Menu

Pengalaman Pesakit Depression Dengan Diet FBM

Saya nak kongsikan satu kisah benar ni daripada Kak Farah, seorang ibu dan isteri, juga pejuang anxiety/depression. Beliau memang di diagnose dengan masalah depression dan disahkan oleh Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Kuala Lumpur. Ini bukan pandai-pandai buat diagnosis sendiri.

Detik Tahu Diri alami Depression

Bermula tahun lepas, beliau alami satu perasaan yang mana mudah takut dan juga tak boleh bersesak-sesak. Bayangkan bila masuk mall, angan-angan nak jalan-jalan dengan anak dan suami, tiba-tiba terpaksa keluar sebab rasa sesak dada dan tak boleh duduk tempat ramai orang.

Pernah bila suami keluar berkerja, beliau terpaksa ikut dalam kereta dengan anak-anak sampai suami habis kerja. Sebab risau terbuat apa-apa pada anak yang tak berdosa.

Pernah juga tak boleh nak memasak sebab perasaan takut dengan pisau, takut terbuat apa-apa yang membahayakan diri dan anak-anak dengan pisau di dapur. Itu la antara titik tolak yang buatkan Kak Farah mula cari rawatan yang sepatutnya.

Permulaan Rawatan Sebagai Pesakit Depression/Anxiety

Mula-mula beliau hanya ke klinik swasta untuk dapatkan rawatan. Doktor klinik tersebut terus beru ubat untuk masalah anxiety. Ubat yang mungkin dos kuat, bila makan ubat tu rasa macam otak tak boleh berfikir dengan baik. seolah-olah jem, gitulah kata Kak Farah.

kad rawatan pesakit mental hkl
Kad rawatan susulan

Akhirnya beliau buat keputusan untuk mula dapatkan rawatan daripada Jabatan Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mengikut kata doktor di HKL, ubat dari klinik swasta tak boleh dimakan dan diberikan tanpa ada pemeriksaan yang rapi. Doktor HKL nasihatkan supaya pulihkan otak dengan melihat alam semulajadi. Suami Kak Farah bawa beliau balik kampung untuk dekatkan diri dengan kehijauan alam. Tengok pokok, rumput menghijau dan alam yang jauh lebih tenang dari bandar.

Masa tu beliau belum mula diet Fat Burning Machine (FBM). Jadi, banyak juga ikut pantang larang geng anxiety, tapi katanya makin stres sebab menu semua boleh makan yang rebus-rebus aje. Tak dapat nak konsisten sebab menu yang tak mesra dengan tekak melayu.

Tekad Nak Ubah dengan Diet FBM

diet pesakit depression
Teruk juga keadaan Kak farah

Kuasa Allah, kita hanya doa dan usaha untuk pulih, perubahan besar sangat lepas buat diet FBM.

“Miracle sangat. Sampaikan doktor kata dah tak payah pergi temujanji di HKL dah, sebab dah macam orang normal. Doktor pesan untuk teruskan apa yang akak dah buat, iaitu diet FBM ni. Suami Kak Farah pun ada bagitahu doktor, Kak Farah dah back to normal”

Masa tu rasa lega dan syukur tak terhingga. Allah swt lorongkan jalan untuk Kak Farah bebas dari anxiety/depression melalui diet FBM ni.

Punca Anxiety Depression

Selain daripada persekitaran, anxiety dan depression ni berpunca daripada masalah usus yang tidak seimbang dan tidak sihat. Dengan diet FBM, kita akan fokus baiki semula cara usus berkerja dan signal dari otak. Seolah-olah kita buat overhaul pada sistem badan.

  • Badan akan pilih makanan yang betul
  • Otak tidak lagi meminta makanan manis dan air bergas
  • Perut tidak lagi jadi perut stoking yang sentiasa mahu diisi. Makin diisi makin banyak ruang kosong macam stoking.
diet fbm untuk masalah anxienty
Masih boleh makan sedap

Diet FBM bantu betulkan sensitiviti insulin dalam badan yang akan membantu pemulihan hormon. Boleh katakan diet FBM ni lebih seronok sebab tetap masih boleh makan sedap, yang penting jaga masa makan dan juga pilih makanan yang betul.

Daftar untuk sertai program diet FBM di sini.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: