Menu

Mask Muka untuk Kulit Kering dan Berminyak

Sejujurnya seumur hidup saya tak pernah kenal atau guna sebarang mask muka untuk masalah kulit kering atau berminyak. Usahkan mask muka, produk penjagaan wajah pun saya tak pernah cakna. Biasalah, sudah terhantuk baru nak terngadah, Sudah ada banyak jeragat baru kalut nak cari penyelesaian hihi.

Macam mana la boleh biar je kulit tak terjaga macam tu

Memang saya mengaku tak reti jaga kulit dan tak cakna pun. Masa tu saya fikir, biarlah kulit nak jadi macam mana pun, memang begitu proses dia. Bayangkan saya tak ada guna pelindung sinar UV (ultraviolet) pun padahal sinar UV boleh sebabkan masalah kekal dan kanser kulit.

Syukur lepas kenal Youth ni, memang saya tak bertukar dan semua rangkaian produk Youth saya guna termasuklah mask muka.

Lepas konsisten Youth Skincare

Mask Muka dari Rangkaian Penjagaan Wajah Youth

Mask muka Youth Shaklee ni ada di pasaran Malaysia beberapa bulan selepas rangkaian produk penjagaan wajah Youth yang lain. Proses kemasukan mengambil masa sebab Shaklee memang akan pastikan setiap produk dari Shaklee United States akan masuk ke pasaran Malaysia dengan cara yang betul.

Carian boleh dibuat di laman web rasmi bahagian regulatori di sini

Ia termasuklah proses untuk mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Disebabkan Shaklee ialah syarikat yang mementingkan keselamatan dan kualiti produk, maka inilah proses yang perlu dilalui.

Mula-mula nak guna produk penjagaan Youth pun memang saya sebulat hati dan yakin yang ini adalah yang sesuai untuk saya. Bila mask muka pula masuk, semestinya saya taknak terlepas dari jadi pengguna setia hehe. Daripada orang tak cakna pasal muka, jadi seorang yang gigih buat rutin penjagaan wajah setiap hari.

Mask kulit ni memang sesuai kalau nak buat rasa macam di spa.

Walaupun sibuk dengan rutin sebagai isteri dan ibu, penjagaan kulit sendiri jangan diabaikan. Sebab untuk kulit yang sihat dan cantik ia adalah proses penjagaan yang betul dengan produk yang betul tanpa memudaratkan macam Youth Shaklee ni.

Jenis-jenis Mask Muka Youth

Ada dua jenis mask muka dari rangkaian produk penjagaan wajah Youth iaitu Clay Mask dan Hydrating Gel Mask.

Yang hitam ialah clay mask, yang warna keemasan ialah hydrating gel

1.Clay Mask

Mask ini sesuai untuk di sapu pada bahagian kulit yang berminyak dan sesuai untuk hilangkan parut jerawat. Clay mask berfungsi untuk detox dan membersih.

Abu gunung berapi sangat banyak manfaat tapi itulah bukan senang nak dapat

Istimewa mask muka dari Youth ini ia menggunakan bahan-bahan semulajadi. Dalam clay mask ada campuran tiga jenis tanah liat yang kaya dengan mineral, serbuk arang halus
dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik.

Ia menyerap dan menyingkirkan pencemaran, kotoran, dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan dan memberikan kulit yang lebih lembut.

Kulit kering, berminyak dan kombinasi sesuai guna mask kulit ni

Sebetulnya kulit saya bukan lah berminyak sangat cuma ada bahagian tertentu seperti T-zone yang kadang kala berminyak. Tapi saya tetap bersedia dengan mask muka ni supaya dapat mengawal masalah di bahagian berminyak dan jerawat.

Bahagian berminyak saya sapu dengan clay mask yang warna hitam

2.Hydrating Gel Mask

Mask muka yang berwarna keemasan, hydrating gel mask, seperti namanya ini memang membantu melegakan ketegangan pada kulit muka.

Ia juga melembapkan kulit dengan asid hialuronik, jus daun aloe dan campuran pelbagai herba daripada ekstrak Centella Asiatica dan Chamomile.

Chamomile banyak manfaat

Bahan-bahan yang digunakan tak lain untuk beri kesan positif pada kulit. Chamomile antaranya ialah bahan yang dapat menenangkan kulit sensitif dan melambatkan penuaan kulit. Jadi, saya guna mask muka ni sebagai salah satu ikhtiar supaya kulit lambat berkedut.

Me time mak-mak, beginilah

Bukan tipu-tipu bahan tu disenaraikan, tetapi ia memang buatkan saya betul-betul tenang. Iyalah walaupun tidak berkerja dan tak terikat dengan bos, tekanan tu sentiasa ada. Jadi setiap hujung minggu, manjakan diri dengan mask muka ni jadi penyelamat saya. Untuk ada me-time kurang 30 minit seminggu pun dah cukup membahagiakan.

Yang lagi bahagia sebab tak perlu bayar spa mahal-mahal. Beli mask muka ni tahan untuk kegunaan bertahun. Duit yang suami bagi untuk bayar spa tu boleh masuk dalam tabung hihi.

Spa di Rumah Gaya Mak Anak Ramai

Bila dah ada ramai anak-anak, bukan tak boleh pergi spa. Tapi saya sendiri rasa berat hati nak tinggalkan anak-anak untuk spa. Cuma jangan salah faham dan abaikan kesihatan kulit tau. Sebab kulit perlu dijaga, dibelai, diberi nutrisi dan disayangi juga walaupun jadi mak anak 4 atau mak anak 8 sekalipun.

Selepas 10 minit je boleh terus bersihkan.

Kulit muka sebenarnya boleh dipupuk supaya lebih sihat dan lambat berkedut. Macam buat benda lain, ia perlukan komitmen. Jaga kulit bukan untuk keyakinan diri saja, tetapi sebagai menjaga amanah dari Allah swt.

Harga marhaen tapi kualiti top notch haa gituh

Kalau sebelum ni mak-mak dah pernah cuba mask lain tapi tak beri kesan, tolong jangan tutup pintu hati untuk cuba Youth ni. Saya yang tak pernah guna mask muka lain seumur hidup pun betul-betul rasa jatuh cinta.

Ini adalah rutin pelengkap setiap 2-3 hari dalam seminggu. Jagalah kulit muka kita sebelum terlambat. Kalau boleh, saya nak umur meningkat pun kulit tetap begini. Tak mustahil pun sebab guna Youth akan buat kulit lebih muda 10 tahun tau.

Selain mask muka, produk penjagaan wajah seperti pencuci muka, toner dan krim malam juga saya pilih jenama Youth dari Shaklee. Ia lebih meyakinkan dan selamat untuk jangka masa panjang, saya boleh guna tanpa was-was.

Nina Salleh | Empowering moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: