Pernah tak rasa macam tak nak buat apa-apa, badan lemah lesu tak bertenaga. Pusing kiri tak jadi, pusing kanan rasa tak kena. Walaupun baru lepas makan, tetap rasa penat tidak bermaya.
Lama kelamaan, keadaan ini akan mempengaruhi produktiviti dan kualiti hidup kita. Sebab itu penting untuk kita fahamkan punca badan lemah lesu sebagai langkah pertama untuk mengatasi masalah ini.
Ini 5 punca biasa yang menyebabkan badan lemah lesu dan tidak bertenag.
1.Kurang Tidur
Antara punca utama badan lemah lesu dan tidak bertenaga ialah masalah kitaran tidur yang tidak konsisten. Sebenarnya waktu tidur ni yang penting untuk badan baiki semula dan untuk proses pembaharuan sel-sel berlaku. Waktu tidur juga ada hormon penting iaitu melatonin yang akan dirembeskan, paling tinggi ketika gelap malam.
Hormon ini yang penting untuk betulkan kitaran tidur dan seluruh biological clock dalam badan. Bayangkan kalau kurang tidur atau berjaga waktu malam, kerja-kerja hormon ni akan terjejas.
Kualiti tidur yang buruk boleh disebabkan oleh kebisingan, tekanan, atau masalah kesihatan seperti insomnia. Jangan pernah abaikan waktu tidur kerana ia penting untuk pemulihan fizikal dan mental.
2.Pemakanan
Pemakanan yang tidak seimbang juga boleh jadi punca keletihan tubuh badan. Diet yang tinggi dengan makanan proses, gula, dan lemak tidak sihat (high carbs high fat) menyebabkan lonjakan gula dalam darah, memberikan kesan kepada tahap tenaga kita.
Buat semakan semula tentang apa yang kita makan setiap hari. Lihat sekeliling kita, apa makanan yang lebih ramai jadi tumpuan adakah makanan sihat atau tambah mudarat.
Ubah diet kepada pengambilan protein yang tinggi dan lemak sihat untuk elakkan risiko penyakit akibat daripada insulin resistance.
Kekurangan nutrisi penting seperti zat besi, vitamin B, dan magnesium juga boleh menyebabkan rasa letih dan lesu.
3.Kurang Air Dalam Badan
Kurang air dalam badan juga selalu kita lupa sebagai penyebab badan lemah lesu.
Dalam badan manusia, air adalah komponen penting untuk lengkapkan banyak proses biologi. Bukan itu saja, kekurangan air dalam badan akan menyebabkan penurunan tenaga, tumpuan, dan prestasi fizikal.
Jadi, pastikan minum air mencukupi setiap hari untuk pastikan seluruh sistem tubuh dapat berfungsi dengan baik.
4.Tekanan dan Keletihan Mental
Kehidupan yang sibuk dan tuntutan dari tempat kerja, keluarga, atau keadaan peribadi boleh menyebabkan stres yang berlarutan. Stres mempengaruhi keseimbangan hormon dalam badan dan menjadi punca keletihan yang melampau, serta menjejaskan kualiti tidur.
Elakkan stres dengan teknik senaman seperti yoga, atau aktiviti santai boleh membantu mengurangkan kesan stres terhadap tenaga kita.
5. Masalah Kesihatan
Ingatkan keletihan biasa rupanya ada penyakit yang sedang bersarang. Penyakit seperti diabetes, penyakit jantung, anemia, atau masalah tiroid boleh mengganggu penghasilan tenaga dalam badan.
Jika ada tanda keletihan yang berterusan tanpa sebab yang jelas, penting untuk dapatkan pemeriksaan doktor untuk ketahui tahap kesihatan.
6. Kurang Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal ni bukan saja bantu untuk turunkan berat badan tau. Jadi jangan lah hanya bersenam untuk kurus. Sebaiknya jadikan rutin agar badan ada pergerakan.
Senaman ni akan meningkatkan aliran darah, meningkatkan kelebaran paru-paru, dan membantu mengeluarkan hormon yang memberi rasa bahagia, seperti endorfin. Jika selama ni kita hanya makan, duduk tengok Netflix dan ulang perkara sama, ubahlah sebelum ia jadi satu bebanan penyakit.
Vitamin Untuk Beri Tenaga Kepada Badan
Salah satu ikhtiar untuk elakkan badan lemah lesu tidak bertenaga ialah dengan melengkapkan nutrisi harian. Badan akan ada gejala letih lesu bila kurang nutrisi. Ini antara vitamin yang perlu diamalkan setiap hari.
1.Vitamin B
Vitamin B membantu tubuh dengan menukarkan karbohidrat, lemak, dan protein menjadi sumber tenaga sel iaitu ATP. B1 (Tiamin) , B2 (riboflavin), B3 (niasin), dan B5 (asid pantotenik) pula penting dalam metabolisme nutrien.
Vitamin B6 (piridoksin) dan B12 untuk pengeluaran sel darah merah, yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh, meningkatkan keupayaan badan untuk menghasilkan tenaga.
Selain itu, vitamin B menyokong kesihatan sistem saraf, yang mempengaruhi keupayaan mental dan fizikal, membantu mengurangkan keletihan dan meningkatkan stamina. Jadi, pastikan vitamin B ini ada dalam senarai vitamin harian.
2.Multivitamin
Pengambilan multivitamin membantu memberi tenaga dengan menyediakan pelbagai vitamin dan mineral yang menyokong metabolisme tubuh.
Gabungan vitamin dan mineral seperti zat besi penting untuk penghasilan sel darah merah. Kombinasi ini meningkatkan keupayaan tubuh untuk berfungsi dengan baik dan mengurangkan rasa letih. Amalkan multivitamin sebagai asas untuk kesihatan.
3.Protein
Protein membantu memberikan tenaga dengan membekalkan asid amino yang diperlukan untuk membina otot dan tisu, serta memperbaiki sel. Ia berfungsi sebagai sumber tenaga yang lebih stabil berbanding karbohidrat dengan tidak membuatkan lonjakan gula dalam darah.
Selain itu, protein membantu mengekalkan rasa kenyang, mengurangkan keinginan untuk makanan berkalori tinggi. Pastikan cukup protein harian dengan bantuan Energizing soy protein Shaklee.
4.Taurine
Taurine adalah asid amino penting yang terdapat dalam Cinch Tea.
Ia membantu pengangkutan elektrolit di dalam sel, yang penting untuk fungsi otot dan pemulihan. Selain itu, taurine menyokong tahap tenaga dengan meningkatkan stamina dan keupayaan fizikal. Taurine juga mengurangkan keletihan dan meningkatkan fokus mental, memberi kesan positif kepada prestasi keseluruhan.
Untuk hari yang lebih produktif, jadikan Cinch Tea sebagai minuman pilihan harian.
5.Polifenol
Vivix berasaskan resveratrol dan polifenol, daripada campuran botani yang berupaya meningkatkan kesihatan sel badan.
Polifenol dalam Vivix membantu meningkatkan penghasilan tenaga di peringkat selular. Ia meningkatkan fungsi mitokondria, iaitu pusat pengeluaran tenaga dalam sel.
Dengan fungsi mitokondria yang lebih baik, badan boleh menghasilkan lebih banyak tenaga, sekaligus membantu mengurangkan rasa letih dan lesu. Hanya satu sudu Vivix setiap hari untuk kesan optimum kepada kesihatan badan.
Hubungi Nina Salleh untuk dapatkan vitamin meningkatkan tenaga dalam badan hari ini.
Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang