Coach Diet FBM & GGA

Kenangan Puasa 2023 Bersama 4 Orang Anak

Coretan kenangan highlight sepanjang bulan puasa Ramadan 2023 bersama 4 orang anak. Anak-anak akan membesar, mereka akan ada kehidupan sendiri satu hari nanti. Masa tu tidak ada lagi suara jeritan, bingit bergaduh, berebut barang dan berebut nak masuk kereta dulu bila masing-masing dah dewasa. Dan rumah pun akan jadi sunyi.

Hari anak-anak minta nak berbuka dengan nasi mamak

Kenangan ni saya nak coretkan sebagai ingatan dan memori, juga pengubat rindu bila semuanya sudah ada kehidupan dan semoga semuanya dalam lindungan Allah swt selalu.

Kenangan Puasa Ramadan 2023

Tahun ini masih diberi umur untuk bersama melalui bulan Ramadan 2023 bersama 4 orang anak-anak penyejuk hati. Amanda Imani, Maryam Tihani, Eisyal Diyani & Fatima Ardani, ini kenangan untuk dikenang satu hari nanti.

Puasa Pertama Eisyal Diyani

Tahun ni, anak ketiga kami sudah 6 tahun. Tahun ni Eisyal dah pandai nak puasa. Setiap hari kalau suami kejut Amanda dan Maryam, Eisyal yang akan bangun terlebih dahulu. Kalau dia terbangun paling lambat pun, dia akan menangis dan mengamuk minta nak bersahur walaupun azan Subuh dah berkumandang.

Dia yang paling semangat

Bangun dari tidur, keluar bilik hentak-hentak kaki macam nak berkawad sambil jerit, “Eisyal pun nak sahur”.

Sentiasa semangat sahur

Sebagai ibu bapa yang cuba jadi supportive, kami siapkanlah menu sahur Eisyal. Sama macam menu kakak-kakak overnight oat, kurma dan Cinch Chocolate kisar semuanya. Alhamdulillah sahur tanpa nasi untuk tahun 2023 ni bukan saja kenyang lama, saya sebagai tukang masak pun tak kalut di dapur. Kalau terbangun 10 minit sebelum azan Subuh pun masih sempat nak sahur. Gituh. Harap dapat teruskan untuk tahun mendatang. Ameen.

Kisah puasa pertama Eisyal Diyani hanya setakat sahur sajalah. Balik sekolah jam 11.30 pagi, saya dengan teruja akan tanya, “Eisyal puasa tak?”, dia akan jawab tanpa bersalah, “Tak, Eisyal nak makan nasi” begitulah puasa pertama Eisyal Diyani.

Gagah Walaupun Tak Bersahur

Berbeza dengan anak sulung dan kedua, masing-masing umur 10 dan 8 tahun. Walaupun saya dan suami tak rasuah untuk mereka puasa, tak ada ganjaran dijanjikan pun kalau puasa penuh. Tapi gagah juga teruskan puasa seharian walaupun tak bersahur.

Sukarela suapkan adik makan

Biasanya kalau tak sahur, saya dan suami akan beritahu supaya berbuka puasa. Lagipun mereka masih kanak-kanak, belum wajib puasa. Masing-masing memang taknak berbuka katanya nanti puasa tak penuh bulan Ramadan. Aduh anak. Apa pun saya menyokong saja asalkan tidak memudaratkan.

Aktiviti hujung minggu di rumah, beginilah rumah tanpa TV, anak-anak lebih suka berkreatif (baca: menguban)

Bulan puasa kali ni Amanda, anak sulung, dah pandai goreng telur mata dan telur dadar. Jadi setiap kali berbuka, tetap kena ada menu telur dadar. Haha. Kadang-kadang berebut nak menggoreng telur. Sudahnya, Maryam, anak kedua, memang takut nak balik telur atas kuali tu. Yang akan menyudahkan kerja Maryam semestinya Amanda.

Telur mata air tangan Amanda

Esoknya Maryam nak cuba lagi, tapi kesudahan tetap sama. “Maryam takut la sebab kuali panas”, itulah alasan Maryam setiap kali.

Kalau ikutkan rasa geram juga, tapi mengenangkan mereka akan dewasa. Sekejap saja dapur bersepah, berlecak dan bingit begini. Nanti satu masa semua akan ada kehidupan dan dapur ni akan sunyi sepi. Masa tu mungkin saya dan suami akan ulang menu telur mata kicap saja, untuk bangkitkan selera kami yang dah capai usia emas. Mudah-mudahan panjang umur dan sihat tubuh badan untuk lihat anak-anak terus membesar.

Berbuka di Masjid

Sebenarnya setiap kali bulan puasa, saya ada azam. Hingga hari ni tak tertunai lagi azam untuk berbuka dan bergilir-gilir di masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Kami akan stuck juga dengan Masjid As-Syakirin KLCC.

Hari anak-anak minta Burger King

Entahlah, mungkin sebab selesa sebab dari sebelum kahwin, dengan adik beradik zaman belajar pun kami dan solat di masjid yang sama. Kalau ikutkan jarak, ada masjid yang lebih dekat dengan rumah yang kami menetap sekarang. Hanya berjalan kaki 5 minit dah boleh sampai ke masjid.

Berbuka seadanya kemudia boleh solat Maghrib berjemaah

Untuk elakkan lewat sampai untuk solat, kami lebih suka berbuka puasa di masjid. Bukan saja dapat lebih ruang masa, malah boleh juga solat jemaah Maghrib di masjid. Kebanyakan hari begitulah rutin berbuka puasa kami.

Anak-Anak Okey ke Di Masjid?

Hari pertama ke masjid untuk solat terawih, Fatima, anak ke-4 tak beri kerjasama. Mungkin sebab banyak masa hanya duduk di rumah dan tak bergaul dengan orang luar.

Keadaan Fatima hari pertama di masjid

Jadi, hari pertama saya tak dapat solat jemaah Isyak sebab perlu tenangkan Fatima. Masa tu risau juga sebab  3 anak sebelum ni tak pernah menangis menggelupur tak boleh duduk bila sampai masjid.

Di belakang saf untuk tenangkan Fatima

Hari kedua, saya lambat 2 rakaat sebab ambil masa untuk tenangkan Fatima. Hari ke-4, Fatima dah boleh sesuaikan diri dan duduk di sebelah waktu saya solat. Saya minta doa supaya Allah swt mudahkan urusan nak solat, Alhamdulillah Dia mudahkan.

Dah hampir ke penghujung, Fatima dah boleh bermain sendiri

Anak-anak sangat teruja dapat solat dan berbuka puasa di masjid. Kalau kata nak berbuka di rumah, memang berubah air muka masing-masing. Berbuka di masjid lebih senang untuk saya juga sebab ada banyak masa selepas berbuka, solat Maghrib dan anak-anak masih boleh mengaji.

Kalau di rumah, waktu Maghrib memang rushing. Tapi di masjid ada banyak masa boleh mengaji

Alhamdulillah untuk nikmat masa yang Allah swt beri. Walaupun kadang-kadang rasa macam stres di rumah dengan anak-anak, tetapi nikmat masa yang selalu saya lupa. Kalau kerja pejabat, mungkin saya tak sempat nak siapkan makanan setiap hari dan berbuka di masjid. Syukur Allah swt lorongkan untuk tetap dapat tambah pendapatan walaupun dari rumah.

Berbuka di masjid dengan seadanya

Secara peribadi pula, rasanya tahun ni kami paling kurang pembaziran. Saya sendiri belum ke bazar untuk setakat 20 Ramadan ni. Kalau sebelum ni rasa macam tak lengkap puasa tanpa bazar. Rupanya dalam tak sedar, bila pergi bazar banyak pula yang terasa nak makan akhirnya terbuang.

Tambah Baik Diri Sendiri

Tak lama lagi, kalau Allah swt izin, akan sambut hari raya aidilfitri pula. Mudah-mudahan bulan Ramadan ni jadi madrasah untuk kita saling perbaiki diri.

Antara perkara yang saya nak ubah ialah supaya lebih sabar dengan anak-anak sebab mereka tidak akan selamanya kecil. Mereka juga tidak akan selamanya di celah ketiak kita. Mereka tidak selamanya akan bergaduh, bingit telinga. Momen yang ada ni untuk dihayati, dinikmati dan dihargai bersama-sama supaya jadi kenangan di kemudian hari.

Nak bercantik pun kena kacau

Macam semalam, nak ‘me-time‘ pakai mask muka pun kena kacau dengan anak ke-4. Tapi tak apa, inilah akan jadi kenangan. Saya memang pakai mask muka Youth ni setiap minggu sebab nak pergi spa rasanya macam tak berbaloi.

Ada mask ni, boleh buat sendiri bila-bila masa sambil bergaduh dengan anak. Haha. Kebetulan pulak harga tengah murah, boleh dapat mask muka clay dan hydrating percuma dengan pembelian kapsul emas Youth yang ada vitamin C&E. Jimat banyak. Ni rahsia mak-mak kalau nak kulit berseri, tegang dan anjal tanpa cucuk botox tau.

Memang duduk dan kerja dari rumah ni kena ada perasaan sayang diri supaya tak terabai. Kalau keluar bekerja di pejabat, memang tak pelik pun sebab kena bersiap pakai tudung semua. Tapi duduk rumah pun saya tetap biasakan diri supaya bersiap-siap, sekurangnya guna pelembap muka, alis kening dan gincu supaya suami tengok pun tak tertukar dengan Kak Limah hihi.

Pakai mask Youth sambil santai

Itu salah satu cara untuk saya hargai diri sendiri dan momen ini kenangan pakai mask di bulan puasa dengan anak-anak.

Moreh bersama Anak-Anak

Di masjid biasanya ada moreh. Kadang-kadang bihun goreng, bihun sup, laksa penang dan nasi lemak paling sedap. Bila balik rumah pula, suami akan siapkan moreh untuk anak-anak sebelum tidur.

Mungkin nak bagi penghargaan pada anak-anak yang berpuasa penuh seharian. Masa ni juga kami dapat luangkan masa bersama. Nanti semua dah besar, inilah yang akan jadi kenangan.

Moreh pizza air tangan papa diorang

Bak kata Bunga Citra Lestari, nikmati momen yang dipunya. Kerana kita tahu waktu sangatlah berharga. Kenangan puasa 2023 bersama anak-anak dan orang tersayang. Moga diberi kesihatan dan masa untuk terus mencinta.

Nina Salleh | Empowering moms