Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Tanda-Tanda Badan Ada Insulin Resistance

Insulin resistance berlaku apabila sel-sel dalam badan menjadi kurang sensitif atau kurang responsif terhadap insulin, iaitu hormon yang bertanggungjawab membantu glukosa memasuki sel untuk digunakan sebagai tenaga.

Ini bermakna insulin tidak dapat bekerja dengan efektif untuk membantu glukosa memasuki sel.  Akibatnya, glukosa terkumpul dalam darah, dan tahap insulin dalam badan meningkat kerana pankreas cuba mengimbangi keadaan dengan menghasilkan lebih banyak insulin.

Hormon insulin akan dirembeskan lebih banyak dengan kebanjiran gula

Insulin resistance berlaku apabila sel-sel dalam badan kurang sensitif terhadap insulin,

Faktor Penyumbang Berlaku Insulin Resistance

Beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada masalah insulin resistance antaranya:

1. Obesiti:

Terutama obesiti abdomen. Lemak visceral (lemak di sekeliling organ dalam abdomen) boleh mengeluarkan hormon dan bahan lain yang boleh mengganggu tindakan insulin.

Insulin resistance akan menyebabkan masalah metabolik

2. Gaya Hidup Tidak Aktif:

Kekurangan senaman fizikal akan mengurangkan keupayaan otot untuk menggunakan glukosa dengan baik, yang membuatkan insulin resistance lebih teruk.

3. Diet Tidak Seimbang:

Diet tinggi karbohidrat olahan dan gula tambahan serta rendah serat boleh meningkatkan risiko insulin resistance.

4. Genetik:

Sejarah keluarga dan faktor genetik tertentu boleh meningkatkan risiko terhadap insulin resistance.

5. Tekanan dan Kurang Tidur:

Kedua-dua faktor ini boleh meningkatkan hormon stres seperti kortisol, yang boleh mengganggu tindakan insulin.

Bahaya tidur tak terjaga dan stres tak terkawal

6. Penuaan:

Insulin resistance cenderung meningkat seiring dengan usia.

7. Masalah Perubatan:

Keadaan seperti sindrom metabolik, PCOS (sindrom ovarium polisistik), dan beberapa penyakit hormon boleh menyumbang kepada insulin resistance.

Tanda-Tanda Insulin Resistance Pada Badan

Bahaya insulin resistance sebab ia boleh membawa kepada banyak masalah kesihatan kronik seperti kencing manis jenis 2, darah tinggi dan masalah kesihatan serius lain jika tidak diuruskan.

Kebanyakannya bermula dengan insulin resistance yang perlahan-lahan merosakkan dalam tubuh badan, atau keradangan.

Keradangan boleh berlaku disebabkan oleh insulin resistance

Sebab itu penting untuk tahu tanda-tanda insulin resistance supaya kita dapat ‘signal’ dan boleh buat perubahan pada kesihatan.

Antara tanda insulin resistance:

1. Keletihan

Insulin resistance boleh menyebabkan sel tidak mendapat glukosa yang mencukupi untuk menghasilkan tenaga, menyebabkan rasa letih yang berpanjangan.

2. Kelaparan Berlebihan

Bila gula tinggi, kita akan berasa lapar lebih kerap, walaupun selepas makan, kerana tubuh tidak dapat proses glukosa dengan cekap.

3. Peningkatan Berat Badan

Berat dan lemak bertambah, terutamanya di kawasan perut, kerana insulin yang berlebihan dalam darah boleh menyebabkan penyimpanan lemak yang lebih banyak.

Lemak perut akan bertambah

4. Kabus Otak (Brain Fog)

Kesulitan untuk fokus dan berfikir dengan jelas, kerana otak juga memerlukan glukosa sebagai sumber tenaga.

5. Kulit Gelap dan Tebal di Kawasan Lipatan

Keadaan ini dikenali sebagai acanthosis nigricans dan biasanya muncul di leher, ketiak, atau kawasan pergelangan. Kalau ada tanda begini, sental dengan berus besi pun tak akan hilang selagi tak selesaikan masalah insulin resistance.

Hitam pada lipatan salah satu tanda insulin resistance

6. Kesukaran Menurunkan Berat Badan

Walaupun menjalani diet dan senaman, anda mungkin mendapati sukar untuk menghilangkan berat badan.

7. Perubahan Tahap Gula Darah

Mengalami tanda-tanda ini tidak semestinya bermaksud ada penyakit. Tetapi ia boleh jadi tanda awal untuk dapat penyakit.

8. Masalah Kesuburan

Insulin resistance boleh mempengaruhi kesuburan, terutama pada wanita dengan PCOS (sindrom ovarium polisistik).

Perubahan gaya hidup seperti meningkatkan aktiviti fizikal, mengamalkan diet yang membantu untuk reverse insulin resistance seperti diet FBM, dan menurunkan berat badan boleh membantu memperbaiki sensitiviti insulin.

Nina Salleh | Coach Diet FBM