Menu

Kebaikan Minyak Ikan Omega-3 untuk Kesihatan Tubuh Badan

Sejak mengandung, melahirkan dan berpantang anak kedua, saya perasan dia tidak ada masalah kulit dan badan lebih kuat. Tidak seperti anak pertama, anak kedua saya sangat jarang masuk wad atas masalah kesihatan.

Bila saya fikir balik, waktu mengandung anak kedua saya mula amalkan pengambilan omega-3 secara konsisten. Mungkin itu yang membezakan tahap kesihatan pertama dan kedua ini.

Anak kedua kami jarang masuk wad walaupun dari rahim dan susu badan yang sama dengan anak sulung

Omega-3

Omega-3 ialah asid lemak yang sangat penting untuk kesihatan. Ia adalah nutrisi yang diperolehi dari makanan atau supplement kerana badan tidak mampu untuk menghasilkan omega-3 sendiri.

Pengambilan omega-3 penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa berada dalam keadaan baik. Ia adalah kunci kepada binaan dinding pada setiap sel dalam badan.

5 Kebaikan Minyak Ikan Omega-3 untuk Kesihatan Badan

Minyak ikan yang baik adalah bergred farmasi serta tinggi dengan kandungan eicosapentaenoic acid (EPA) dan docosahexaenoic acid (DHA) iaitu sejenis asid lemak omega-3, ia sangat tinggi dalam ikan dan juga alga. Kebanyakan minyak ikan mengandungi EPA dan dan DHA yang rendah, hanya tinggi dengan lemak ikan semata. Jadi buat pilihan yang baik sebelum membeli.

1.  Menambahbaik kesihatan mata

DHA ialah struktur utama untuk retina dan otak. Kekurangan DHA akan menjejaskan kesihatan mata. Kekurangan DHA menyebabkan timbul gejala seperti rabun, kerosakan mata yang kekal dan boleh jadi buta.

2. Kesihatan otak bayi sejak dalam kandungan

Pertumbuhan otak bayi sejak dari dalam kandungan bertambah baik dengan pengambilan omega-3

Omega-3 sangat penting untuk pembentukan otak dan tumbesaran bayi. Pengambilan Omega 3 yang cukup semasa mengandung, terbukti dapat memberi faedah kepada bayi dari segi:

  • Kepintaran bertambah
  • Kemahiran sosial dan komunikasi yang lebih baik
  • Kurang kebarangkalian untuk pertumbuhan yang lambat
  • Kurang risiko untuk penyakit attention deficit hyperactivity disorder (ADHD), autisma dan cerebral palsy

3. Melawan inflamasi dan jangkitan penyakit

Inflamasi ialah apabila badan berusaha membaiki kerosakan akibat jangkitan kuman, tetapi inflamasi yang berterusan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan kanser. Kajian menunjukkan pengambilan omega-3 akan mengurangkan inflamasi. Omega-3 akan mengurangkan penghasilan molekul yang  berkaitan dengan inflamasi di dalam badan seperti cytokines. Maka, kadar inflamasi akan berkurang dan risiko penyakit juga berkurang.

4. Melawan penyakit autoimun

Dalam penyakit autoimun, sistem imun badan menganggap sel badan yang sihat sebagai sel jahat yang asing, maka sistem imun badan akan melawan sel yang sihat. Kajian menunjukkan omega-3 yang cukup terutama untuk tahun pertama kehidupan, akan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit autoimun Diabetis type 1, penyakit systemic lupus erythematosus, rheumatoid arthritis, ulcerative collitis, Crohn’s , dan psoariasis dan yang lain-lain.

Banyak jenis penyakit autoimmuine

5. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Serangan jantung dan penyakit angin ahmar ialah punca kematian nombor 1 di dunia. Dahulu kala, pengkaji mendapati mereka yang memakan ikan mempunyai risiko yang sangat rendah untuk kedua-dua penyakit tersebut, rupanya ia disebabkan oleh kandungan omega-3 yang tinggi dalam ikan.

Sejak itu, omega-3 didapati dapat memberi kebaikan kepada kesihatan jantung termasuk:

Banyak kebaikan dan manfaat minyak ikan omega-3 untuk kesihatan tubuh badan manusia sekiranya diamalkan sewaktu badan masih sihat dan belum ada penyakit. Ia bukan saja mengurangkan risiko penyakit, malah memberi kesan baik untuk kehidupan.

Ciri-ciri minyak ikan Omega-3 yang baik untuk kesihatan

Namun dalam banyak jenis minyak ikan di pasaran, ini ialah ciri-ciri untuk buat pilihan minyak ikan omega-3 yang terbaik.

  • Melalui proses penyulingan berkali-kali bagi mengasingkan logam berat yang ada dalam minyak ikan
  • Memberi sekurang-kurangnya 300mg DHA dan 400mg EPA
  • Tidak mengandungi perasa tambahan yang digunakan untuk menghilangkan bau hanyir
  • Mempunyai spektrum lengkap omega-3 iaitu EPA, DHA, ALA (asid α-linolenik), SDA (asid stearidonik), ETA (asid eicosatetraenoic), HPA (asid heneicosapentaenoic) dan DPA (asid docosapentaenoic)
  • Sumber dari ikan kecil. Ia berbeza i ikan besar yang memakan banyak ikan kecil dan meningkatkan kandungan logam dalam minyak ikan

Dapatkan minyak ikan omega-3 dalam Omega Guard yang bergred farmasiutikal dan lengkap dengan 7 spektrum selain EPA dan DHA di sini.

Order Omega Guard sebagai sumber omega-3 di sini

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

One thought

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: