Disebabkan dah lama saya janji nak kongsikan review berurut di Rumah Hutan Bonda Rozita yang saya pergi waktu awal bulan Januari yang lalu, ini kali nak tunaikan permintaan ramai yang tertunggu-tunggu.
Sejujurnya tak ada rancangan awal pun untuk berurut di Rumah Hutan Bonda Rozita tapi kebetulan pula dapat tarikh yang kosong sedang elok dengan tarikh untuk closing bisnes bulan Disember tahun 2018. Dah penat mental dan fizikal pulun berniaga, ada juga rasa nak ringankan badan. Lagipun nak ambil semangat untuk masuk tahun baru 2019 sebagai seorang yang fresh gitu.
Pengalaman Berurut Di Rumah Hutan Bonda Rozita
Ramai yang tunggu feedback ni kan. Saya pun faham sebab nak survey dulu, sebab itu juga saya kongsikan review mudah-mudahan dapat membantu lebih ramai yang masih berfikir-fikir dan tercari tempat urut yang buatkan badan lebih ringan lepas urutan.
Setelah sekian lama saya usha dan asyik baca feedback dari pelanggan yang berurut di Rumah Hutan Bonda Rozita ni, saya juga follow Instagram Rumah Hutan Bonda Rozita memang 100% pelanggan yang berurut di sana bagi feedback yang positif. Lagi lah rasa teruja dan menggeletis nak manjakan badan.
Kalau ikutkan, badan saya ni pun tak ada sakit-sakit pun sebab memang setiap hari sebelum tidur saya amalkan minum 1 sudu Vivix untuk kesihatan dalaman. Tapi saja nak dapat pengalaman baru berurut di Rumah Hutan Bonda Rozita.
Cara Buat Tempahan Urut Di Rumah Hutan Bonda Rozita
Tempahan boleh dibuat secara atas talian, semuanya dari hujung jari sahaja. Senang dan jimat masa.
Boleh ikut cara ni saya bantu step-by-step untuk mudahkan urusan kalian.
Langkah 1: Masuk ke web Rumah Hutan Bonda Rozita, dan pilih ‘Tempahan online’ dari menu
Langkah 2: Pilih pakej yang berkenan di hati
Ada beberapa pakej urut khas untuk wanita kesemuanya nampak macam kena dengan selera tapi tetap mesti pilih satu sahaja untuk setiap seisi. Boleh baca di sini untuk penerangan setiap pakej bagi wanita. Kalau ada masalah tertentu, boleh pilih pakej yang boleh bantu selesaikan masalah yang kita hadapi.
Untuk berurut kali ni saya pilih pakej Spa Wanita Dewi Kemangi sebab seumur hidup tak pernah masuk SPA, jadi teringin nak SPA pulak.
Langkah 3: Pilih tarikh dan masa yang diinginkan
Langkah 4: Bayar deposit minimum RM55
Bagi memastikan tiada pembatalan pada saat akhir, pelanggan perlu membayar deposit RM55 selepas tempahan dibuat. Notis pembayaran akan dihantar melalui email.
Perjalanan Ke Rumah Hutan Bonda Rozita
Hari yang saya nanti-nantikan sudah pun tiba. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang satu jam. Untuk arah jalan, boleh guna aplikasi Waze Rumah Hutan Bonda Rozita dan akan terus dibawa ke sana.
Pelanggan yang datang berurut ke Rumah Hutan Bonda Rozita bukan sahaja dari Malaysia, malah dari Singapura pun ada. Bukan biasa-biasa tempat ni.
Sampai ke rumah hutan, kereta perlu diletakkan di kawasan yang telah disediakan di bawah, Untuk naik ke atas iaitu pergi ke bilik urutan kita akan dibawa dengan menaiki kenderaan 4×4. Jalan yang dibawa agak sempit, berbukit dan tak sesuai untuk kenderaan awam.
Di ruang rexceptionist ini pelanggan perlu laporkan diri dan buat bayaran baki untuk pakej yang diambil. Dari sini juga tukang urut yang ditugaskan akan diberikan signal supaya siap sediakan bilik dan apa yang patut untuk pelanggan.
Sesi Urutan Di Rumah Hutan Bonda Rozita
Bilik Urutan
Selepas pendaftaran, pelanggan akan dibawa ke tempat untuk berurut. Di sini hanya yang berkenaan boleh masuk.
Waktu ini, saya bawa suami dan anak-anak bersama. Mereka menunggu di sini sepanjang 2 jam atau lebih. Mujurlah suami tak merungut atau mengamuk haha. Anak-anak pula dah buat macam-macam hal.
Untuk masa akan datang, hanya datang dengan suami untuk sama-sama berurut supaya anak-anak tidaklah bosan menunggu dan nak elakkan drama.
