada 20 Night Cream Youth sahaja yang akan diberikan harga promosi di branch yang terlibat, saya berdebar-debar tetapi tetap berharap dan cari jalan.

Rezeki bila percaya dan mengharap pada Dia namun perlu diselitkan dengaan usaha. Saya percaya dengan konsep rezeki dari Allah swt. Saya juga tidak menolak supaya berusaha, sebab Allah swt juga nak tengok usaha dan setakat mana kehendak kita.

Apa yang saya buat ni saya banyak belajar dari upline dalam bisnes Shaklee juga, Master Norita yang banyak memberikan pengisian rohani pada kami semua.
Bila Allah Swt Nak Bagi
Begitu mudah urusan bila Allah swt nak bagi jalan dan perkenankan doa kita. Seisi petang pula suami terpaksa dikerahkan dengan anak-anak untuk ke branch Shaklee bagi memenuhi permintaan pelanggan. Saya tak sampai hati nak cakap “tidak” pada pelanggan yang menanti. Selagi ada jalan dan ada kudrat, saya akan usahakan. Syukur Alhamdulillah, suami juga memahami dan tetap sabar.

Setiap kemudahan yang Allah swt bagi, saya percaya juga adalah dari doa suami. Lebih satu jam beliau beratur di branch Shaklee Kuala Lumpur. Keadaan sangat sesak dengan ramai orang yang taknak terlepas promosi vitamin Shaklee ni.

Bagi saya, mengalah bukan pilihan. Walaupun tak dapat hadir sendiri ke branch untuk promosi vitamin Shaklee besar-besaran serta FunDay Shaklee, saya pegang semangat untuk cari jalan dan buat sampai jadi.

Sekali memilih jalan untuk bina bisnes ni, maka pilihan yang saya ada ialah untuk sentiasa jalan terus, usaha dan tak putus harapan pada Dia. Syukur semuanya selesai.

Walaupun promosi vitamin Shaklee harga jimat ni dah berakhir, kalian tetap boleh beli dengan harga jimat bila daftar sebagai ahli Shaklee. Tak ada komitmen dan tak perlu berbisnes pun. Berminat untuk beli vitamin Shaklee dengan harga jimat, daftar dengan mengisi borang ini untuk dapatkan nombor keahlian pre-active.
Nina Salleh | Empowering moms

Continue reading

4 Perkara Terkini Yang Peniaga Shaklee Perlu Tahu

Perkara terkini untuk para pemimpian perniagaan Shaklee telah diwar-warkan di
Persidangan pemimpin perniagaan Shaklee atau BLNC (Business Leaders National Conference) bagi tahun 2020
telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 22 Februari 2020.
Ia adalah hari yang dinati-nantikan bagi kami sebagai pemimpin perniagaan Shaklee.

4 PERKARA TERKINI YANG PENIAGA SHAKLEE PERLU TAHU
Pelancaran produk terbaru iaitu Res-V di Malaysia pada bulan Mac 2020
Res-V ialah supplement yang memberikan resveratrol untuk kesihatan badan.
Ia adalah komponen penting untuk kesihatan dari peringkat sel, namun sangat susah untuk didpati dari makanan harian.
Resveratrol telah diuji dan terbukti berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan termasuk sebagai anticancer,
antiinflammatory dan antioxidant yang terbaik.

Ia telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan
didaftarkan sebagai supplement kesihatan. Formula yang telah dikhaskan, eksklusif untuk Shaklee.
Untuk menghasilkan sebotol Res-V, pengekstrakan polifenol secara teliti agar tidak memusnahkan komponen tersebut.

Bagi menjaga ekslusiviti resveratrol dari Res-V, 6 proses pengekstrakan telah dipatenkan.
Jadi,untuk mendapatkan Res-V iaitu supplement resveratrol yang terbaik,
ia hanya boleh didapati dari Shaklee sahaja.

Trip percutian untuk tahun 2020/2021
Bagi tahun 2021, Shaklee telah menetapkan destinasi percutian yang akan ditaja penuh untuk regional dan international
iaitu ke Bali dan Los Angeles. Seperti biasa, segala pembiayaan, hotel, makan, duit poket dan lawatan ke tempat menarik
akan dibayar oleh Shaklee. Ia adalah trip yang sangat berbaloi to fight for.
Boleh baca di sini pengalaman trip saya yang lepas:

2016/2017 Libra Cruise.

2017/2018 Symphony of the Seas, cruise terbesar di dunia.
2018/2019 Trip ke Phuket bersama dengan suami.
Sepanjang 3 kali trip Shaklee layak trip Shaklee,
saya boleh katakan ia adalah percutian yang tak dapat dibayar dengan wang ringgit.
Pengalaman bercuti bersama-sama dengan mereka yang sememangnya
sudah berjaya dan tidak lokek berkongsi rahsia adalah sesuatu yang sangat mahal dan berharga.

Saya nak buka peluang kepada kalian yang nak sama-sama dengan saya,
kita fight untuk free trip 2021.
Untuk trip international ke Los Angeles,
ia akan menjadi sambutan gilang gemilang sempena 65 tahun Shaklee Corporation.

Peluang untuk ‘meet and greet’ bersama dengan CEO Shaklee
Peluang yang teruka untuk berjumpa, meet and greet dengan CEO Shaklee iaitu Mr Roger Barnett pada 20 Jun 2020

di National Conference 2020 nanti.
Sekiranya berminat dan teruja untuk jumpa sendiri dengan Mr Roger,
‘Whatsapp Nina Salleh’ untuk tahu bagaimana. Bukan sahaja CEO Shaklee,
beliau juga adalah seorang pengguna yang mendapat kesan apabila
kesihatan anaknya lebih baik setelah bertukar kepada produk penjagaan rumah organik dari Shaklee.

Yuran keahlian Shaklee telah diturunkan
Untuk kalian yang nak mula mendapatkan vitamin Shaklee pada harga ahli,
yuran keahlan telah diturunkan kepada RM35 sahaja. Lebih 50% rendah dari harga asal.
Atau boleh pilih untuk bermula dengan keahlian percuma.  Lebih jimat, lebih mudah dan lebih sihat!.
Tertanya-tanya apa itu BLNC? Baca FAQ BLNC.

Nak mulakan langkah bersama kami di TBS Wellness, whatsapp saya sekarang.
Nina Salleh

Continue reading

DOKTOR TERKEJUT, PESAKIT BEBAS KANSER TULANG

“Doktor di Institut Kanser Negara pun terkejut bila sel kanser dalam badan saya dah tak dikesan. Saya dah bebas kanser!”, seorang pesakit kanser tulang tahap dua memberitahu melalui aplikasi ‘Whatsapp’.
Selepas beberapa bulan beliau mengamalkan supplement, salah satunya ialah coQtrol yang mengandungi coQ10 dan resveratrol. Ia kedengaran overclaim, tetapi ada kajian sains yang membuktikan.
Sebak, terharu, terkejut dan bercampur syukur ke hadrat Ilahi. Kita hanya usaha, Dia Yang Maha Menyembuhkan. Kanser ini walaupun dah ‘biasa’ , ia tetap mimpi ngeri. Semoga kita terus sihat.

KEPENTINGAN COQ10
Badan kita menghasilkan coQ10 sendiri.
Namun disebabkan faktor usia, pemakanan dan pengambilan ubat seperti statin, penghasilan coQ10 akan berkurang.

CoQ10 ada dalam setiap sel dan paling banyak di jantung. Ia penting untuk memberikan tenaga dan melindungi sel. Ia sangat penting untuk kesihatan dan memberi tenaga kepada jantung untuk mengepam darah dengan efektif.
Dr Karl Folkers, seorang ahli biokimia yang banyak menyumbang dalam mengenalpasti dan mengasingkan produk natural bioaktif.
Dalam salah satu kajian yang beliau jalankan, terbukti pengambilan coQ10 bermanfaat untuk pesakit kanser dan dapat meningkatkan tahap survival dari 5 hingga 15 tahun malah ada yang bebas kanser.
( Rujukan: Folkers K, Brown R, Judy WV, Morita M (1993) Survival of cancer patients on therapy with coenzyme Q10. Biochem Biophys Res Commun 192: 241-245)
Betapa penting pengambilan coQ10 yang cukup setiap hari. 100mg setiap hari dapat memberikan manfaat untuk kesihatan yang berpanjangan. Dengan pemakanan yang tidak terjaga, ini adalah ikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik.
Bagi mendapatkan 100mg coQ10 setiap hari, kita perlu memakan sama ada 3KG daging, 100cawan brokoli rebus, 100 sudu makan minyak canola atau 3.3 KG mentega kacang.

Atau dengan 1 biji CoQtrol dari Shaklee setiap hari untuk memenuhi keperluan badan. Ianya lebih mudah berbanding untuk ambil dari makanan, belum tentu cukup sumber coQ10 untuk seisi keljva
Jom sihat bersama #TBSWellness.

Continue reading

5 Amalan Mudah untuk Mencegah Wabak Covid-19 Dari Rumah

Seluruh dunia dikejutkan dengan virus Covid-19 yang mula dikesan di Wuhan, China. Terbaru di Malaysia, seorang lelaki warganegara, dari Selangor yang telah disahkan positif coronavirus, setelah pulang dari berkonferens di Singapura.
Dari hari ke hari virus ini semakin menular. Virus Covid-19 merebak melalui udara yang tercemar dengan virus dan seterusnya disedut oleh individu lain.
Antara tanda-tanda serangan virus coronavirus ialah demam, selesema, batuk dan sakit-sakit badan.
Virus ini menyerang sistem pernafasan. Ia dalam kumpulan yang sama seperti SARS dan MERs-CoV. Pengalaman saya waktu dijangkiti dengan virus Covid-19 terasa juga gejala sepertyi sakit badan dan sendi, sama macam denggi.

Saya nak kongsikan langkah untuk cegah Covid-19 yang boleh dimulakan dari rumah.

5 Cara untuk Cegah Covid-19
1. Memakai penutup mulut dan hidung

2. Cuci tangan dengan kerap
Ini akan membantu untuk nyah kuman dari anggota badan terutama setelah menyentuk apa-apa permukaan. Di pasaraya selepas pegang troli, menggunakan mesin atm atau pun masuk ke tandas cucilah tangan dengan sabun atau air biasa.

Apa-apa permukaan yang disentuh boleh membawa kepada jangkitan kuman.

3. Tidak berkunjung ke tempat awam
Perlu diingat, virus ini sangat kecil dan tak dapat dilihat dengan mata kasar. Secara mudah, ia akan merebak dengan cepat apabila ada ‘contact’ secara terus. Tidak kira berjumpa di pasaraya atau berselisih jalan. Kita tidak pernah tahu siapa yang telah dijangkiti atau tidak. Jadi, buat pilihan bijak untuk berada lebih banyak di rumah.

4. Mengambil supplement vitamin C

Vitamin C akan meningkatkan ketahanan badan untuk melawan jangkitan kuman. Dalam kajian ini , terbukti dengan mengamalkan Vitamin C mempunyai tahap kekuatan melawan jangkitan yang tinggi terutama yang melibatkan sistem pernafasan.
Ada banyak jenis vitamin C yang ada di pasaran, buatlah pilihan yang bijak sebagai pengguna.

5. Mengamalkan makanan untuk tingkatkan antibodi
Untuk menguatkan sistem pertahanan badan, pilih untuk makan makanan yang tinggi dengan antibakteria dan antivirus properti seperti biji labu, bawang putih dan kunyit. Ia adalah sumber semulajadi, yang tinggi dengan properti untuk melawan kuman.
Nina Salleh

Continue reading
1

Review Tadika Cina untuk Anak

Assalamualaikum dan hai, kebelakangan ni ramai parents yang whatsapp Nina tanya feedback sekolah Cina untuk Amanda dan Maryam, baca di sini , so kali ni Nina nak kongsikan dan review progress Amanda dan Maryam sepanjang belajar di tadika cina, Tadika On Pong.

Sebenarnya bukan la progress sangat, lebih kepada review tadika cina ni dari apa yang Nina nampak setelah 2 orang anak Nina masukkan ke sini😊
Semoga lebih mudah untuk ibu bapa buat pilihan.

