Coach Diet FBM & GGA

Set Kanak-Kanak Shaklee

Bantu anak-anak untuk memulakan perjalanan kehidupannya dengan menggalakkan tabiat pemakanan yang baik. Dari kecil lagi, latih anak-anak untuk sukakan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Saya selalu bagitahu anak-anak, “Makan sayur, nanti badan sihat”, kena selalu juga ingatkan yang “makan jajan tu tak sihat” supaya anak-anak sentiasa ingat dan sedar sebelum ambil sebarang jajan. Ada juga hari yang saya benarkan, namun tidaklah setiap hari.

Set Anak Sihat Shaklee

Pengambilan nutrien yang betul akan membantu memaksimumkan kemampuan dan perkembangan otak mereka. Set Anak Sihat Shaklee membekalkan nutrien yang anak-anak perlukan.

Sekiranya anak-anak cerewet dalam soal makan dan tidak mendapat makanan yang betul dan seimbang, carilah suplemen yang membekalkan semua nutrien penting yang mereka perlukan untuk permulaan yang hebat.

Setakat ni, anak-anak tak ada masalah dengan sayur atau buah. Alhamdulillah.

Kesan Perkembangan anak-anak Hidup dengan Norma Baru

Disebabkan gaya hidup norma baru selepas seluruh dunia dilanda wabak Covid-19, pertumbuhan dan tumbesaran anak-anak turut sama terjejas. Kebanyakan mereka yang lahir sekitar tahun 2019 dan 2020 akan alami masalah untuk berada di kalangan orang ramai. Selain itu, tahap kesihatan juga terjejas.

Keadaan ini akan menyebabkan tahap kesihatan anak-anak merosot secara keseluruhan. Inilah antara sebab utama anak-anak perlu diberikan vitamin bagi mengekalkan tahap kesihatan.

Vitamin Dan Mineral untuk Si Kecil Kekal Kuat dan Sihat

Seeloknya, untuk setiap hari ikhtiarkan agar anak-anak dapat vitamin yang cukup bagi mengurangkan jurang nutrisi.

Multivitamin dan Mineral

Dapatkan vitamin dan mineral penting termasuk dengan jumlah keperluan harian daripada lapan jenis vitamin B, vitamin C, D&E, zat besi, kalsium, magnesium dan zink yang memainkan peranan penting dalam menyokong badan yang sihat.

Masukkan vitamin dalam diet harian anak-anak

Ia membantu untuk:

• Merapatkan jurang nutrisi dalam diet mereka

• Menyokong pertumbuhan dan perkembangan

Semasa pertumbuhan dan perkembangan pesat kanak-kanak, mereka memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan:

• Meningkatkan perlindungan imun.

Gigi yang kuat dan sihat perlukan vitamin yang cukup

• Menyokong penghasilan tenaga.

Oleh itu, pengambilan vitamin B setiap hari, iaitu vitamin penting dalam penghasilan tenaga, sangat digalakkan.

Vita-Lea for Children

Tablet boleh kunyah yang bebas gluten dan berperisa anggur lazat melengkapi pemakanan dan memenuhi jurang nutrisi si manja. Ia adalah tablet yang mesra gigi untuk kanak-kanak.

Berikan anak-anak 2 biji Vita-Lea for Children setiap hari untuk memastikan badan terima cukup vitamin&mineral harian.

Multivitamin untuk anak