Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Resepi Laksa Penang Pung Pang Rizalman

Waktu raya tempoh hari ada rancangan di Astro, ulang tayang Pung Pang Rizalman termasuklah part masak laksa penang pekat kaw ni. Kebetulan saya tengok sama-sama dengan suami sampai dia pun kecur liur, tak boleh nak tidur teringat laksa penang Pung Pang Rizalman.

Dari malam duduk minta saya masakkan ikut resepi dalam Pung Pang Rizalman. Esok hari tu saya terus buat tetapi ada juga yang saya alter, kiranya ini 95% menyamai resepi laksa penang asal dalam pung pang Rizalman.

Bahan-bahan ikut resepi Laksa Penang Dato’ Rizalman:

Cara-cara untuk masak laksa penang resepi Dato’ Rizalman

1. Rebus ikan dengan cili kering, asam gelugor dan sedikit garam.

Rebus ikan dan cili kering

2. Asingkan isi ikan dan kisar bersama cili kering dan asam gelugor.

Kisar sehingga hancur

3. Kisar tulang ikan dan tapis. Ambil airnya sahaja.

4. Kisar bahan-bahan bertanda *

Sardin 1 tin besar
Separuh biji nenas masam-masam manis
Daun kesum 1 genggam dan 2 batang bunga kantan juga dikisar

5. Masukkan kesemuanya dalam periuk.

Masukkan daun kesom dan bunga kantan yang belum diblend juga

6. Tambah sedikit air mengikut kepekatan yang diingini.

Petis udang

7. Masukkan petis udang, 2 batang bunga kantan, daun kesom dan air asam jawa ke dalam periuk yang sama.


8. Masak sehingga mendidih dan perasakan dengan garam

Masak sehingga mendidih dan perasakan dengan garam
Hidang bersama ulam-ulaman

Sebenarnya kalau ikut resepi laksa penang ni betul-betul, masam dah cukup tak perlu asam dah. Oh, resepi laksa penang yang saya buat ni perlu tambah cili padi sebab saya buat tak pedas supaya anak-anak boleh makan. Kalau nak kurus dengan formula Fat Burning Machine, ini salah satu menu yang lulus untuk makan banyak sampai kenyang tapi ada cara dia tau.

Selamat mencuba! Jangan lupa share resepi ni tau.

Nina Salleh |Empowering moms