Bantu anak-anak untuk memulakan perjalanan kehidupannya dengan menggalakkan tabiat pemakanan yang baik. Dari kecil lagi, latih anak-anak untuk sukakan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Saya selalu bagitahu anak-anak, “Makan sayur, nanti badan sihat”, kena selalu juga ingatkan yang “makan jajan tu tak sihat” supaya anak-anak sentiasa ingat dan sedar sebelum ambil sebarang jajan. Ada juga hari yang saya benarkan, namun tidaklah setiap hari.
Set Anak Sihat Shaklee
Pengambilan nutrien yang betul akan membantu memaksimumkan kemampuan dan perkembangan otak mereka. Set Anak Sihat Shaklee membekalkan nutrien yang anak-anak perlukan.
Sekiranya anak-anak cerewet dalam soal makan dan tidak mendapat makanan yang betul dan seimbang, carilah suplemen yang membekalkan semua nutrien penting yang mereka perlukan untuk permulaan yang hebat.
Kesan Perkembangan anak-anak Hidup dengan Norma Baru
Disebabkan gaya hidup norma baru selepas seluruh dunia dilanda wabak Covid-19, pertumbuhan dan tumbesaran anak-anak turut sama terjejas. Kebanyakan mereka yang lahir sekitar tahun 2019 dan 2020 akan alami masalah untuk berada di kalangan orang ramai. Selain itu, tahap kesihatan juga terjejas.
- Kurang pendedahan kepada cahaya matahari menyebabkan kekurangan vitamin D
- 8% kanak-kanak di Malaysia terbantut akibat makanan yang tinggi glycemic index, makanan proses dan tinggi karbohidrat
- 1 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kenaikan berat badan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat gaya hidup yang tidak aktif
- Seisi persekolahan alam maya yang menyebabkan masalah penglihatan pada ank-anak
Keadaan ini akan menyebabkan tahap kesihatan anak-anak merosot secara keseluruhan. Inilah antara sebab utama anak-anak perlu diberikan vitamin bagi mengekalkan tahap kesihatan.
Vitamin Dan Mineral untuk Si Kecil Kekal Kuat dan Sihat
Seeloknya, untuk setiap hari ikhtiarkan agar anak-anak dapat vitamin yang cukup bagi mengurangkan jurang nutrisi.
- Vitamin A
- Vitamin C
- Vitamin D
- Vitamin E
- Tiamin
- Riboflavin
- Niasinamida (Niacinamide)
- Vitamin B6
- Folat
- Vitamin B12
- Biotin
- Asid Pantotenik (Panthotenic)
- Kalsium
- Iron
- Zink
- Iodin
- Magnesium
- Kuprum
Multivitamin dan Mineral
Dapatkan vitamin dan mineral penting termasuk dengan jumlah keperluan harian daripada lapan jenis vitamin B, vitamin C, D&E, zat besi, kalsium, magnesium dan zink yang memainkan peranan penting dalam menyokong badan yang sihat.
Ia membantu untuk:
• Merapatkan jurang nutrisi dalam diet mereka
• Menyokong pertumbuhan dan perkembangan
Semasa pertumbuhan dan perkembangan pesat kanak-kanak, mereka memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan:
- Tulang dan gigi yang lebih kuat.
- Otak dan penglihatan yang sihat.
• Meningkatkan perlindungan imun.
- Vitamin C menyokong penghasilan sel darah putih dan meningkatkan
perlindungan sistem imun.
• Menyokong penghasilan tenaga.
- Mempunyai tenaga yang berterusan sepanjang hari sangat penting bagi memenuhi sifat ingin tahu semula jadi anak-anak dan kehendak mereka untuk meneroka dunia sekeliling.
Oleh itu, pengambilan vitamin B setiap hari, iaitu vitamin penting dalam penghasilan tenaga, sangat digalakkan.
Vita-Lea for Children
Tablet boleh kunyah yang bebas gluten dan berperisa anggur lazat melengkapi pemakanan dan memenuhi jurang nutrisi si manja. Ia adalah tablet yang mesra gigi untuk kanak-kanak.
Berikan anak-anak 2 biji Vita-Lea for Children setiap hari untuk memastikan badan terima cukup vitamin&mineral harian.
- Vita-Lea® untuk Kanak-kanak diformulasikan dengan pelbagai 18 vitamin dan mineral penting
- Setiap hidangan mengandungi 100% dari Nilai Harian dari semua lapan vitamin B, serta vitamin C, D dan E, yang memainkan peranan penting dalam menyokong tubuh yang sihat.
- Tidak ada perisa tiruan, pemanis, atau pengawet tambahan, dan ia secara semula jadi manis dengan xylitol, formula yang sesuai dengan gigi.
- Rasa anggur bebas gluten dan sedap yang disukai oleh anak-anak.Multivitamin untuk anak-anak
Protein
Protein membantu dalam membina, mengekal serta memperbaiki tisu badan dan sangat penting dalam membekalkan khasiat terbaik yang diperlukan oleh badan anak-anak agar mereka membesar menjadi lebih kuat setiap hari.
Ia membantu untuk:
- Memastikan perut si kecil berasa kenyang lebih lama.
- Menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
- Menyokong pertumbuhan tulang yang lebih kuat dan sihat (N. Chapman Associates. 2004. Current Knowledge on Soy and Children’s Diets for United Soybean Board.
- Membina dan memperbaiki sel.
- Menghasilkan antibodi, enzim dan hormon
Sebagai ibu bapa, kita mahu anak-anak melalui zaman kanak-kanak yang terbaik, membesar dengan sihat, cergas, bertenaga dan mendapat perlindungan sewajarnya.
Salah satunya dengan memberikan si manja peluang untuk menikmati zaman manis ini sepenuhnya dan mencapai yang terbaik dalam hidup mereka, dengan Set Kesihatan Kanak-kanak.
Meal Shakes
Minuman berkhasiat, lazat dan berkrim serta merupakan sumber yang kaya dengan serat dan protein. Meal shakes esuai diminum oleh kanak-kanak, remaja dan juga dewasa di mana-mana sahaja.
- Membekalkan tenaga untuk permulaan hari anak-anak
- Membantu mengekalkan kesihatan tubuh dan sistem pencernaan
- Untuk membantu mengekalkan berat badan ideal
- Kaya dengan kalsium dan zink yang membantu untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
Perlindungan dan Kuatkan Imuniti
Selain Covid-19, kita juga perlu berjaga-jaga dengan banyak lagi virus yang sedang tersebar termasuklah Influenza. Virus ini tidak lah berbahaya namun untuk mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, jangkitan virus ini akan menyebabkan kesihatan terjejas dengan teruk.
Dengan pelbagai virus yang semakin mengganas, sebagai ibu bapa kita siapkanlah anak-anak dengan vitamin yang boleh menguatkan imuniti badan.
Hero Kiddo
Lindungi anak-anak dengan memastikan kesihatan imuniti badan pada tahap optimum, salah satu cara ialah dengan bekalan Hero Kiddo, vitamin gummy dengan ekstrak elderberi yang sedap dan tinggi dengan khasiat kesihatan.
Kandungan Utama Hero Kiddo
1.Elderberi
- Dihasilkan daripada buah beri hitam yang ranum, dari pokok renek yang berasal dari Eropah
- Kandungan antioksida yang tinggi.
- Kaya dengan nutrien yang menyokong fungsi imun badan iaitu Antosianidin (Anthocyanidins).
- Diekstrak, dipekatkan di bawah keadaan vakum (hampagas), kemudian dikeringkan secara semburan dan kandungan antosianidin diseragamkan.
Elderberi merangsang imun badan dengan:
- Mengahalang virus daripada melekat dan memasuki sel yang sihat.
- Meningkatkan penghasilan sitokin yang memainkan peranan penting dalam tindak balas imun terhadap jangkitan virus
- Melindungi sel imun daripada kerosakan akibat radikal bebas
- Merangsang tindak balas imun terhadap jangkitan yang telah berlaku.
Rujukan:
- Mahboubi, M. (2020) Sambucus nigra (black elder) as alternative treatment for cold and flu. ADV TRADIT MED (ADTM). doi: 10.1007/s13596-020-00469-z.
- Golnoosh, T., Peter, V., Qayyum A., & Fariba D. (2019) Anti-influenza activity of elderberry (Sambucus nigra), Journal of Functional Foods, Volume 54,Pages 353-360, ISSN 1756-4646. doi: 10.1016/j.jff.2019.01.031.
- University of Sydney. (2019) Elderberry compounds could help minimize flu symptoms, study suggests. ScienceDaily.
- Andrzej, S.,& Anna GM. (2015) Advanced research on the antioxidant and health benefit of elderberry (Sambucus nigra) in food – a review. Journal of Functional Foods,
Volume 18, Part B, Pages 941-958, ISSN 1756-4646
2.Vitamin C
- Vitamin larut air
- Sumber makanan termasuklah jambu batu, mangga, betik, ceri, kiwi dan brokoli
- Meneutralkan radikal bebas
- Merangsang penghasilan dan fungsi sel darah putih
- Ciri-ciri antioksida melindungi sel darah putih semasa melawan patogen
- Membantu dalam penghasilan antibodi
- Memendekkan tempoh selesema
- Mempercepatkan pemyembuhan luka
3.Vitamin D
- Vitamin larut lemak
- Dihasilkan dalam badan apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari secara langsung
- Sumber makanan termasuklah kuning telur dan ikan berlemak
(salmon, tuna, mackerel) - Meningkatkan fungsi sel imun (sel-T dan makrofaj)
- Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan seseorang semakin mudah mendapat jangkitan
4.Zink
- Mineral surih
- Sumber makanan termasuklah daging merah tanpa lemak, ayam itik, makanan laut, dan bijirin sarapan yang diperkuatkan
- Menyokong kesihatan imun & mengaktifkan sel imun supaya ia berfungsi secara optimum
- Mengatur laluan isyarat intrasel (dalam sel) untuk sel imun
- Memendekkan tempoh dan keterukan selesema biasa
- Mempercepatkan penyembuhan luka
Sama-sama ikhtiar untuk kesihatan si kecil. Si kecil sihat, seluruh isi rumah akan ceria.
Nina Salleh | Empowering Moms
One thought