Review Tadika Cina Untuk Anak
Kerjasama Antara Ibu Bapa
Amanda sekarang dah 6 tahun, dah tahun kedua, manakala Maryam pula 4 tahun, tahun pertama di tadika yang sama.
Sejak awal nak daftarkan anak-anak, memang cikgu dan bagitahu, tadika Cina ni memang kerja rumah akan banyak. Terutama bila masuk umur 5 tahun. Dan cikgu minta kerjasama ibu bapa untuk sama-sama semak dan bantu ajar anak di rumah.
Nina dan suami memang akur, dan sebab tu kami sangat berat hati untuk keluar waktu malam di hari persekolahan. Ia akan beri kesan untuk anak-anak. Jadual harian akan terganggu. Tidur lewat, ada kala kerja rumah tak sempat disiapkan. Bayangkan setiap hari akan ada 5-6 buku untuk disiapkan😁

Tapi kami ok, dan kami faham di sebalik semua ni. Lagipun di sekolah Cina, ada bahasa tambahan yang perlu dipelajari. Semua ni untuk anak-anak kuasai.

Suasana Pembelajaran yang Kondusif
Walaupun bukan institusi swasta, tapi tadika ini mengamalkan pembelajaran yang sesuai dengan apa yang Nina nak.
Anak-anak rasa seronok belajar. Seronok buat homework, tak pasti bagaimana aktiviti pembelajaran mereka sebab ibu bapa tak dibenarkan masuk ke kawasan kelas. Yep. Untuk elak anak-anak lari fokus.
Hanya hari pertama, itu pun untuk sekejap. Bagi Nina, cara ini bagus untuk melatih keyakinan anak-anak.
Contohnya Maryam, dia sangat pendiam, dan kurang yakin bila jumpa orang yang dia tak kenal tapi bila diajar masuk sendiri ke pagar sekolah, Alhamdulillah, sekarang dah pandai buat kawan baru, dah babai-babai kawan Cina dia😍
Macam mana Nina tahu anak suka belajar di sini? Melalui respon anak-anak. Happy dan excited untuk ke sekolah, bangun pagi pun akan terus mandi bila Nina kejut. Amanda pun nampak enjoy buat homework. Untuk progress report, ada 2kali setiap tahun. Boleh tengok performance anak-anak dan sejauh mana kefahaman anak-anak. Masa ni ibu bapa boleh nilai adakah anak-anak boleh bawa bahasa cina dengan baik atau sebaliknya.

Komunikasi Secara Manual
Untuk sebarang informasi, guru akan beritahu dan beri notis di dalam buku notis anak-anak. Sekolah ni tak ada whatsapp group sebagaimana sekolah lain hehe. So far so good.

Dan kalau ada apa yang musykil juga, boleh terus tanya cikgu semasa ambil anak. Sebab cikgu akan tunggu bersama anak-anak di pagar sekolah. Ambik dalam waktu yang ditetapkan. Kalau ambil lewat, tak dapat juga jumpa cikgu😂

Bahasa Cina
Untuk masuk sini, memang akan ada banyak sangat buku. Yep. Sebab ini bukan sekolah biasa, ia adalah tadika Cina.
Ada bahasa Cina, Matematik dalam bahasa Cina, bahasa utama di tadika ini ialah bahasa Cina. Kalau plan nak masukkan anak ke SR (J) K Cina, seeloknya, dari awal dah masukkan ke tadika Cina. Tadika On Pong terima kemasukan kanak-kanak seawal 4 tahun.
Walaupun belum ada homework sewaktu 4 tahun, sekurangnya anak dah dibiasakan untuk lembutkan jari dan lidah dengan tulisan Cina hehe.

Tuisyen Cina 
Sekolah ada sediakan tuisyen Cina. Ada bayaran tambahan dan akan diajar oleh guru sekolah. Bagi Nina, lebih baik tusyen di sekolah, sebab cikgu yang sama mengajar, mungkin kaedah pembelajaran pun mudah difahami.
Terpulang untuk ibu bapa, tusyen ni tak wajib. Tapi jika nak anak kuasai bahasa Cina, mesti letak extra effort. Macam Nina sendiri, Nina dan suami memang tak ada basic bahasa Cina. Kat rumah pun kami memang tak bercakap bahasa Cina.
Yang terbaik, kami fikir dan memang pilih untuk hantar anak tusyen.

Info tambahan
Tadika ni ada 2 seisi, pagi dan petang. Uniform setiap hari kecuali hari Jumaat, adalah hari sukan. Anak-anak hanya pakai baju sukan pada hari Jumaat.
Ada makanan halal yang disediakan oleh pihak sekolah. Kalau rasa taknak makanan sekolah, boleh bawa bekal😁

Darjah 1 nanti Amanda akan bersekolah SR (J) K Cina On Pong, dalam kawasan yang sama. Doakan Amanda dan adik-adik dapat kuasai bahasa Cina, dan digunakan untuk kemajuan dunia dan akhirat. InsyaALLAH Ameen.

Ini juga salah satu faktor penyumbang yang buatkan saya nak hantar anak ke sekolah dan tadika cina, kerana nampak disiplin dari akar umbi. Tapi sebenarnya walaupun anak tak lagi sekolah ditadika cina, atas faktor tertentu, saya harap anak-anak membesar dengan penuh disiplin.
Nina Salleh | Empowering moms

Continue reading
11

PROMOSI KEAHLIAN SHAKLEE SECARA PERCUMA

Assalamualaikum aunty dan uncle jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi keahlian Shaklee secara percuma tau, bermula hari ni sampai 28 Februari nanti. Gambar Eisyal sebab Eisyal dah satu tahun hehe. Happy birthday mom’s 3rd born, Eisyal Diyani. Membesar jadi saham Syurga mom&papa, penyambung legasi bisnes Shaklee mom. Semoga sentiasa sihat tubuh badan, sempurna iman, dan bahagia dunia akhirat. Ameen.. PROMOSI KEAHLIAN SHAKLEE SECARA PERCUMA Hari ni bermula promosi keahlian Shaklee secara percuma, yang mana sepanjang hampir 3 tahun Nina buat bisnes Shaklee, ini yang pertama promosi keahlian Shaklee yang sebegini rupa jimat tak terkata! Bukan saja keahlian percuma, setiap pembelian akan dapat lagi discount sebanyak 10%. Kalau sebelum ni, harga untuk Vivix twinpack yang melayakkan kita dapat keahlian percuma ialah RM760, sekarang hanya dengan RM684 kita layak dapat kelebihan yang sama! Percuma keahlian bernilai RM65 Percuma penghantaran ke seluruh Malaysia Rebat tunai Bersama dengan pembelian mana-mana starter set untuk #JOMSHAKLEETBS . Paling menarik, peluang untuk mendapatkan mana-mana set ini secara PERCUMA juga terbuka kepada anda semua. Nak tahu bagaimana? Cepat whatsapp Nina dengan hanya tekan butang whatsapp di blog Nina. VIVIX TWINPACK WELLNESS SET YOUTH STARTER SET CARA UNTUK MENDAPATKAN PROMOSI KEAHLIAN SHAKLEE SECARA PERCUMA Ramai yang takut untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee, takut kena berniaga. Eh jangan la takut. Kalau berniaga pun kita yang untung, bukan kita kena buat stock hehe.Simple je, kalau daftar sebagai ahli Shaklee, anda akan dapat harga sama dengan Nina, maksudnya Nina tak dapat untuk runcit pun kalau anda beli produk Shaklee. Kelebihan, anda dapat harga ahli sebab anda ada nombor pendaftaran. Sama macam Nina! Nina juga akan guide cara makan, dan Nina akan follow up serta boleh rujuk kepada Nina selaku orang yang mendaftarkan anda. Boleh whatsapp Nina bila perlu, insyaALLAH Nina akan bantu. Daftar semudah ABC bagi merebut peluang promosi keahlian Shaklee secara percuma Untuk mendapatkan keahlian Shaklee secara percuma, hanya perlu buat langkah di bawah.Klik di sini ,dan anda hanya perlu isi butiran di sini. Kemudian anda dah dapat buat belian untuk starter pack dan dapat rebut promosi keahlian Shaklee secara percuma. Senang kan? Boleh bayar guna kad debit atau kredit anda sendiri. Dah boleh register dan beli sendiri, nikmati harga produk Shaklee lebih jimat daripada biasa! Sincerely, Nina Salleh a hot mompreneur Shaklee user, Shaklee business leader Founder of The Brightstars
Continue reading

5 TIPS KULIT CANTIK DARI DAPUR YANG AKAN BUAT SUAMI TAK PANDANG LAIN

Assalamualaikum, Salam Jumaat yang berkat😁Terima kasih sebab sudi baca lagi tulisan Nina hihi. Buat apa hari ni? Long weekend lagi kan? Apa kata sesuai sangat buat benda ni, 5 TIPS CANTIK GUNA BAHAN DARI DAPUR SAJA.Nina nak share hari ni 5 tips kulit cantik yang akan buat suami korang tak pandang lain.Ok lupa nak masukkan tips yang lebih penting dari 5 ni, mintak doa supaya suami tak pandang lain😆5 tips kulit cantik ni yang bestnya hanya guna bahan dari dapur saja. Tapi kalau tak masak tu lain la ye, memang tak ada nak cari kat dapur😋Isteri yang nak pikat hati suami, sangat bagus amalkan tips ni, yang pasti, memang berkesan dan mesti konsisten. Mana ada benda hari ni buat esok terus jadi kan hehe.Buat sebulan nanti share testimoni ok!Cabaran cantik dari dapur😁My bare face, tanpa make up dan foundation atau filter. Nina kalau keluar just apply Uv Protection, tu penting tau untuk elak jeragat. Ok, teruskan baca k, akan ada 5 tips kulit cantik yang siapa pun boleh buat, kena rajin je.1. Gunakan TIMUNLebam bawah mata? Cuba hiris timun macam ni, lekatkan pada mata, rehatkan mata selepas bangun dari tidur, dan sebelum tidur.10 minit je, cuba buat seminggu, dan tengok lebam pada mata anda dah hilang😁Buat setiap hari lebih baik untuk kesan optimum.2. Jangan buang AIR BASUHAN BERASSangat serbaguna dan penuh manfaat, untuk kulit yang gebu dan licin, celup kapas dalam air basuhan beras dan jadikan toner.Atau, sesuai untuk dijadikan make up remover. Jadi anda JIMAT! Sebab tak perlu beli make up remover dan toner. Kulit jadi halus dan mulus gituu😁Cubalah, pasti tak menyesal, dan paling penting, poket tak kurus😆3. Uncang TEH HIJAU sebagai scrubberKulit berjerawat? Ada blackhead atau whitehead? Nah, jangan minum sahaja teh hijau, uncang nya boleh terus scrub muka secara lembut. Jerawat mudah kecut, black head white head akan tanggal😁4. Minyak kelapa untuk kulit sihatOrang dulu-dulu senang, sebab pandai buat minyak kelapa. Jangan mintak resepi dengan Nina tau, tak pernah buat😆 Beli je VCO kat kedai, untuk rambut lebat, untuk area kulit yang kering, sapu saja minyak kelapa.Rambut akan lebat hitam dan kulit kering tiada lagi😍5. Lidah buayaBoleh sapu terus pada muka, buat masker dan perubahan akan ketara, aloe vera akan mengurangkan parut jerawat, jika dibuat berterusan, naaaa FLAWLESS😁Tapi ni semua untuk orang rajin. Yang betul-betul berdisiplin akan nampak hasil. Nina memang tak la. Pagi-pagi nak hiris timun, mana nak sediakan sarapan anak kan? Anak nangis lagi tak sempat makan kena baling timun tu😂Nina guna ni, yang sekarang tengah PROMO!Radiant set, set untuk remajakan balik kulit dan untuk pikat hati suami.Nampak kesan kalau konsisten, suami pun taknak keluar rumah nanti. Hehe.Dapatkan Radiant Set yang sedang PROMO ni. Nina pun tak miss, so ini rahsia Nina untuk kulit yang tanpa filter dan tanpa make up, tapi masih selfie penuh yakin!Sincerely, Nina Salleh012-3114040

Continue reading