Coach Diet FBM & GGA

Pengalaman Bercuti di Rumah Tepi Sungai

Cuti sekolah kali ni saya bagi anak-anak pengalaman baru, merasa bermalam dan bercuti di rumah ala-ala kampung di tepi sungai. Dah lama saya berniat nak bagi anak-anak rasa macam ni.

Seronoknya kalau hari-hari dapat bangun dan tengok pemandangan macam ni.

Walaupun tak sama macam kampung asal saya, tapi ada lah “vibes” tu. Bukan dalam selesa yang ada aircond macam duduk hotel, itulah pengalaman mahal yang anak perlu rasa sekurang-kurangnya sekali.

Bangun tidur terus siap nak masuk sungai

Tapi sebenarnya lepas habis bercuti di sini, saya rancang untuk cari banyak lagi tempat bercuti ala kampung begini.

Pakej Rumah Penginapan

Istimewa rumah ni untuk setiap hari bermalam, akan disediakan sarapan pagi dan makan tengahari.

Pengalaman mahal dapat makan tepi sungai. Menu kampung ni memang gabungan sempurna.

Untuk makan tengahari, semuanya lauk kampung boleh pilih antara ikan keli, kembung atau talapia. Gabungan pula sayur lemak pucuk paku, sayur lemak labu dan sayur lemak bayam. Itulah gabungan sempurna menu orang-orang kampung.

Menu kampung tak pernah jemu

MasyaAllah sedap tak terkata!

Tempahan Rumah untuk Bercuti di Tepi Sungai

Saya booking bilik ni seminggu sebelum kami datang sini. Bilik kat sini tak banyak unit, tapi kawasan memang kawasan kampung.

Ada pilihan bilik kayu atau batu

Jadi bila datang sini, jangan lah expect semuanya disambut dengan aircond dan ada yang mengangkat beg.

Rumah kayu ni membahang juga waktu siang, tapi tak banyak masa dalam rumah pun

Kena harung naik turun tangga dengan bawa bag sendiri. Ada susahnya tapi berbaloi sangat, anak-anak pun boleh merasa.

Masa sampai ni memang rasa nak terus terjun sungai sebab panat merelip

Cara booking pula sangat mudah, hanya pergi laman sesawang rasmi rumah sungai, pilih tarikh, pilih rumah yang berkenaan kemudian terus buat bayaran.

Nasi lemak complimentary 3 bungkus, tambahan RM1

Harga semuanya termasuk dengan sarapan 3 bungkus nasi lemak (boleh tambah dengan bayaran tambahan) dan makan tengahari mengikut set yang disediakan.

Aktiviti di Rumah Tepi Sungai

Sejujurnya saya sangat berpuas hati dengan pengalaman kami bercuti di tepi sungai ni.

Untuk hari kedua, saya pilih duduk dalam khemah. Untuk khemah ni, memang sah-sahla tandas di luar. Bagi anak-anak pengalaman, sebelum masuk ke campsite yang sebenar, itu pun dah lama masuk mimpi cuma belum tahu bila akan jadi realiti.

Pengalaman tidur dalam khemah di tepi sungai memang surreal. Sejuk nya dah la malam tu hujan. Syok betul

Dengan anak 4 orang ni saya memang suka, tapi sebab part renyah tu saya serahkan pada suami untuk uruskan, jadi bagi dia masa🤣

Mandi manda dengan keluarga

Ada banyak kemudahan kat sini. Bebas nak memasak kalau bawa alatan semua. Itu yang saya kesal tu. Dah booking awal pun belum cukup bersedia😅

Waktu malam lepak-lepak dan boleh mandi juga sebab ada spotlight jadi terang dalam sungai

Jadi yang mana sedang merancang untuk datang sini, bawa je periuk nasi dan dapur kecik yang macam ni boleh beli di sini, makanan simple serta ikan, ayam perap siap boleh berkelah ala-ala BBQ dengan keluarga. Jadi sangat seronok dan penuh dengan aktiviti.

Melawat resort terbaru owner rumah sungai, kali ni atas bukit

Antara peralatan penting yang perlu ada ialah ubat nyamuk, mosquito repellent dan juga krim Herbal Blend . Kalau kena gigit nyamuk, sapu tu je insyaAllah cepat surut bengkak atau gatal.

Pemandangan dari rumah penginapan yang belum dibuka. Tak perlu pergi Kundasang lagi.

Kat sini, ubat nyamuk yang gulung asap tu disediakan di khemah. Dalam bilik pula ada yang jenis spray.

Anak ketiga paling selesa sekali, dah macam tarzan sangat senang adaptasi diri

Percutian dengan Pengalaman Baru

Waktu tengahari kalau nak duduk dalam bilik memang masak ye, sebab panas dengan atap zink. Meruap dan rasa macam sedang dikukus haha.

Rindu sungguh dengan suasana ni

Tapi mujurnya kat sini bila terasa bahang panas boleh je terus berendam dalam sungai tu, memang menggeletor pulak sejuknya terasa sampai ke tulang sumsum.

Melawat Mini Amazon

Alang-alang dah kat Lenggong, kami ambik peluang naik bot pusing tasik. Ini Tasik Chenderoh asalnya limpahan dari Sungai Perak.

Boleh la feeling bawa boat

Tapi sekarang terkenal dengan nama Tasik Raban, atau Mini Amazon di Malaysia.

Bersiar dalam bot pusing Tasik Cenderoh

MasyaAllah cantik sangat ciptaan Allah swt ni, memang indah, tak terkata, lukisan alam ni menang mendekatkan kita dengan Dia.

Apa lah perasaan tuan rumah di tepi tasik ni:)

Bot ni ada pakej untuk 1 bot penuh, boleh pilih 1 jam, 2 jam atau 3 jam. Banyak pakej yang ada. Kami pergi dengan pakcik ni, atas rekomendasi pemilik Rumah Sungai. Boleh terus berhubung dengan beliau.

Berpeluang bergambar dengan teratai

Tasik Chenderoh adalah penting bagi kegiatan pelancongan, pengairan, perikanan air tawar dan penjanaan kuasa hidroelektrik.

Luas sangat tasik ni

Ia terbentuk dengan pembinaan Empangan Chenderoh, empangan pertama dibina di Malaysia sekitar tahun 1930, menjadi empangan terbesar Asia Tenggara pada ketika itu.

Boat ni ada disediakan life jacket

Empangan ni menampung 50 juta gelen air lalu membentuk sebuah tasik buatan manusia seluas 10 batu persegi.

Betolak Balik Ke Kuala Lumpur

Balik dari bersiar di tasik, kami jamu hidangan makan tengahari sebelum bertolak balik. InsyaAllah ada rezeki nak datang lagi dengan peralatan memasak, baru lah ada tambah lagi feel camping tuu.

Pengalaman dan perasaan mandi air sungai pagi hari memang takkan kami lupakan. Harap jadi memori indah untuk anak-anak.

Nina Salleh | Empowering moms