Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Cara Diet Seimbangkan Hormon Estrogen Wanita

Ramai tercari-cari cara diet untuk seimbangkan hormon wanita. Ketidakseimbangan hormon wanita berlaku apabila penghasilan hormon melebihi paras atau nisbah yang sepatutnya.

Bila cerita tentang ketidakstabilan hormon, biasanya kita hanya akan fokus pada hormon seksual yang berkaitan dengan mengandung, haid dan juga menopaus sahaja.

Sebenarnya masih banyak lagi hormon yang mengawal fungsi badan seperti:

Gejala HormonTidak Seimbang

Semua hormon ada fungsi tertentu untuk kesihatan menyeluruh tubuh badan. Namun mungkin kita tak sedar gejala yang dihadapi menandakan hormon tidak seimbang.

Banyak Punca dan Gejala Hormon Tidak Seimbang

Ini antara gejala yang kita mungkin sedang hadapi:

Ini antara masalah biasa yang berlaku disebabkan hormon yang tidak stabil iaitu:

Gejala Ketidaksuburan juga berpunca dari hormon yang tidak seimbang

1.Polycyctic Ovarian Syndrom (PCOS) : Masalah biasa yang menyebabkan ketidaksuburan dan lain-lain pada wanita dengan chidlbearing age.

2.Estrogen Dominance : Nisbah hormon estrogen kepada progesteron yang tinggi berbanding biasa, kemudian menyebabkan gejala tertentu

3.Hypothyroidism dan masalah tiroid lain: Masalah yang berpunca dari hormon tiroid

4.Adrenal Stress: Masalah yang berkaitan dengan penghasilan hormon kortisol

5.Kencing Manis: Yang disebabkan oleh hormon insulin

6.Gejala perimenapaus yang teruk: Bermula seawal sebelum tahun menapaus.

Banyak tanda yang badan akan beri, sama ada kita akan ‘dengar’ atau ‘abaikan’

Secara ringkas, hormon wanita tidak akan selamanya seimbang saja. Bila faham tentang di sebalik hormon yang tidak seimbang, lebih mudah untuk kita kawal dan kurangkan gejala.

Jadi betapa penting untuk tahu ‘signal’ yang badan beri serta cari cara untuk seimbangkan hormon terutama buat wanita.

Punca Hormon Tidak Stabil

Ada 3 punca utama yang menyebabkan hormon wanita tidak seimbang. Seterusnya akan timbulkan gejala dan beri banyak masalah pada kesihatan.

1.Pemakanan

Jaga pemakanan dan cukupkan nutrisi harian

Secara amnya, pemakanan kita di zaman teknologi semakin maju ni banyak yang ‘segera’ semuanya. Masalah pada makanan segera dan proses ialah kandungan gula dan lemak TRANS yang sangat tinggi.

Gula yang tinggi, dengan penambah rasa dan pewarna serta pengawet akan mengganggu kestabilan hormon termasuklah insulin.

Bila penghasilan hormon insulin terganggu, berat badan akan naik dengan mudah dan paling teruk kita akan menderita dengan keradangan dalaman yang kronik dengan keadaan insulin resistance.

Keradangan akan berkurang dengan pengambilan omega-3

Selain itu, kekurangan nutrisi juga menyebabkan gangguan hormon lebih teruk terutama pada gejala pre haid, adrenal dan yang berkaitan dengan tiroid. Untuk kawal dan kurangkan dari jadi lebih teruk, amalkanlah polifenol mengelakkan kerosakan yang lebih besar dalam tubuh badan.

2.Bagaimana Badan Respon Kepada Tekanan

Untuk kebanyakan wanita, beban kerja yang semakin bertambah, keperluan kewangan dan juga masalah rumahtangga boleh membuatkan tekanan bertambah. Kita juga dikelilingi dengan stressor dari alat elektronik seperti telefon dan internet.

Bahaya Kalau tak diurus tekanan dengan baik

Semua ini akan mempengaruhi kortisol, iaitu hormon yang akan dirembeskan oleh kalenjar adrenal untuk mengawal stres. Dengan melihat skrin telefon dan televisyen pun sudah mempengaruhi hormon kortisol.

Cara kawal dan urus tekanan

Stres dan ketidakseimbangan hormon kortisol akan menganggu keseimbangan hormon yang lain juga. Begitulah ia saling berkait. Ketidakupayaan untuk mengawal dan mengurus tekanan akan beri impak yang lebih besar pada keseimbangan hormon.

3.Toksin Tersembunyi Dalam Badan

Dalam badan manusia ada kalenjar yang merembes bahan kimia, iaitu hormon, sebagai pengantara, seluruh sistem ini dinamakan sistem endokrin. Sistem endokrin sangat mudah terganggu dengan toksin dan bahan yang dipanggil endocrine disruptors.

Sistem endokrin keseluruhan yang bertanggunjawab merembeskan hormon

Biasanya pengganggu hormon ini ada dalam peralatan make up, pencuci rumah serta banyak lagi. Penggunaan yang berterusan sama ada sedikit atau banyak akan beri kesan yang besar pada kesihatan.

Antara pengganggu hormon yang perlu dielakkan

Solusinya untuk bertukar kepada pencuci muka, pencuci rumah dan peralatan yang lebih selamat tanpa bahan kimia. Untuk bantuan ubah pemakanan bagi seimbangkan hormon wanita boleh join program diet FBM yang menyeluruh untuk kesihatan.

Nina Salleh | Coach Diet FBM