Coach Diet FBM & GGA

Review Tadika Cina untuk Anak

Assalamualaikum dan hai, kebelakangan ni ramai parents yang whatsapp Nina tanya feedback sekolah Cina untuk Amanda dan Maryam, baca di sini , so kali ni Nina nak kongsikan dan review progress Amanda dan Maryam sepanjang belajar di tadika cina, Tadika On Pong.

Sarapan setiap hari sebelum ke sekolah

Sebenarnya bukan la progress sangat, lebih kepada review tadika cina ni dari apa yang Nina nampak setelah 2 orang anak Nina masukkan ke sini😊

Semoga lebih mudah untuk ibu bapa buat pilihan.

Review Tadika Cina Untuk Anak

Kerjasama Antara Ibu Bapa

Amanda sekarang dah 6 tahun, dah tahun kedua, manakala Maryam pula 4 tahun, tahun pertama di tadika yang sama.

Sejak awal nak daftarkan anak-anak, memang cikgu dan bagitahu, tadika Cina ni memang kerja rumah akan banyak. Terutama bila masuk umur 5 tahun. Dan cikgu minta kerjasama ibu bapa untuk sama-sama semak dan bantu ajar anak di rumah.

Nina dan suami memang akur, dan sebab tu kami sangat berat hati untuk keluar waktu malam di hari persekolahan. Ia akan beri kesan untuk anak-anak. Jadual harian akan terganggu. Tidur lewat, ada kala kerja rumah tak sempat disiapkan. Bayangkan setiap hari akan ada 5-6 buku untuk disiapkan😁

Hampir setiap hari ada homework

Tapi kami ok, dan kami faham di sebalik semua ni. Lagipun di sekolah Cina, ada bahasa tambahan yang perlu dipelajari. Semua ni untuk anak-anak kuasai.

Suasana Pembelajaran yang Kondusif

Walaupun bukan institusi swasta, tapi tadika ini mengamalkan pembelajaran yang sesuai dengan apa yang Nina nak.

Anak-anak rasa seronok belajar. Seronok buat homework, tak pasti bagaimana aktiviti pembelajaran mereka sebab ibu bapa tak dibenarkan masuk ke kawasan kelas. Yep. Untuk elak anak-anak lari fokus.

Hanya hari pertama, itu pun untuk sekejap. Bagi Nina, cara ini bagus untuk melatih keyakinan anak-anak.

Contohnya Maryam, dia sangat pendiam, dan kurang yakin bila jumpa orang yang dia tak kenal tapi bila diajar masuk sendiri ke pagar sekolah, Alhamdulillah, sekarang dah pandai buat kawan baru, dah babai-babai kawan Cina dia😍

Macam mana Nina tahu anak suka belajar di sini? Melalui respon anak-anak. Happy dan excited untuk ke sekolah, bangun pagi pun akan terus mandi bila Nina kejut. Amanda pun nampak enjoy buat homework. Untuk progress report, ada 2kali setiap tahun. Boleh tengok performance anak-anak dan sejauh mana kefahaman anak-anak. Masa ni ibu bapa boleh nilai adakah anak-anak boleh bawa bahasa cina dengan baik atau sebaliknya.

Hari sukan tahunan

Komunikasi Secara Manual

Untuk sebarang informasi, guru akan beritahu dan beri notis di dalam buku notis anak-anak. Sekolah ni tak ada whatsapp group sebagaimana sekolah lain hehe. So far so good.

Buku notis untuk sebarang pemberitahuan

Dan kalau ada apa yang musykil juga, boleh terus tanya cikgu semasa ambil anak. Sebab cikgu akan tunggu bersama anak-anak di pagar sekolah. Ambik dalam waktu yang ditetapkan. Kalau ambil lewat, tak dapat juga jumpa cikgu😂

Notis pemberitahuan yang ditampal dalam buku notis

Bahasa Cina

Untuk masuk sini, memang akan ada banyak sangat buku. Yep. Sebab ini bukan sekolah biasa, ia adalah tadika Cina.

Ada bahasa Cina, Matematik dalam bahasa Cina, bahasa utama di tadika ini ialah bahasa Cina. Kalau plan nak masukkan anak ke SR (J) K Cina, seeloknya, dari awal dah masukkan ke tadika Cina. Tadika On Pong terima kemasukan kanak-kanak seawal 4 tahun.

Walaupun belum ada homework sewaktu 4 tahun, sekurangnya anak dah dibiasakan untuk lembutkan jari dan lidah dengan tulisan Cina hehe.

Tuisyen Cina 

Sekolah ada sediakan tuisyen Cina. Ada bayaran tambahan dan akan diajar oleh guru sekolah. Bagi Nina, lebih baik tusyen di sekolah, sebab cikgu yang sama mengajar, mungkin kaedah pembelajaran pun mudah difahami.

Terpulang untuk ibu bapa, tusyen ni tak wajib. Tapi jika nak anak kuasai bahasa Cina, mesti letak extra effort. Macam Nina sendiri, Nina dan suami memang tak ada basic bahasa Cina. Kat rumah pun kami memang tak bercakap bahasa Cina.

Yang terbaik, kami fikir dan memang pilih untuk hantar anak tusyen.

Info tambahan

Tadika ni ada 2 seisi, pagi dan petang. Uniform setiap hari kecuali hari Jumaat, adalah hari sukan. Anak-anak hanya pakai baju sukan pada hari Jumaat.

Ada makanan halal yang disediakan oleh pihak sekolah. Kalau rasa taknak makanan sekolah, boleh bawa bekal😁

Bekal makanan

Darjah 1 nanti Amanda akan bersekolah SR (J) K Cina On Pong, dalam kawasan yang sama. Doakan Amanda dan adik-adik dapat kuasai bahasa Cina, dan digunakan untuk kemajuan dunia dan akhirat. InsyaALLAH Ameen.

Konsert dan penyampaian skrol untuk anak 6 tahun. Majlis simple je tapi lepas habis majlis, ibu bapa susun kerusi tanpa disuruh

Ini juga salah satu faktor penyumbang yang buatkan saya nak hantar anak ke sekolah dan tadika cina, kerana nampak disiplin dari akar umbi. Tapi sebenarnya walaupun anak tak lagi sekolah ditadika cina, atas faktor tertentu, saya harap anak-anak membesar dengan penuh disiplin.

Nina Salleh | Empowering moms