Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Makanan untuk Stabilkan Hormon Wanita

Wanita ni memang dicipta dengan sangat kompleks. Bukan saja dari segi emosi, malah dalaman iaitu hormon pun boleh bercelaru dan tidak stabil. Banyak juga masalah yang akan berlaku bila hormon wanita tidak stabil.

Punca Hormon Wanita Tidak Stabil

Hormon wanita, terutamanya estrogen dan progesteron, dipengaruhi oleh beberapa faktor. Beberapa perkara yang boleh mempengaruhi tahap hormon wanita:

1. Kitaran Haid

Hormon wanita berfluktuasi secara semula jadi sepanjang kitaran haid. Estrogen meningkat semasa fasa folikel, manakala progesteron meningkat selepas ovulasi.

Haid tidak teratur salah satu tanda hormon tidak stabil

2. Umur

Dalam peringkat kehidupan yang berlainan, seperti remaja, kehamilan, dan menopaus, tahap hormon boleh berubah dengan ketara.

3. Kehamilan

Semasa hamil, terdapat peningkatan yang besar dalam hormon seperti estrogen dan progesteron untuk menyokong perkembangan janin.

4. Penyusuan

Semasa penyusuan, tahap hormon berbeza, dan ini dapat mempengaruhi kitaran haid serta kesuburan.

Menyusukan bayi akan buat hormon wanita bercelaru

5.  Stres

Stres boleh menyebabkan peningkatan hormon seperti kortisol, yang boleh mengganggu keseimbangan hormon lain.

6. Diet dan Pemakanan

Nutrisi yang baik penting untuk penghasilan hormon yang sihat. Kekurangan nutrisi tertentu boleh mempengaruhi tahap hormon.

7. Senaman

Aktiviti fizikal yang berlebihan boleh menurunkan tahap estrogen, manakala senaman yang seimbang boleh membantu mengatur hormon.

8. Penyakit dan Kesihatan

Beberapa penyakit seperti sindrom ovarium polisistik (PCOS), masalah tiroid, dan diabetes boleh mengganggu keseimbangan hormon wanita.

Setiap faktor ini mungkin memberi kesan yang berbeza untuk setiap individu.

Masalah Kesihatan Akibat Hormon Yang Tidak Stabil

Apabila hormon wanita tidak stabil, pelbagai masalah kesihatan dan gejala boleh terjadi. Beberapa kesan yang mungkin dialami:

1. Kitaran Haid Tidak Teratur

Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan kitaran haid jadi tidak menentu, seperti tempoh haid yang terlalu pendek, terlalu panjang, atau missed period.

2. Sukar Hamil

Ketidakstabilan hormon boleh menjejaskan ovulasi, menjadikannya lebih sukar untuk hamil.

3. Gejala Menopause Awal

Wanita mungkin mengalami gejala menopaus awal seperti kilat panas, peluh malam, dan perubahan mood lebih awal dari usia biasa.

4. Masalah Mood

Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan perubahan mood, termasuk kegelisahan, kemurungan, dan iritabiliti.

5. Kecenderungan Berat Badan

Hormon yang tidak stabil dapat mempengaruhi metabolisme dan boleh menyebabkan peningkatan berat badan atau kesukaran untuk menguruskan berat badan.

Berat naik akibat hormon tidak stabil

6. Masalah Kulit

Hormon boleh mempengaruhi kulit. Ketidakstabilan hormon boleh menyebabkan jerawat, kulit kering, atau perubahan dalam pigmentasi kulit.

7. Masalah Tidur

Ketidakseimbangan hormon boleh mengganggu pola tidur, menyebabkan insomnia atau tidur yang tidak berkualiti.

8. Masalah Kesuburan

Hormon yang tidak seimbang, seperti dalam keadaan sindrom ovarium polisistik (PCOS), boleh mempengaruhi kesuburan.

9. Kehilangan Libido

Ketidakseimbangan hormon dapat menyebabkan penurunan minat seksual.

Jika ada mengalami mana-mana gejala ini, penting untuk berjumpa dengan doktor untuk dapat rawatan yang sesuai.

Cara untuk Stabilkan Hormon Wanita

Untuk menstabilkan hormon wanita, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil. Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu:

1. Pemakanan Seimbang

Makan makanan yang kaya dengan nutrien seperti buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak, dan lemak sihat. Elakkan makanan yang diproses dan tinggi gula.

Idea makanan untuk stabilkan hormon wanita

2. Senaman Secara Berkala

Aktiviti fizikal yang konsisten dapat membantu mengatur hormon. Senaman seperti berjalan kaki, yoga, dan latihan ketahanan boleh antara pilihan yang baik.

3. Pengurusan Stres

Stres boleh mengganggu keseimbangan hormon, jadi amalkan teknik pengurusan stres seperti meditasi, yoga, atau senaman pernafasan.

4. Tidur yang Cukup

Pastikan tidur yang berkualiti dan mencukupi setiap malam, kerana tidur yang baik adalah penting untuk kesihatan hormon.

5. Hidrasi yang Cukup

Minum air yang cukup setiap hari untuk membantu fungsi tubuh yang optimum.

6. Pengambilan Suplemen

Dalam sesetengah kes, suplemen tertentu seperti omega-3, vitamin D, dan magnesium boleh membantu menyokong keseimbangan hormon.

Pengambilan suplemen membantu stabilkan hormon

7. Jaga Berat Badan

Menjaga berat badan yang sihat boleh membantu mengatur tahap hormon, terutamanya bagi mereka yang mengalami PCOS atau masalah metabolik lain.

8. Elakkan Toksin

Kurangkan pendedahan kepada bahan kimia dan toksin yang boleh mengganggu keseimbangan hormon. Gunakan pencuci rumah dan produk penjagaan wajah yang bebas kimia dan dari bahan semulajadi.

Makanan untuk Stabilkan Hormon Wanita

Pemilihan makanan yang betul memainkan peranan penting dalam menstabilkan hormon wanita. Antaranya:

1. Makanan Kaya Serat

Membantu penghadaman dan mengurangkan rintangan insulin, yang penting untuk menstabilkan hormon. Contohnya buah-buahan (seperti epal, pear), sayur-sayuran (brokoli, lobak merah), dan sekam psyllium.

2. Lemak Sihat

Menyokong penghasilan hormon dan membantu mengurangkan keradangan dalam badan. Lemak sihat seperti minyak zaitun, buah avokado, kacang-kacangan (almond, walnut), biji chia, dan salmon.

3. Protein Berkualiti Tinggi

Penting untuk penghasilan hormon dan membantu menstabilkan gula darah.

4. Makanan Kaya Magnesium

Seperti sayuran berdaun hijau (bayam, kale), kekacang, biji-bijian, dan pisang. Magnesium membantu mengawal tahap hormon serta mengurangkan simptom PMS.

5. Makanan diperam

Makanan seperti belacan, budu, kimchi dan cincalok mengandungi probiotik. Ia baik untuk kesihatan usus dan akan membantu menyokong keseimbangan hormon.

Makanan diperam baik untuk usus

Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang adalah kunci untuk menstabilkan hormon wanita. Selain itu, mengelakkan makanan yang diproses, gula berlebihan, dan lemak trans juga perlu dititikberatkan.

Suplemen Untuk Stabilkan Hormon Wanita

Cadangan suplemen Shaklee untuk membantu menstabilkan hormon wanita:

1. GLA Complex

Mengandungi asid gamma-linolenik (GLA), yang baik untuk mengatur kitaran haid dan mengurangkan simptom PMS. Ia juga dapat membantu mengawal keseimbangan hormon.

GLA untuk kesihatan wanita

2. Omega Guard

Minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3. Ia membantu mengurangkan keradangan dan menyokong kesihatan jantung serta keseimbangan hormon.

3. ESP (Energy Soy Protein)

Mengandungi protein soya yang berfungsi sebagai phytoestrogen, membantu menyokong tahap estrogen dalam tubuh. Ia juga baik untuk tenaga dan pemulihan otot.

4. Vitalize

Multivitamin yang membekalkan pelbagai vitamin dan mineral penting yang menyokong kesihatan keseluruhan, termasuk kesihatan hormon.

5. Vitamin D

Penting untuk kesihatan hormon dan membantu dalam pengeluaran insulin, penting untuk keseimbangan hormon di dalam tubuh.

4. Vivix Bantu Stabilkan Hormon Wanita

Vivix mengandungi campuran antioksidan tinggi yang diperoleh dari anggur muscadine, elderberry, lobak ungu, dan japanese knotweed.

Kelebihan polifenol Vivix Shaklee
Antioksidan Tinggi

Kandungan resveratrol dalam Vivix berfungsi sebagai antioksidan yang kuat, membantu melindungi sel-sel dari kerosakan dan mengurangkan keradangan, yang boleh mempengaruhi keseimbangan hormon.

Menyokong Kesihatan Sel

Vivix membantu menyokong kesihatan sel dan memperbaiki fungsi selular, yang penting dalam pengeluaran dan pengaturan hormon dalam tubuh.

Meningkatkan Keseimbangan Gula Darah

Dengan membantu menstabilkan tahap gula darah, Vivix dapat membantu mengawal hormon insulin, yang penting untuk keseimbangan hormon keseluruhan.

Mengurangkan Stress Oksidatif

Vivix membantu mengurangkan stres oksidatif dalam badan, yang menyebabkan banyak masalah hormon.

Suplemen cadangan untuk menyokong kestabilan hormon wanita

Boleh dapatkan suplemen ini di sini.

Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang