Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

5 Cara untuk Mencegah daripada Dijangkiti Demam Denggi

Demam Denggi

Sejak saya berkerja di hospital, denggi ialah antara penyakit yang membimbangkan di negara kita. Demam ini disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes.

Cara Jangkitan Demam Denggi

Apabila  nyamuk Aedes betina dijangkiti dengan virus denggi kemudiannya menggigit individu lain, dari situlah bermula merebaknya virus denggi.

Virus denggi tidak tersebar melalui sentuhan, wap air seperti Covid-19 atau dari manusia, ia memerlukan nyamuk Aedes sebagai hosnya.

Nyamuk yang bebas virus akan menggigit individu yang dijangkiti dan menyebarkan kepada individu lain

Gejala Demam Denggi

Kebiasaannya gejala denggi akan muncul antara lima hingga enam hari selepas digigit nyamuk Aedes. Gejala yang biasa dialami seperti:

Gejala selepas beberapa hari digigit nyamuk Aedes

Namun, gejala yang ditunjukkan akan berbeza mengikut fasa demam denggi iaitu fasa febrile, kritikal dan penyembuhan. Fasa ini dibezakan berdasarkan keadaan pesakit dan juga ujian darah.

Fasa berbeza yang dialami oleh pesakit demam denggi

Fasa Febrile

Ini ialah fasa bermulanya gejala demam denggi. Individu yang dijangkiti akan menunjukkan gejala seperti:

Fasa Kritikal

Antara bacaan yang penting pada fasa kritikal ialah tahap hematocrit dan platelet

Fasa penyembuhan

Ini ialah fasa terakhir demam denggi di mana seluruh badan akan berkerjasama untuk kembali kepada keadaan biasa.

Di fasa ini, keputusan ujian darah kebanyakannya akan kembali normal, fungsi badan akan mengalami pemulihan dan selera makan akan kembali seperti biasa.

Cara Untuk Mengenalpasti Jangkitan Demam Denggi

Hanya ujian darah yang akan menentukan sama ada terdapat jangkitan virus denggi atau sebaliknya.

Mengikut kebiasaan ketika saya masih berkhidmat di jabatan kecemasan hospital kerajaan, pesakit yang datang ke hospital dengan gejala demam tiga hari dan ke atas perlu menjalani ujian darah.

Hanya ujian darah akan mengesahkan jangkitan denggi

Sebolehnya, jika diri sendiri atau anak-anak demam melebihi 3 hari, saya akan bawa ke hospital atau klinik kesihatam untuk melakukan ujian darah bagi saringan denggi.

Mengikut statistik, demam denggi ialah penyakit yang sudah membunuh hampir 200 orang pada tahun 2019 hingga 2020 dan angka ini adalah amat menakutkan.

Kes denggi yang tidak pernah berkesudahan

5 Cara untuk Mencegah Demam Denggi

Denggi ialah penyakit yang tidak ada ubat dan belum ada vaksin yang boleh mencegah dari dijangkiti penyakit ini. Mahu atau tidak, langkah pencegahan adalah yang terbaik untuk mengawal denggi dari terus merebak.

Nyamuk Aedes ialah pembawa virus denggi. Jadi cara pencegahannya ialah dengan mengurangkan pembiakan dan menghapuskan nyamuk tersebut.

1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk

Nyamuk Aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung. Cegah nyamuk Aedes  dari terus membiak dengan melalakukan langkah ini:

2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

Nyamuk Aedes sangat banyak pada waktu senja. Buat semburan aerosol pada waktu tersebut untuk menghapuskan nyamuk dewasa.

3. Lindungi diri daripada gigitan nyamuk

Teringat waktu di asrama, mosquito repellent adalah antara yang wajib beli sebelum masuk ke asrama. Bau serai wangi dan sapuan seperti lotion mampu mengelakkan dari gigitan nyamuk.

Lingkaran ubat nyamuk

Ubat nyamuk elektrik atau yang manual mana-mana akan beri kesan dan mengelakkan daroi gigitan nyamuk. Yang penting pastikan ia dipasang setiap waktu.

Pemakaian pakaian berwarna cerah mampu mengurangkan risiko daripada digigit nyamuk. Pakai baju lengan panjang serta seluar panjang untuk mengelakkan gigitan nyamuk pada badan.

4. Tutup pintu dan tingkap rumah

Terutamanya waktu senja di mana nyamuk sangat banyak. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup bagi mengelakkan kemasukan nyamuk ke dalam rumah.

