Coach Diet FBM & GGA

Diet Untuk Kurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

Baru ni ada kawan sebaya, umur 35 tahun beritahu yang beliau dah ada risiko penyakit kencing manis. Saya agak terkejut sebab beliau masih muda, dan doktor kata hatinya sudah ada lemak (fatty liver).

Selepas pemeriksaan tahap gula dalam darah melalui bacaan hbA1c beliau disahkan menghidapi penyakit kencing manis type 2.

Bagaimana keadaan hati yang berisiko penyakit kencing manis

Bagaimana terjadi Penyakit Kencing Manis

Sejak akhir ni memang ramai muda mudi umur 20 hingga 30 tahun yang disahkan ada penyakit kencing manis. Kalau dulu, umur 40 ke atas barulah dapat penyakit ni. Tapi tak pelik sebab kalau tengok kepada pola pemakanan harian pun cukup menggerunkan.

Uji tahap ketagihan gula, apa rasa bila tengok gambar ni?

Penyakit kencing manis ni bermula dengan bibit-bibit makanan dan minuman yang tinggi dengan gula. Lama kelamaan ia akan meningkatkan gula dalam darah. Seterusnya membuatkan hormon insulin jadi penat dan tidak mampu respon untuk angkut gula ke dalam sel.

Inilah keadaan yang dinamakan kerintangan insulin.

Selain penyakit kencing manis, kerintangan insulin akan meningkatkan keradangan dalam badan. Keradangan yang berlaku secara senyap dan perlahan akan menyebabkan banyak lagi penyakit kronik seperti:

Begitulah bahaya kalau tak kawal masalah kerintangan insulin. Ia boleh jadi pembunuh senyap.

Diet Untuk Kurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

Diet yang sesuai untuk mereka yang ada risiko kening manis ialah yang membantu supaya insulin dapat berkerja semula.

Bagaimana insulin yang tak sensitif tidak akan membawa gula ke dalam sel

Dari pemakanan ia datang, dengan pemakanan juga ia akan berlalu pergi. InsyaAllah.

1.Kurangkan Kekerapan Makan

Sebenarnya banyak hikmah bila kita berpuasa dan kurangkan kekerapan makan. Sepatutnya dengan puasa, kita akan meningkatkan sensitiviti insulin.

Untuk yang berisiko atau nak elak kencing manis, kurangkan lah kekerapan makan

Selain puasa sunat, untuk hari yang kita tak puasa sunat, disarankan untuk buat intermittent fasting. Bukan saja untuk kurus, tapi dengan cara ni kita akan memberi masa supaya insulin dapat berehat.

Beri ruang supaya insulin tidak naik dengan kerap, namun perlu dibuat dengan pemilihan makanan yang betul seperti disarankan dalam diet FBM.

2. Jaga Pemakanan

Sebagai panduan, elakkan makanan yang tinggi glycemic index (GI) dan tinggi kandungan karbohidrat. Makanan ini akan terus menaikkan gula dalam darah dan akan menyebabkan insulin perlu berkerja kuat bagi membawa gula (hasil pencernaan karbohidrat) ke dalam sel.

Pemilihan makanan untuk elakkan badan ternak lemak

Pilih makanan yang rendah GI yang akan melepaskan tenaga perlahan serta tidak menaikkan gula dalam darah dengan mendadak.

3.Betulkan Pola Pemakanan

Tahu dan belajar cara pilih makanan yang betul. Bukan saja dapat kurangkan risiko penyakit kencing manis, malah penyakit kronik lain pun akan sama-sama rendah risiko.

Sertai kami untuk mulakan diet FBM sebagai salah satu gaya hidup sihat. Kelebihan buat diet FBM:

Dalam program diet FBM, meal plan, ebook tracker dan juga life time support akan diberikan. Pelaburan yang berbaloi.

Tekan Link untuk Mulakan Diet FBM Hari Ini