Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

SEKOLAH UNTUK ANAK: KERAJAAN ATAU SWASTA?

Assalamualaikum and good day to all😁
Terima kasih singgah lagi kat blog Nina, sebenarnya baru nak aktifkan diri blogging, atleast seminggu 3 kali.
Siapa baca cuba komen kat ruang komen tu, tinggalkan link blog awak semua.
Jom cabar diri nak? Hehe.
Oh, nak cerita pasal ni.. Naluri mak-mak ni kan, bila ada anak, fikir pasal anak je.
Macam raya la, anak berpasang baju baru, mak recycle je😅
Kalau la anak faham perasaan ibu, bila besar nanti insyaALLAH tak ada masalah nak rebel dengan ibu sendiri,
tapi dengan syarat, dari kecik kena terapkan nilai murni.

Amanda Imani, 4

Maryam Tihani, 2

ANAK DARJAH 1 WAJIB LANCAR MEMBACA

Anak semua dah tidur, masa ni la terfikir macam mana anak nak survive dengan sistem pendidikan zaman sekarang?
Bukan salah cikgu, tapi sistem yang boleh membunuh. Siapa mampu tolak sistem?

Kawan whatsapp tadi, copy and paste katanya. Cuba baca, memang menangis😭
Darjah 1, anak mesti lancar membaca, kalau tak memang kesian😭
 Aduhai sedih, kita nak ikut sangat negara maju, tapi adakah kita dah ikut from scratch?
Macam mana nak catch up kalau Darjah 1 baru kita nak implement?
Tapi kita tak boleh ubah pendirian pihak atasan. Ubahlah dari peringkat kita dan anak-anak.
Tak guna cakap banyak kan, apa yang nak dibuat, akan dibuat jugak.
Kalau nak hantar anak sekolah kerajaan, terpaksa ikut sistem dan rentak. Kalau taknak, pilih sekolah swasta, tapi mampu ke?
 Sebab tu dari sekarang Nina dah tanam dalam diri, memang bercita-cita nak hantar anak kat Khalifah Model School (KMS),
sekolah swasta.
Itu saja caranya, tapi tu pun kalau duit cukup kan?
Maklumlah sekolah swasta, nak tak nak beribu jugak yuran kena bayar. Tapi tak apa, demi kebaikan anak.
Memang kena struggle sekarang.

Gambar anak sekolah KMS.
Banyak baca pasal KMS ni, dan sejujurnya Nina kenal KMS ni sebab follow
Facebook Ustaz Hasrizal (Abu Saif, penulis Saifulislam) tak lama dulu😁
Alhamdulillah, sekolah tu area Ampang jugak, dekat sangat dengan rumah.
Senang sangat, semoga murah sangat rezeki.

Boleh ke website khalifahschool.com untuk pendaftaran dan boleh view Visi Misi mereka.
Dulu Nina tak faham, kenapa nak kena hantar KMS, apa KMS ni buat kan, mula-mula memang ikut membabi buta,
sebab suka dengar sekolah ni, dan kerap dengar Ustaz Hasrizal bercerita
memandangkan anak-anak mereka bekas pelajar KMS, jadi lebih praktikal dan dekat penceritaan beliau.
Dari zaman Nina belum ada anak, Nina dah rasa nak masukkan anak ke KMS ni, over tak?😂
Tapi itu lah impian, dan ada dalam Vision Board Nina.
Sekarang nampak macam mustahil, tapi tak apa,
Nina sedang kerja kuat ni, nak pastikan boleh realisasikan impian, InsyaALLAH.

SAVING UNTUK PENDIDIKAN ANAK

 
Dari tak nampak jalan, tapi pejam celik lagi beberapa tahun saja anak akan menginjak usia 7 tahun,
maksudnya dah darjah 1, kena masuk sekolah. Amanda lagi 3 tahun, Maryam lagi 5 tahun. Sekejap sangat.
Sempat saving ke?
Buat dulu, jadi ke tak nanti fikir. Fake it until you make it
Alhamdulillah, sejak berhenti kerja makan gaji, Nina business Shaklee sepenuh masa,
dan dapat simpan secara konsisten untuk anak-anak. Masa kerja makan gaji dulu cepat sangat leka, tak tahu la ke mana duit tu.
Ibu bapa yang makan gaji, jangan jadi macam Nina, sebab saving sendiri sepanjang kerja makan gaji pun ZERO. Teruk kan?

Nak lagi selamat, kalau makan gaji, buat penolakan gaji, sikit pun tak apa asalkan konsisten.
Yang paling selamat setakat ni, Tabung Haji.
Nina zaman kerja makan gaji tak sempat nak buat penolakan,
duit asyik habis, bayar hutang saja esok terus gaji 0. Teruk sungguh!
Sekarang dah business, buat betul-betul. Ada amanah yang perlu dijaga..
Sekolah swasta atau kerajaan bukan ukuran, ukur baju di badan sendiri, itu sebetulnya.
Kalau nak sekolah swasta, buat  macam nak.
Jangan nak hanya di mulut, nanti yuran nak bayar pakai daun kering? (Tanya diri sendiri)

Amanah yang perlu dijaga, semoga membesar menjadi saham Syurga, ameen..
Tolong doakan mereka, semoga terlaksana impian Nina nak hantar mereka ke KMS,
dan jadi hamba ALLAH swt yabg bertaqwa😊
Sincerely,
Nina Salleh