5. Gunakan pembasmi jentik-jentik

Bubuh abate iaitu pembasmi jentik-jentik ke dalam bekas takungan air bagi mengelakkan ia menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Set Cegah Denggi Shaklee

Saya ada terima Whatsapp yang tanya tentang set cegah denggi Shaklee. Inilah pertama kali saya dapat soalan begini sejak berkongsi manfaat vitamin dan menjalankan perniagaan Shaklee dari tahun 2016,

Set cegah denggi Shaklee berapa harga ya?

Set cegah denggi Shaklee

Sebagai salah seorang pengedar Shaklee yang berdaftar, saya rasa bertanggungjawab untuk betulkan kebiasaan yang tak betul ni.

Saya bukan berniaga Shaklee untuk cepat kaya, tapi ada misi yang lebih besar iaitu untuk sebarkan ilmu yang bermanfaat terutama untuk kesihatan.

Shaklee Jual Set Cegah Denggi?

Sebenarnya vitamin yang dikeluarkan oleh Shaklee bukanlah bertujuan untuk menyembuhkan atau memberi diagnosis kepada penyakit. Vitamin ini adalah untuk menampung nutrisi yang badan perlukan.

Jika diamalkan secara konsisten dalam jangka masa yang panjang, ia akan beri kesan baik kepada kesihatan seperti yang sudah dibuktikan dalam kajian Landmark Study Shaklee.

Kesemua vitamin yang dikeluarkan oleh syarikat Shaklee telah melalui pelbagai ujian keselamatan, ditapis lebih daripada 350 bahan kimia berbahaya menjadikan ia bukan sekadar organik, malah beyond organic.

Vitamin ini terbukti berkesan dan selamat untuk kesihatan jangka masa panjang untuk tubuh badan manusia. Namun kerana segelintir pengedar yang buat silap dengan menyalahggunakan vitamin dan direka pula set-set untuk penyakit seperti:

Inilah yang boleh sebabkan nama syarikat Shaklee, iaitu pengeluar vitamin daripada bahan semulajadi yang sudah lebih 30 tahun di pasaran Malaysia tercemar.

Jadi sebenarnya, denggi boleh dicegah dengan 5 langkah di atas. Set cegah denggi Shaklee juga tidak ada dijual.

Namun ada vitamin Shaklee yang boleh diamalkan untuk meningkatkan daya tahan badan serta mengurangkan gejala dehidrasi badan akibat kekurangan air sepanjang badan melawan jangkitan virus denggi.

Memandangkan penyakit demam denggi tidak ada ubat, rawatannya hanyalah air, air dan air yang cukup. Di rumah, minum air sebanyak-banyaknya. Di hospital pula jika perlu, pesakit demam denggi akan dimasukkan air ke dalam salur darah.

Vitamin Shaklee Yang Boleh Membantu Badan Melawan Jangkitan Virus

Performance Drink

Minuman isotonik yang rendah gula serta boleh memberikan tenaga, dan kekalkan bendalir dalam badan. Ia lengkap dengan 6 jenis elektrolit yang badan perlukan.

Terdapat perisa lemon lime dan juga oren

Performance Drink dapat menggantikan kehilangan air dalam badan yang sangat kritikal sewaktu demam denggi.

Vitamin C

Vitamin C tidak ada keraguan lagi yang bertindak untuk meningkatkan ketahanan badan melawan jangkitan kuman. Amalkan vitamin C sepanjang hayat untuk kualiti kesihatan yang lebih baik.

Vitamin C Shaklee dengan sistem pelepasan berperingkat
Nutriferon sebagai penggalak imun sistem

Nutriferon ialah produk yang dihasilkan daripada 4 bahan semulajadi yang sudah dikaji oleh pakar dalam bidang imunologi di Jepun, yang mana bahan ini terbukti dapat mengaktifkan tentera dalam badan untuk melawan jangkitan.

Bahan utamanya terdiri daripada:

Kajian selama 40 tahun sebelum menemui bahan terbaik

Sejak kenal dan rasai sendiri kesan pengambilan Nutriferon, saya juga tidak lagi bergantung pada ubat-ubatan tahan sakit. Apabila sakit kepala hilang sekelip mata, sakit gigi pun lenyap begitu saja selepas memakan satu sachet Nutriferon. Ia adalah ramuan yang selamat dan tidak memudaratkan sistem tubuh badan.

Pengambilan Nutriferon dapat meningkatkan ketahanan badan

Untuk pastikan badan sentiasa bersedia melawan jangkitan, amalkan satu hari satu sachet Nutriferon.

Kuatkan ketahanan badan dengan set defence trio

Sama-sama pastikan keadaan rumah yang selesa tanpa nyamuk, bebas dari pembiakan nyamuk Aedes dan diri sendiri juga terjaga daripada gigitan nyamuk dengan melakukan langkah-langkah pencegahan di atas.

Mencegah sentiasa lebih baik daripada mengubati.

Nina Salleh | Empowering moms