Coach Diet FBM & GGA

Tips untuk Makan di Suki-Ya Supaya Puas Hati

Jadi mak-mak ni, satu perkara yang saya tak boleh tinggalkan ialah me time. Kalau tak ada me time, boleh haru biru seluruh hari. Bukan hari saya je, semestinya hari suami juga akan rosak. Haa gitu kuasa isteri. Jadi betullah orang kata, happy wife makes up a happy family.

Baru ni satu hari suntuk saya memang fully occupied. Kebetulan suami pun sama sibuk. Jadi saya kena urus anak-anak sendiri, ambik anak sekolah dan pergi urus order customer sendirian. Ya Allah, memang hectic betul rasa. Rasa macam nak pengsan dan nak tinggal semua sebab dah terlampau overwhelmed. Anak-anak saya pula perangai tak boleh berenggang dengan ayah. Jadi bila di rumah dengan saya, diorang akan tanya, “mana papa”,  ulang soalan “mana papa? Papa lambat lagi ke balik?” Sampai 10,000 kali sampai muncul depan pintu rumah. Kalau mood saya okey, boleh je jawab 10,000 kali. Kalau mood tak okey, rasa macam nak hantuk kepala kat dinding. Huhu. Motherhood ni memang menguji sebenarnya.

Dua ketul yang selalu menguji haha

Dalam keadaan emosi tak stabil tu perut mula la rasa craving itu ini. Terus whatsapp suami, nak pergi makan Suki-Ya dengan bawak dua orang anak, Eisyal dan Fatima. Bagi cepatkan masa berlalu supaya Eisyal boleh kurankan ulang tanya soalan “mana papa”.

Padahal saya dah tahu, sebenarnya kalau keluar dengan 2 orang ni, lebih disaster dari duduk rumah. Hahah. Sendiri tanggung lah risiko tu, dah diri sendiri yang nak keluar.

Mujurlah sejak saya buat diet bakar lemak ni, lebih craving kepada real food macam daging-daging. Pulak tu baru kenal dan baru pandai makan Suki-Ya ni, dalam seminggu ni dah 3 kali saya pergi makan sini. Hahaha. Mujur lah lulus diet FBM. Jadi tak kisahlah nak makan banyak mana pun sebab diet FBM ni tak kira kalori pun.

Tips Makan Suki-Ya Supaya Puas Hati

Tips makan Suki-Ya yang terakhir tu paling penting tau. Jangan lupa cuba.

1. Pilih hari dan waktu yang sesuai

Benda pertama kena ingat, kalau nak makan Suki-Ya musim sekarang ni, memang kedai ni tengah viral. Kebanyakan mall pun memang kena beratur. Yang saya dah pergi dan paling lama beratur di MyTown, kedua ialah Pavillion dan yang paling kurang ialah di KL East Mall. Yang paling kurang orang tu saya pergi hari bekerja, waktu lunch buffet (pukul 3 lebih). Jadi mungkin sebab tu orang belum ramai.

Paling sekejap beratur, takl sampai 30 minit

Kalau pergi hujung minggu, tak kira lah waktu lunch atau dinner memang kena jangkakan beratur panjang. Waiting time boleh jadi 2-3 jam. Pergi ramai-ramai senang nak take turn beratur. Kalau pergi sorang, memang kelaparan lah dekat situ. Nak keluar barisan kang nanti kena beratur semula. Ish.

2. Bagi kenyang dengan daging, ayam dan kambing

Pertama kali makan Suki-Ya

Pertama kali pergi Suki-Ya, team bisnes, Dr Farah dan suami yang belanja. Ni pertama kali masuk. Ingatkan macam buffet biasa. Terus pergi dekat tempat pilih (Healthy Bar) makanan dan ambik nasi dan sushi. Kemudian jagung dan benda lain lah. Bila dah makan semua tu, jadi tak terasa la nak makan daging. Rugi bethol.

Bila Dr Farah ajar, tips nak makan puas hati dekat Suki-Ya ni kena makan daging dulu. Itu yang kali seterusnya pergi Suki-Ya saya terkam daging je.

Bagi saya sup ni memadai tak pedas dan pedas, rasa dia lebih kurang haaha

Di Suki-Ya ni paling best ialah sebab daging, ayam dan kambing dia free flow. Kalau habis, boleh minta je. Diorang akan hantar lagi. Rugi tau kalau tak guna peluang ni. Ini lah salah satu sebab saya suka Suki-Ya.

Sekarang ni bila masuk Suki-Ya, saya akan makan daging dengan banyak sekali dan puas hati. Biar lah berbaloi harga yang dibayar tu. Yang lain-lain dekat healthy bar tu benda yang biasa je, ada di steamboat lain. Tapi yang daging ni kena ambik peluang bebetul supaya tak rugi bahagian pelanggan😆

3. Uruskan anak supaya kenyang

Kalau pergi dengan anak kecil, macam hari tu saya pergi dan kena urus anak sendiri. Jadi siap-siapkan nasi, lauk, mee udon untuk anak. Diorang suka makan nasi dengan sup tu.

Muka tak sabar nak buat sepah tuu. Saya tak makan kambing, jadi pilih daging dsan ayam. itu yang free flow tu

Bagi anak settle down, baru la ibu boleh makan dengan aman. Jangan ibu je nak makan, anak-anak terbiar kelaparan. Nanti anak menjerit-jerit, kang tak pasal kita nak makan pun tak tenang.

4. Harga buffet di Suki-Ya

Harga berbeza untuk dewasa dan kanak-kanak, hari biasa, hujung minggu dan hari cuti am. Juga berbeza mengikut waktu lunch atau dinner. Harga dinner lebih mahal berbanding waktu lunch.

Jadi boleh rancang nak pergi waktu bila supaya kita dah siap-siap bajet bulanan atau bulanan. Saya lebih suka bajet begini sebab nak allocate duit bonus yang masuk akaun. Tapi kalau yang terlebih bajet tu mintak suami top-up kahkah. Itulah gunanya suami.

Kanak-kanak 5-11 tahun dapat separuh harga. Untuk Fatima masih percuma.

Ini list harga makan di Suki-Ya. Yang ala carte tu tak semua outlet sediakan menu ala carte.

5. Desert yang terakhir

Di Suki-Ya, ada sediakan aiskrim mangkuk dan kon.

Kalau taknak rugi masa, sebab masa limit 2 jam. Makan lah dessert ni bila nak keluar nanti.

Kat sini ada aiskrim sea salt dan coklat. Di MyTown ada Matcha.

Ambil aiskrim,bayar dan boleh keluar sambil makan aiskrim. Lebih jimat masa.

Pengalaman bawa anak 2 orang pergi Suki-Ya memang memenatkan. Lagi-lagi dengan Fatima yang dalam fasa semua benda nak cuba.

Selamat tumpahkan air

Silap saya sebab lambat dudukkkan dia atas baby chair😅 Habis terabur dan sempatlah dia tumpahkan air. Maafkan kami ya staf Suki-Ya KL East Mall. Huhu.

Eisyal makan nasi, ayam dan sup

Biasalah kalau bawa anak pergi tempat makan macam ni, kena expect chaos tu lebih dari biasa. Dan sebagai ibu juga, saya kena bertanggungjawab pada anak-anak. Tak boleh biarkan mereka berjalan-jalan dan menggangu orang lain. Itu yang saya akan usahakan setiap kali makan di luar.

6. Pilih sos yang betul. Tips makan Suki-Ya paling penting

Sos ni kena buat sendiri. Kalau salah buat, jadi tak sedap lah nak makan Suki-Ya tu.

Ini pun saya belajar dari Dr Farah. Sejujurnya inilah sebab saya teringat makanan Suki-Ya. Disebabkan sos nya.

Sos putih dan kuning ada nama dia tapi tak payah hafal pun haha

Cara nak buat sos Suki-Ya yang sedap bagi saya campurkan ini:

Cicah dengan daging tu memang sedap terangkat rasanya.

Sos ni yang buat teringat masuk mimpi
Jagung ni antara kegemaran saya kalau makan steamboat

Lepas makan semua boleh la berjalan bakar lemak pula. Untuk saya, menu di Suki-Ya ni menu selamat untuk saya kurus. Tapi kena tahu cara yang betul. Jangan main hentam tanpa ilmu, nanti bukan je dapat gemuk tapi tambah penyakit lagi ada. Semoga bermanfaat untuk yang baru nak cuba makan di Suki-Ya.

Nina Salleh | Empowering moms