Cara mudah hilangkan gejala GERD (gastroesophageal reflux disease), gastrik atau gastritis dan anxiety dengan berkesan, namun tetap perlu ada konsistensi untuk jadikan ia sebagai gaya hidup.
Sebelum saya kongsikan cara berkesan, ini adalah sedikit penjelasan tentang masalah GERD, gastrik dan anxiety dan apa yang terjadi di sebaliknya.
Masalah GERD, Gastrik dan Anxiety Saling Berkait
Apa Itu GERD
GERD ialah masalah kesihatan kronik (berlaku secara perlahan-lahan), keadaan bila asid dalam perut tertolak ke bahagian atas iaitu esofagus.
Keadaan ini bukan lah perkara yang pelik, namun bila berlaku dengan kerap, menyakitkan dan memudaratkan ia akan didiagnos sebagai GERD. Ia boleh menyebabkan kecederaan kepada bahagian pernafasan dan paru-paru.
Apa Itu Gastrik
Gastritis pula keadaan keradangan (kemerahan dan bengkak) yang berlaku di bahagian lapisan perut. Dalam keadaan perut yang sihat, bahagian lapisan perut sangat tebal dan ia tidak akan terkesan dengan kekuatan asid perut.
Bila ada masalah gastrik, lapisan perut akan rosak. Ia berpunca daripada salah pilih makanan. Ia bukan disebabkan oleh kurang kekerapan makan.
Antara makanan yang menjadi punca gastrik ialah:
- Suka makan makanan bergandum
- Ketagih makanan bergula
- Suka minum kopi tapi badan susah proses
- Makanan proses
- Makan makanan yang pedas-pedas
Elakkan makanan begini sebab lama-kelamaan akan merosakkan badan. Bukan saja lapisan perut, tapi beri kesan keradangan dalam badan seperti resdung, ekzema, anxiety dan depression pun.
Apa itu Anxiety
Anxiety ialah keadaan bila rasa dada rasa sakit dan sempit, jantung berdegup dengan laju, pernafasan rasa tercekik dan selalu mudah marah, panik dan emosi tak stabil. Keadaan ni juga disebabkan oleh pemakanan.
Banyak kajian menunjukkan GERD akan meningkatkan risiko anxiety disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon histamin dalam badan.
Cara Hilangkan GERD Gastrik dan Anxiety dengan Berkesan
Disebabkan makanan yang menyumbang kepada kerosakan perut dan beri masalah seperti GERD, gastrik dan mencetuskan anxiety maka untuk hilangkan juga perlu baiki kesihatan usus.
Selain bergantung dengan ubat, pilihan kita ialah dengan ubah pemakanan agar kesan lebih berpanjangan dan boleh jadi gaya hidup.
1.Kurangkan Pengambilan Gluten
Gluten yang tinggi dalam gandum boleh menyebabkan usus bocor (leaky gut). Bila usus bocor, keseimbangan microbiome dalam usus juga akan terganggu.
Inilah yang akan menyumbang kepada keradangan iaitu masalah gastrik. Tambah dengan stres dan tidur yang tidak cukup, ia boleh menyebabkan stress ulcer. Keadaan lebih teruk bila berlaku pendarahan. Perlu balik kepada asas untuk baiki semula lapisan perut dengan mengurangkan atau mengelakkan pengambilan gluten.
2.Banyakkan Puasa
Kurangkan kekerapan makan supaya perut dapat mencerna makanan dengan baik.
Sebenarnya masalah GERD bukan disebabkan oleh asid perut berlebihan, sebaliknya ia disebabkan oleh kurang asid yang menyebabkan perut susah untuk mencerna makanan. Jadi, banyakkan berpuasa supaya dapat kurangkan kekerapan makan.
Untuk langkah lebih mudah, cuba biasakan intermittent fasting sebagai gaya hidup.
3.Banyakkan Makan Sumber Antiradang
Dalam badan kita akan ada keradangan. Kebanyakannya dari makanan, dan boleh jadi dari persekitaran dan oxidative stress yang berlaku dalam setiap sel badan.
Untuk melawan keradangan, kita perlu banyakkan makanan yang tinggi dengan antiradang.
Antara makanan yang tinggi antiradang:
- minyak ikan omega-3
- minyak kelapa dara
- minyak zaitun
- makanan bersantan
- Polifenol dan resveratrol tinggi dengan antiradang
4. Kurangkan Kopi
Pengambilan kopi boleh mencetuskan keadaan berdebar-debar, buat diri resah gelisah dan boleh jadi mood swing, antara tanda kena serangan anxiety untuk sesetengah orang.
Kopi untuk jadikan diri bertenaga sebenarnya beri kesan sekejap saja. Untuk mereka yang ada masalah atau lambat proses, ia akan beri kesan buruk.
Susah tidur, jantung berdegup laju dan sembelit. Pilihan yang lebih sihat boleh pilih untuk amalkan teh hijau. Ada taurine untuk beri tenaga sama kesan dengan kopi tapi dengan side effect tidak sebanyak pengambilan kopi.
5. Jaga Tidur dan Kawal Stres
Paling penting namun sentiasa ‘dianaktirikan’ untuk jaga tidur dan kawal stres. Inilah punca berat susah turun juga boleh jadi punca hormon signal makan dan pencernaan yang tidak seimbang.
Tanpa tidur cukup, badan akan mengalami kesusahan untuk rembeskan hormon yang sepatutnya. Bukan sekadar tidur cukup, tetapi kitaran tidur yang sekata dan dalam waktu malam.
GERD, Gastrik dan Anxiety hilang Dengan Ubah Pemakanan
Rupanya bila betulkan pemakanan masalah GERD, gastrik dan anxiety pun boleh dibaiki. Banyak masalah kesihatan akan bertambah baik bila baiki kesihatan usus.
Fokus untuk betulkan pemakanan, bukan saja dapat hilangkan GERD, gastrik dan anxiety tetapi akan kurangkan risiko penyakit kronik.
Sebab itu saya fokus untuk bantu lebih ramai mulakan diet FBM hari ini untuk kesihatan dalaman dan luaran.
Nina Salleh | Coach Diet FBM