Sebenarnya, cara berkesan untuk cegah demam denggi ada pada rumah kita sendiri.
Sejak saya berkerja di hospital, denggi ialah antara penyakit yang membimbangkan di negara kita. Demam ini disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes.
Cara Jangkitan Demam Denggi
Apabila nyamuk Aedes betina dijangkiti dengan virus denggi kemudiannya menggigit individu lain, dari situlah bermula merebaknya virus denggi.
Virus denggi tidak tersebar melalui sentuhan, wap air seperti Covid-19 atau dari manusia, ia memerlukan nyamuk Aedes sebagai hosnya.
Gejala Demam Denggi
Kebiasaannya gejala denggi akan muncul antara lima hingga enam hari selepas digigit nyamuk Aedes. Gejala yang biasa dialami seperti:
- Demam
- Sakit kepala
- Sakit tulang belakang
- Sakit sendi-sendi
- Loya dan muntah-muntah
- Sakit biji mata
- Ruam
Namun, gejala yang ditunjukkan akan berbeza mengikut fasa demam denggi iaitu fasa febrile, kritikal dan penyembuhan. Perinkat ini dibezakan berdasarkan keadaan pesakit dan juga ujian darah.
Peringkat Demam Denggi
Fasa Febrile
Ini ialah fasa bermulanya gejala demam denggi. Individu yang dijangkiti akan menunjukkan gejala seperti:
- Demam
- Ruam yang tidak gatal pada badan
- Sakit sendi dan seluruh badan
Fasa Kritikal
- Demam sudah kebah ketika di fasa ini
- Keputusan ujian darah kuning (platelet) akan mengalami penurunan dan kepekatan (hematocrit) yang meningkat
- Mungkin mengalami sakit perut, muntah dan cirit birit
- Pendarahan di mana-mana seperti gusi atau dari hidung dan mulut
Fasa penyembuhan
Ini ialah fasa terakhir demam denggi di mana seluruh badan akan berkerjasama untuk kembali kepada keadaan biasa.
Di fasa ini, keputusan ujian darah kebanyakannya akan kembali normal, fungsi badan akan mengalami pemulihan dan selera makan akan kembali seperti biasa.
Cara Untuk Mengenalpasti Jangkitan Demam Denggi
Hanya ujian darah yang akan menentukan sama ada terdapat jangkitan virus denggi atau sebaliknya.
Mengikut kebiasaan ketika saya masih berkhidmat di jabatan kecemasan hospital kerajaan, pesakit yang datang ke hospital dengan gejala demam tiga hari dan ke atas perlu menjalani ujian darah.
Sebolehnya, jika diri sendiri atau anak-anak demam melebihi 3 hari, saya akan bawa ke hospital atau klinik kesihatam untuk melakukan ujian darah bagi saringan denggi.
Mengikut statistik, demam denggi ialah penyakit yang sudah membunuh hampir 200 orang pada tahun 2019 hingga 2020 dan angka ini adalah amat menakutkan.
5 Cara untuk Mencegah Demam Denggi
Denggi ialah penyakit yang tidak ada ubat dan belum ada vaksin yang boleh mencegah dari dijangkiti penyakit ini. Mahu atau tidak, langkah pencegahan adalah yang terbaik untuk mengawal denggi dari terus merebak.
Nyamuk Aedes ialah pembawa virus denggi. Jadi cara pencegahannya ialah dengan mengurangkan pembiakan dan menghapuskan nyamuk tersebut.
1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
Nyamuk Aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung. Cegah nyamuk Aedes dari terus membiak dengan melalakukan langkah ini:
- Membuang bekas yang boleh menakung air
- Tangki air dan bekas tadahan hujan ditutup
- Pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
- Saliran atap sentiasa mengalir dzan tidak bertakung
- Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan pembiakan jentik-jentik
2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
Nyamuk Aedes sangat banyak pada waktu senja. Buat semburan aerosol pada waktu tersebut untuk menghapuskan nyamuk dewasa.
3. Lindungi diri daripada gigitan nyamuk
- Gunakan lotion penghalang nyamuk
Teringat waktu di asrama, mosquito repellent adalah antara yang wajib beli sebelum masuk ke asrama. Bau serai wangi dan sapuan seperti lotion mampu mengelakkan dari gigitan nyamuk.
- Memasang ubat nyamuk
Ubat nyamuk elektrik atau yang manual mana-mana akan beri kesan dan mengelakkan daroi gigitan nyamuk. Yang penting pastikan ia dipasang setiap waktu.
- Elakkan pakaian berwarna gelap
Pemakaian pakaian berwarna cerah mampu mengurangkan risiko daripada digigit nyamuk. Pakai baju lengan panjang serta seluar panjang untuk mengelakkan gigitan nyamuk pada badan.
4. Tutup pintu dan tingkap rumah
Terutamanya waktu senja di mana nyamuk sangat banyak. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup bagi mengelakkan kemasukan nyamuk ke dalam rumah.
5. Gunakan pembasmi jentik-jentik
Bubuh abate iaitu pembasmi jentik-jentik ke dalam bekas takungan air bagi mengelakkan ia menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Vitamin Shaklee Yang Boleh Membantu Badan Melawan Jangkitan Virus
1.Performance Drink
Minuman isotonik yang rendah gula serta boleh memberikan tenaga, dan kekalkan bendalir dalam badan. Ia lengkap dengan 6 jenis elektrolit yang badan perlukan.
Performance Drink dapat menggantikan kehilangan air dalam badan yang sangat kritikal sewaktu demam denggi.
2.Vitamin C
Vitamin C tidak ada keraguan lagi yang bertindak untuk meningkatkan ketahanan badan melawan jangkitan kuman. Amalkan vitamin C sepanjang hayat untuk kualiti kesihatan yang lebih baik.
3.Nutriferon sebagai penggalak imun sistem
Nutriferon ialah produk yang dihasilkan daripada 4 bahan semulajadi yang sudah dikaji oleh pakar dalam bidang imunologi di Jepun, yang mana bahan ini terbukti dapat mengaktifkan tentera dalam badan untuk melawan jangkitan.
Bahan utamanya terdiri daripada:
- Bunga Japanese Honeysuckle
- Safflower
- Biji plantago
- Biji labu
Untuk pastikan badan sentiasa bersedia melawan jangkitan, amalkan satu hari satu sachet Nutriferon.
Sama-sama pastikan keadaan rumah yang selesa tanpa nyamuk, bebas dari pembiakan nyamuk Aedes dan diri sendiri juga terjaga daripada gigitan nyamuk dengan melakukan langkah-langkah pencegahan di atas.
Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang