Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Cara Renew Membership Shaklee Tanpa Bayaran

Risau sebelum daftar sebagai ahli Shaklee kalau ada yuran tahunan yang perlu komit untuk kekalkan keahlian atau perlu renew membership Shaklee sebagai syarat untuk kekal aktif. Daftar sebagai ahli Shaklee ni tak semestinya untuk berniaga tau. Rugi lah kalau tak daftar dengan Pengedar Shaklee Ampang sebab boleh dapat beli vitamin dengan harga yang lebih jimat dan murah.

Sekali daftar sebagai ahli Shaklee, terus dapat akses untuk menggunakan laman web Shaklee. Di sini boleh buat pembelian vitamin dengan guna kad kredit, kad debit, perbankan atas talian atau dengan easy payment plan yang akan dilancarkan tak lama lagi.

Peluang untuk merasai pengalaman shopping vitamin kegemaran sendiri sebagai ahli Shaklee

Di post ini, sebagai pengedar Shaklee yang aktif, saya akan kongsikan bagaimana nak jadi ahli Shaklee, renew membership Shaklee dan dapat buat pembelian sendiri di laman web Shaklee.

Kelebihan Daftar Sebagai Ahli Shaklee

Selain dapat beli vitamin dengan harga jimat, setiap pembelian oleh ahli Shaklee juga akan mendapat mata ganjaran. Sekiranya cukup mata ganjaran yang terkumpul setiap bulan, Shaklee akan berikan rebat tunai yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank.

Kenapa Perlu Akaun Bank

Sebab itu antara syarat untuk menjadi ahli Shaklee perlu juga disertakan dengan nombor akaun dan juga nama bank bagi memudahkan urusan kredit bonus Shaklee.

Ini kelebihan menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee Malaysia.

1. Shaklee dikenali kerana menghasilkan produk vitamin, penjagaan wajah, penjagaan rumah dan penjagaan badan dengan kualiti yang tidak perlu lagi dipersoalkan. Penghasilan produk ini adalah dari hasil kajian para ahli yang pakar di dalam bidangnya.

2. Syarikat Shaklee sangat ketat dalam pemilihan bahan mentah, proses peghasilan, dan pengujian produk untuk memastikan kualiti dan keberkesanan produk.

Semua produk dihasilkan dengan bahan semulajadi

Pernah ada satu batch Alfalfa Complex, salah satu vitamin untuk buang toksin dalam badan,  yang sudah siap dibotolkan. Namun atas sebab tidak melepasi ujian yang dilakukan selepas dibotolkan, keseluruhan batch tidak diteruskan penjualannya.

3. Shaklee memiliki komitmen yang tinggi terhadap kesihatan dan kesejahteraan. Produk-produk mereka dirancang untuk menyokong gaya hidup sihat, termasuk suplemen makanan, vitamin, produk kecantikan, dan produk penjagaan rumah yang tidak merosakkan alam sekitar.

Jadi ahli dengan kumpulan yang aktif

Ini semua dalam visi Shaklee untuk memastikan generasi akan datang dapat menikmati Bumi yang kekal hijau dan bebas bahan kimia berbahaya.

4. Menjadi ahli Shaklee juga memberi peluang untuk menjalankan bisnes sendiri. Peluang untuk tambah pendapatan dengan perkongsian dan juga penjualan produk Shaklee. Selain itu dapat membina hubungan dan mengajak orang lain untuk sama-sama meningkatkan ekonomi melalui bisnes Shaklee yang tidak memerlukan modal besar ini.

Cara Daftar Sebagai Ahli Shaklee

Untuk dapat kelebihan sebagai ahli Shaklee, korang kena jadi ahli Shaklee dulu. Boleh je daftar sendiri di sini atau hubungi Pengedar Shaklee Ampang untuk bantuan.

1. Masuk ke laman web rasmi Shaklee di sini.

2. Isi maklumat yang diminta. Lepastu korang akan dapat mesej dari Shaklee.

Nak renew pun kena daftar masuk

3. Daftar masuk ke laman web Shaklee dengan kata laluan dan nombor keahlian yang telah diberikan melalui SMS.

4. Boleh mula buat pembelian item promosi. Untuk aktifkan keahlian tanpa bayaran, hubungi Pengedar Shaklee Ampang.

Cara Renew Membership Shaklee

Sekiranya sudah berdaftar sebagai ahli Shaklee dan ingin renew membership Shaklee, hanya perlu buat langkah mudah ini:

1. Masuk ke laman web rasmi Shaklee Malaysia

Tak perlu bayaran untuk pembaharuan

2. Daftar masuk dengan kata laluan dan juga nombor keahlian.

Guna cara mudah untuk kekal aktif

3. Buat apa-apa pembelian vitamin terutama vitamin yang sedang ada promosi bagi penjimatan berganda.

Pembayaran boleh dilakukan dengan 3 cara

4. Lakukan pembayaran dengan kad kredit, debit atau perbankan atas talian.

5. Setelah pembayaran dibuat dan disahkan, korang akan dapat e-mail dan boleh semak di bahagian My Account > Order History.

Buat semakan pembelian dan kehalian diperbaharui secara automatik

Langkah mudah ini boleh dilakukan di mana sahaja dengan adanya internet. Cara mudah untuk renew membership Shaklee dan membuat pembelian di laman web Shaklee dengan sendiri.

Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang