Coach Diet FBM & GGA

Benarkah Protein Soya Shaklee Menyebabkan Cyst, Fibroid

Baru-baru ni ada yang tanya dan ada juga yang beritahu bahawa pengambilan protein soya Shaklee terutamanya Energizing Soy Protein (ESP) boleh menyebabkan ketumbuhan seperti cyst dan fibroid. Sebenarnya isu ni dah lama dan jadi kontroversi sejak ESP mula-mula masuk ke Malaysia hingga lah hari ini. Inilah berita yang sentiasa jadi perdebatan disebabkan unsur “hormon” dalam soya katanya.

Soya sebagai sumber protein yang baik

 

ESP ialah serbuk protein dari tumbuhan yang pertama dihasilkan oleh pengasas Shaklee iaitu Dr Forrest C Shaklee pada tahun 1961. Ia dihasilkan dari kacang soya yang tidak mengalami proses modifikasi genetik (non GMO).

Surat pengesahan dari pihak Shaklee tentang proses pembuatan ESP Shaklee

Untuk itu, proses pembuatannya dari penanaman sehingga penghasilan serbuk protein ESP ini dikawal dan diselia dengan ketat di bawah program Identity Preservation Program (IPP)

Kelebihan Kacang Soya

Kacang soya datang dari kumpulan yang besar iaitu keluarga legume. Antara ahli keluarga legume lain yang terkenal seperti lentil, kacang hitam, kacang tanah dan banyak lagi di pasaran. Keluarga legume ni beri banyak manfaat dan nutrisi untuk kesihatan termasuklah sumber vitamin B yang baik, zat besi, kalium dan ia sangat diperlukan untuk menyuburkan bakteria baik di dalam usus.

Dari packaging asal hingga hari ini

Namun hanya kacang soya sahaja dari keluarga legume ini yang mempunyai isoflavones, iaitu kompoun dari tumbuhan yang boleh menyerupai fungsi hormon estrogen. Makanan yang tinggi dengan isoflavones memberikan fungsi anti radang dan antioksidan. Ia mampu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti masalah jantung, tulang rapuh dan beberapa jenis kanser.

Kacang soya juga satu-satunya protein yang berasaskan tumbuhan dengan 9 jenis asid amino lengkap untuk tubuh badan. Ia bebas dengan kolesterol, rendah lemak dan tinggi dengan nutrisi lain yang tak ada pada protein dari haiwan.

Kepentingan Isoflavones untuk kesihatan

Isoflavones juga dikenali sebagai phytoestrogen, phyto- kerana berasaskan dari tumbuhan. Ia mempunyai struktur yang sama dengan estrogen dan membolehkan ia bergabung dengan reseptor estrogendalam soya terutamanya genistein dan daidzein mempunyai fungsi seperti estrogen. Tetapi ia bukanlah seperti hormon estrogen dalam badan manusia, dan bukan lah hormon yang akan mengurangkan sifat kelelakian. Isoflavones ini mampu beri kesan baik pada kesihatan lelaki dan wanita antaranya:

1.Kencing Manis Type 2

Pengambilan protein soya akan mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah untuk mereka yang mempunyai penyakit kencing manis.

2.Kolesterol dalam darah

Pengambilan serbuk protein yang berasaskan soya mengurangkan kolesterol, iaitu LDL dalam darah.

3.Elakkan tulang rapuh

Soya tinggi dengan kalsium. Isoflavones dalam soya mengurangkan risiko tulang rapuh, meningkatkan penghasilan dan kepadatan tulang. Kajian menunjukkan 1/3 dari wanita menapaus yang mengamalkan protein soya berisiko mengalami tulang patah.

4.Mencantikkan dan menganjalkan kulit

Protein Soya Menyebabkan Cyst dan Fibroid

Disebabkan protein Shaklee ESP dihasilkan dari kacang soya yang mengandungi phytoestrogen, maka ia dikaitkan dengan kecelaruan hormon wanita ini yang akan menyebabkan cyst dan fibroid.

Definisi Cyst

Cyst ialah seperti kantung, ianya tidak normal, yang boleh dijumpai di mana-mana dalam badan manusia. Cyst biasanya mengandugi gas, cecair atau sebatian separa pejal. Saiz cyst pula boleh jadi kecil dan hanya nampak melalui mikroskop dan boleh jadi besar serta mengambil tempat organ sihat dalam badan.

Cyst pada pergelangan tangan

Disebabkan kacang soya mengandungi phytoestrogen, maka ia dikaitkan dengan kecelaruan hormon wanita, iaitu estrogen, yang boleh menyebabkan cyst dan fibroid. Itulah yang terpali pada ESP Shaklee.

Perbezaan ovari normal dan cyst

Definisi Fibroid

Sejenis ketumbuhan yang bukan dari sel kanser pada rahim kebiasaannya akan timbul pada wanita yang dalam lingkungan umur melahirkan anak. Ia juga dipanggil sebagai leiomyoma, fibroid tidak ada kaitan dengan risiko kanser uterus dan tidak menjadi sel kanser. 

Lokasi keberadaan fibroid

Cyst dan fibroid adalah dua perkara yang berbeza.

Faktor risiko cyst dan fibroid

Banyak kajian yang menunjukkan pemakanan yang tinggi dengan pengambilan daging merah, penyakit darah tinggi serta berat badan berlebihan yang menyebabkan fibroid. Manakala mengandung dan juga ubat perancang kehamilan akan mengurangkan risiko fibroid. Selain itu, faktor ini boleh meningkatkan risiko fibroid,

  • Umur
  • Keturunan
  • Bangsa
  • Berat badan

Gejala Fibroid

Seiring dengan saiz fibroid yang semakin membesar, ia boleh membuatkan perut kelihatan lebih buncit. Juga boleh menyebabkan tekanan pada bahagian pinggul. Selain itu, ada gejala seperti:

  • Haid yang banyak
  • Haid yang terlampau lama
  • Kerap buang air kecil
  • Sembelit
  • Sakit belakang

Fibroid yang kecil tidak memerlukan sebarang rawatan. Namun perlukan pemerhatian yang khusus. Sekiranya ia membesar dan banyak dalam uterus, pembedahan buang rahim perlu dilakukan.

Benarkah protein soya menyebabkan fibroid

Dalam kajian tentang rawatan alternatif didapati mereka yang mengamalkan buah-buahan sitrus kurang risiko terhadap fibroid. Ini mungkin disebabkan oleh anti-proliferative dalam flavonoids. Isoflavones dalam kacang soya adalah salah satu dari flavonoids.

Walaupun ia adalah phytoestrogen, namun ia tindakannya untuk mengikut fungsi estrogen atau tidak, bergantung kepada jenis sel dalam badan. Ia bukan seperti hormon estrogen dalam tubuh wanita. Selain itu, ia juga tinggi dengan antioksidan yang akan melindungi sel badan dari radikal bebas serta penyakit kronik. Is0flavones tidak ada kaitan dengan fibroid.

Diet Untuk Mengecutkan Fibroid

Kajian menunjukkan ada perkaitan antara pemakanan dan juga fibroid. Chiaffarino dan rakan-rakan menerbitkan kajian menunjukkan pengambilan daging lembu dan daging babi meningkatkan risiko fibroid.

Susu

Pengambilan susu mendapati pengurangan risiko untuk fibroid. Selain susu, termasuk dengan sumber tenusu yang tinggi dengan kalsium dan vitamin D

Indeks glisemik

Makanan yang mempunyai indeks glisemik (GI) yang tinggi menujukkan peningkatan risiko untuk pertumbuhan tumor. Makan yang tinggi GI seperti nasi putih, roti putih dan biskut akan meningkatkan insulinlike growth factor (IGF-1). Kajian menunjukkan pertumbuhan fibroid dengan kehadiran IGF1.

Soya

Pengambilan protein soya akan membantu mengecutkan fibroid. Namun ia masih perlukan kajian terperinci bagi membuatkan soya digunapakai sebagai alternatif untuk fibroid. Soya yang baik ialah yang tidak mengalami modifkasi genetik serta dibersihkan dengan air biasa dan bukan dengan alkohol. Ini bagi memastikan kandungan isoflavones tidak terjejas bagi manfaat untuk kesihatan.

Antara cara mudah untuk mendapatkan sumber soya dengan ciri di atas ialah melalui protein soya ESP. Sebelum mengamalkan protein soya, buatlah pilihan bijak dengan mengambil kira ciri-ciri supaya beri manfaat untuk kesihatan.

Kesimpulannya, pengambilan protein soya ESP tidak menyebabkan cyst atau fibroid. Sebaliknya ia bergantung pada faktor umur, pemakanan yang menjejaskan insulin serta tahap kesihatan keturunan sendiri, Mulakan pengambilan protein soya ESP hari ini untuk manfaat kesihatan.

Klik di gambar untuk mulakan pengambilan soya setiap hari

Di luar sana masih ramai lagi yang beranggapan protein soya akan menyebabkan cyst, fibroid, dan ada juga yang mengatakan kelelakian akan hilang jika amalkan minum protein soya. Bantu saya untuk share post ni di media sosial supaya lebih ramai dapat tahu kebenaran.

Nina Salleh | Empowering moms