Untuk pakej Nina, sebelum berurut, kita baring atas ni dulu, ada haba panas sambil tukang urut membelai muka
Bilik yang dari senibina kayu, dekat dengan alam. Sebaik sahaja jejakkan kaki hidung saya terus menangkap bau-bauan dan naroma yang menenangkan. Ia beri satu keselesaan walaupun tak mula lagi sesi urutan. My first impression; Superb! Ye lah, ini taste Bonda Rozita dan siapa yang sentiasa follow beliau akan tahu seleranya yang sukakan keindahan alam.
Pakej Spa Wanita Dewi Kemangi
Rendaman kaki dengan air garam
Sebaik sahaja masuk ke bilik, saya disambut oleh tukang urut yang ditugaskan. Beliau sediakan air suam dan garam untuk rendaman kaki. Ada batu-batuan dari sungai dalam bekas tersebut. Sambil rendam kaki, gosokkan ke batu. Dikatakan rendaman kaki ini membantu untuk melancarkan proses peredaran darah selain dari membersihkan kaki.
Selepas 10 minit, tukang urut akan membantu untuk angkat kaki dan lap untuk keringkan. Ini dah gaya layanan dayang terhadap puteri raja gitu.
Katil Terapi Haba
Selesai rendaman kaki, tukang urut akan sediakan katil terapi haba untuk baring di sana. Bagi orang yang tak tahan panas badan macam saya, katil ni agak panas tetapi tidaklah sampai melecur. Ia sesuai untuk menyegarkan badan.
Urutan Wajah
Sementara badan menikmati haba disertakan dengan aroma yang mewangi dari katil terapi, tukang urut akan membuat urutan pada wajah. Tukang urut membelai wajah dengan sangat lembut. Urutan ini pula untuk menambah seri pada muka.
Urutan badan
Sejujurnya saya tak pernah tahu macam mana yang dikatakan ‘sedap’ bila berurut. Kerap kali dapat soalan terutama waktu berurut lepas bersalin,
“Sedap tak urutan?”, memang saya tak tahu nak jawab sedap atau tidak. Kadang-kadang rasa sakit seluruh badan lepas berurut. Ada masa tak rasa apa-apa pun. Jadi tak tahu lah sedap tu macam mana. Tapi dekat sini saya boleh beritahu dengan yakin yang urutannya memang sedap, berbaloi dengan harga dan mereka semuanya dilatih sendiri oleh Bonda Rozita.
Dua jam sesi berurut memang tak terasa. Sungguh lembut urutan membelai dari muka ke tangan dan kaki hingga ke hujung jari namun tetap memberi kesan hilangkan lenguh badan dan beri rasa yang baru seakan-akan tukar badan baru eh. Terasa seolah-olah puteri raja untuk 2 jam ni. Kalaulah boleh nak tambah lagi 2 jam untuk sesi ni tapi sayangnya memang setiap sesi penuh dan tak boleh extend. Boleh katakan inilah pengalaman urutan terbaik yang saya pernah rasa seumur hidup.
Bila suami tanya, “best ke tidak berurut?”, saya boleh jawab laju-laju, “Best sangat dan nak datang lagi kalau ada rezeki dan umur yang panjang”.
Kalau sebelum ni, jawapan biasa bila ditanya soalan yang sama, ‘Hmmm tak tahu la best ke tidak’, itu skrip jawapan sejak dulu. Masa urut lepas bersalin pun tak dapat rasa sangat significant tu.
Sejujurnya urutan di Rumah Hutan Bonda Rozita tidak menyakitkan, memberi kelegaan pada tubuh badan dan paling ketara sebab tak rasa macam urutan yang sebelum ni. It was a great experience and definitely I will come again.
Yang penting lepas saya berurut, suami pula yang cakap best.
Penjagaan Dalaman Wanita
Untuk penjagaan dalaman wanita terutama untuk hubungan suami isteri saya minum kolagen daripada sisik ikan merah untuk kembalikan keremajaan. Untuk wanita yang sudah bersalin dua atau tiga kali, kolagen ni penting untuk ketatkan semula otot di bahagian pelvis dan juga tegangkan bahagian kulit yang kendur.
Bukan saja dalaman, kulit muka pun nampak lebih muda dan tegang.
Kemudian, untuk kesihatan menyeluruh, Nina amalkan Vivix setiap hari! Badan rasa bertenaga, dulu Nina selalu rasa sakit belakang sekarang dah tak sakit dah. Nak beli sekarang untuk harga jimat!
Bila dah cuba sendiri dan konsisten sejak 2016, memang berbaloi menabung untuk beli setiap bulan. Hubungan suami isteri, kesihatan dalaman wanita dan yang penting keyakinan bertambah dengan Vivix dan collagen.
Tak pernah rugi bila melabur untuk diri sendiri dan suami tercinta, itulah salah satu ladang pahala seorang isteri.
Nina Salleh|Empowering moms