Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Cara untuk Mula Menyimpan Emas

simpan emas dengan mudah

Saya baru saja buka akaun simpanan emas , rupanya ramai juga serupa dan tak tahu bagaimana cara mudah untuk simpan emas. Ini cara untuk  menyimpan emas yang saya tahu:

Ini pula saya kongsikan pula dengan lebih detail bagaimana untuk menyimpan emas di Public Gold. Tak perlu ada duit ribu-ribu pun, mula dengan RM100 sahaja.

1) Kumpul duit jadi emas

Ini cara yang paling mudah dan rasanya setiap orang mampu menyimpan dengan cara ini iaitu bermula dengan RM100 sahaja. Melalui program emas terkumpul (GAP) Public Gold.

Jumlah gram emas terkumpul akan dipaparkan

Dengan GAP, kalian hanya perlu ada RM100 untuk mula menyimpan emas. Mudah kan?Kemudian, apabila cukup dengan jumlah gram emas, boleh pilih sama ada nak keluarkan atau nak biarkan dalam akaun. Setiap pengeluaran  akan dapat dalam bentuk gold bar.

Contoh nya begini, bila saya simpan RM100 untuk GAP, ia akan berikan jumlah emas dalam gram iaitu 0.3gram+. Gold bar minimum yang ada pula 1gram. Bermakna bila cukup simpanan yang menyamai 1 gram, boleh la saya keluarkan gold bar.

Simpanan minimum RM100 untuk setiap transaksi

Kini tak ada lagi masalah untuk membuat simpanan emas anak-anak, saya biarkan saja dalam ini, yang penting dapat ‘lock’harga emas semasa yang pasti insyaAllah lebih murah berbanding 20 tahun akan datang bila anak-anak sudah dewasa.

2) Emas Fizikal

Ada dua jenis, emas perhiasan dan gold bar. Iya, Public Gold juga ada emas perhiasan boleh lihat di sini. Design nya juga ‘wow’ dan tak kurang hebat.

Harga semasa dipaparkan secara langsung

Gold bar pula boleh dibeli dengan ansuran iaitu bayar 10 kali kemudian boleh pick up di branch Public Gold  yang terdekat.

Kalau beli gold bar dan bayar ansuran sebanyak 10 kali, ia tidak lah membebankan. Contoh nya kalau beli 30 gram, bayaran bulanan hanya RM800+ untuk masa sekarang. Saya pun buat yang bayar secara ansur-ansur begini.

Beli emas 30 gram ke atas untuk terus layak bina bisnes dengan Public Gold bermula sebagai priority dealer. Hanya perlu tambah RM200 untuk wealth card, ini macam identity card kita lah di Public Gold. Saya punya belum collect lagi.

Dah faham term menyimpan emas ini, boleh la mula decide untuk simpan jongkong emas atau buka tabung emas GAP. Saya kongsi cara buka akaun simpanan emas pula di sini.

Saya bukanlah pembina bisnes di Public Gold, hanya simpan untuk anak-anak selain daripada menyimpan sebahagian bonus Shaklee di sana.

Nina Salleh
Buat duit, urus duit, simpan duit.