Coach Diet FBM & GGA

Cara Ajar Anak-Anak Untuk Puasa Penuh

Sejujurnya lah kan, saya memang tak ajar anak puasa. Tapi Allah tu kan Maha Baik. Saya doa supaya Allah mudahkan perjalanan saya dan suami untuk didik anak-anak kami mengikut jalan yang Dia redha. Bagi saya, proses mengandung dan bersalin memang akan berakhir bila seseorang anak itu lahir ke dunia.

Namun, proses mendidik dan membesarkan anak-anak dengan nilai murni itulah yang berpanjangan dan menuntut hingga habis usia, malah hingga di alam sana nanti.

Anak-anak ialah amanah dan setiap nya akan disoal nanti

Bukan apa, bila nak ajar anak puasa, saya risau kalau-kalau anak puasa tapi tak solat. Sedangkan kedua-dua pun rukun Islam. Jadi saya rancang nak bagi anak-anak solat cukup 5 waktu. Bila tiba masa mereka solat, dan dah sedia nak puasa, baru saya akan disiplinkan untuk puasa pula.

Umur Berapa Anak Mula Puasa

Tak nafikan ramai anak kawan-kawan yang dah puasa lebih awal dari Amanda dan Maryam. Tapi style saya, memang kena ada pendirian sendiri dan elak untuk bandingkan anak-anak sendiri dengan anak orang lain. Seeloknya, bila dah bersedia itulah masa yang sesuai untuk saya dan suami ajar anak puasa.

Maryam dan Amanda dah ada pengalaman puasa penuh

Tahun lepas, waktu Amanda umur 9 tahun dan Maryam umur 7 tahun, mereka dah mula puasa penuh. Syukur Alhamdulillah. Puasa seharian yang sangat mudah untuk saya dan suami. Anak-anak sendiri yang “nak” puasa dan mereka mudah bangun sahur.

Supaya mereka faham kewajipan solat, saya akan ajak dan solat sama-sama. Bila buat bersama, ia lebih mudah dan menyeronokkan. Itulah cara kami suami isteri setiap hari dalam bulan Ramadan. Mudah-mudahan Allah bantu dan beri istiqomah.

Ajar anak Puasa Melalui Perbuatan

Sebenarnya, saya tak pernah paksa atau ajak anak untuk puasa waktu mereka kecil. Saya pernah silap waktu masih di zaman kanan-kanak sebab bila puasa, saya tak lengkapkan solat 5 waktu. Jadi sekarang saya nak ajar anak puasa tetapi dalam masa sama mereka kena tahu, solat 5 waktu juga adalah wajib.

Siapkan senarai semak harian

Waktu awal usia, walaupun saya tak ajar anak puasa secara langsung, mereka sudah dapat lihat sendiri dan memerhatikan apa yang ibu bapa mereka buat.

Cara Mudah Untuk Ajar Anak Puasa

Tidur awal dan bangun awal

Salah satu perkara yang mudahkan saya untuk ajar anak berpuasa sebab sejak kecil, anak-anak memang terbiasa tidur awal. Kalau selain bulan puasa pula, selepas solat isyak, mereka akan buat kerja sekolah dan kemaskan barang untuk sedia ke sekolah sebelum masing-masing biasanya akan mengantuk.

Untuk anak-anak yang alami kesukaran untuk tidur awal, mungkin perlu disiplinkan dan juga ada aktiviti waktu siang supaya malam mereka akan penat dan mudah untuk tidur.

Tidur yang mencukupi membantu kanak-kanak untuk:

Libatkan anak semasa persiapan iftar

Bagi mudahkan proses untuk ajar anak puasa, kita memang perlukan strategi. Salah satunya supaya mereka rasa waktu siang berlalu dengan pantas. Jadi, saya akan siapkan jadual terutama untuk hari hujung minggu waktu mereka cuti sekolah.

Bulan puasa waktu malam sangat pack

Tanpa aktiviti dan penglibatan dengan kerja rumah, anak-anak mudah lesu dan terasa lambat nak berbuka puasa. Biasanya, waktu siang untuk mengaji, siapkan Kumon, buat ulangkaji Matematik dan juga memasak untuk iftar. Waktu malam pula akan sama-sama ke masjid.

Selain beri anak-anak rasa masa berlalu cepat, nak ajar anak berpuasa pun akan lebih mudah bila mereka tak rasa terpaksa.

Mulakan hari Dengan Berkat Sahur

Bulan Ramadan banyak berkat di dalamnya. Cara ajar anak puasa ialah dengan beri mereka pengetahuan dan suasana bulan puasa yang tak ada pada bulan yang lain. Waktu malam, saya akan beritahu anak-anak yang mereka perlu bangun untuk sahur.

Sediakan buah-buahan

Dengan sahur, kita dapat meraih berkat bulan Ramadan. Jadi, walaupun tahu-tahu je la nak kejutkan anak waktu pagi hari untuk makan memang mencabar dan memenatkan. Di situlah tersimpan banyak kemanisan.

Waktu sahur ini, anak-anak akan diberikan:

Pilihan Makanan Untuk Berbuka

Yang ini kalau pergi kedai, semua benda anak-anak rasa nak beli dan nak makan. Maklumlah saya sendiri pun dah lalui fasa itu. Jadi bila nak ajar anak untuk puasa, saya lebih senang masak sendiri di rumah.

Ada juga hari-hari kami beli sahaja lauk tetapi berpada-pada saja. Saya akan tetapkan mungkin 1 makanan untuk setiap orang. Bila balik rumah nanti ia dah jadi 3 menu berlainan.

Menu simple untuk anak-anak

Sebagai ganjaran anak-anak yang berpuasa, saya akan memasak dan meraikan menu yang mereka teringin nak makan. Selain untuk mulakan makan dengan kurma dan minum air, anak-anak perlu diajar supaya makan perlahan-lahan.

Makan dengan laju dan gelojoh boleh menyebabkan ‘overeating‘ disebabkan perut mengambil masa antara 15-20 minit untuk hantar signal kenyang ke otak. Dalam nak ajar anak-anak puasa, ia turut mendidik diri saya dan suami.

Elakkan berlebih-lebihan dan pembaziran

Selain dari cara ajar anak puasa yang saya kongsikan ni, yang lebih penting ialah kesediaan anak-anak dan juga buat mereka teruja sambut bulan Ramadan melebihi untuk raya hehe. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan ibu bapa semua.

Nina Salleh | Empowering moms