Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Singapore

Kalau pergi Singapore, ini antara tempat menarik yang seronok dan sesuai untuk dilawati dengan ahli keluarga. Antara tempat ni, ada yang saya akan pergi setiap kali ke Singapore, tapi ada yang memadai 1-2 kali lawat saja hihi.

Bagi saya, nak masuk Singapore ni lebih senang guna kereta sendiri sebab boleh jimat banyak.

Selalunya saya akan masuk ke Singapore dengan kereta saja supaya senang nak jalan-jalan ikut masa sendiri. Zaman kerja dulu je pernah naik flight, tapi memang tak berjalan ke mana. Lagipun Singapore ni senang sebab negara yang kecil berbanding Malaysia.

Sekejap saja pusing-pusing satu negara dengan kereta, dah cukup satu pusingan lengkap. Dengan kereta sendiri ni kita boleh ikut masa sendiri, free and easy gituh. Bila berjalan dengan anak ramai dan keluarga besar, lagi banyak lah ragamnya. Memang tercungap-cungap kalau nak jalan dengan berjadual dengan syarikat pelancongan.

Tempat Menarik Di Singapore untuk Seisi Keluarga

Sedikit panduan untuk tempat menarik Singapore, boleh ejas ikut bajet masing-masing. Ada yang berbayar mahupun percuma.

Tempat yang percuma pun memang tak puas pusing dan tengok kawasan. Makna kata kalau bajet kecil pun boleh saja nak jalan-jalan di Singapore. Ada banyak pilihan makanan, tempat menarik dan pilihan yang tak perlukan belanja besar pun.

Kalau nak lebih jimat, tidur di Johor hehe.

1. Jurong Birdpark

Ini antara tempat terawal yang saya pergi waktu pertama kali ke Singapore tahun 2011 dulu. Walaupun hanya taman burung, tapi Jurong Birdpark ni dijaga rapi dan burung nampak sihat-sihat belaka.

Tapi sayangnya, lepas 52 tahun , Jurong BirdPark ni dah ditamatkan operasi pada 3 Januari 2023.

Jurong Birdpark dibuka sekitar tahun 1971, dikenali sebagai taman burung terbesar di Asia. Taman burung ni menempatkan lebih 5000 ekor burung dari lebih 400 spesis. Kalau ikutkan rancangan tahun 2024 akan dibuka semula di lokasi yang baru dekat kawasan  zoo dan night safari.

Macam biasa dekat Singapore nak cari sampah di tempat awam memang agak susah ya. Dalam taman burung pun kemas dan teratur. Mungkin rakyat Singapore dan pelancong yang masuk ke negara sana akan jadi auto berdisiplin disebabkan peraturan yang ketat di sini. Kalau ke sana, polis dan badan beruniform memang susah nak senyum tau. Muka serius dan masam mencuka, nak bercakap pun rasa menakutkan.

Harga tiket untuk dewasa SGD 30, kanak-kanak SGD20

2. Marina Bay Sands

Antara tempat menarik Singapore ialah mercu tanda terbarunya iaitu Marina Bay Sands.

Alhamdulillah diberi rezeki merasa menginap di salah satu mercu tanda Singapore sekali sebelum ada anak, dua kali lepas beranak sulung dan anak kedua.

Perasaan mula-mula masuk ke Marina Bay Sands ni rasa macam masuk dunia lain sekejap. Hotel yang tinggi, dengan kolam renang infiniti tingkat paling atas serta ada tarikan seperti Gardens by The Bay yang boleh dilawati dengan berjalan kaki dari Marina Bay.

Belakang tu tiga tower Marina Bay

Kalau plan nak menginap di Marina Bay Sands, eloknya tak perlu keluar tempat lain dah. Pusing dalam ni pun ada 3 menara, boleh beli belah dan ada kedai. Cuma untuk dapat masakan Islam tu tetap kena keluar juga. Iyalah kan dah bayar hotel mahal, nanti membazir pulak hihi.

Salah satu bilik di Marina Bay Sands
Banyakkan aktiviti kat hotel je haa. Nak menikmati Marina Bay katakan, haha

Lepas main tulis, main mewarna pulak lepas tu keluar hotel jalan-jalan sekitar menara. Kemudian mandi kolam. Kalau tengok bahagian kolam Marina Bay Sands ni nampak macam biasa je. Tapi dari bawah tu memang lawa la kan bentuk ala-ala kapal camtu.

Kolam renang infiniti. Lah baju siapa pulak la tu

Disebabkan banyak kedai makan dalam ni yang tak sesuai untuk orang Islam, lepas puas mandi kolam, baru lah kami akan keluar dari Marina Bay Sands untuk makan-makan.

3. Gardens By The Bay

Saya ke Gardens by The Bay ni jalan kaki je dari Marina Bay, macam dalam satu kawasan. Saya jalan pusing sini jauh juga dan banyak pameran menarik, ini semua kawasan tak berbayar. Ada juga bahagia berbayar saya tak masuk. Jalan-jalan sini sambil hirup udara pagi.

Kalau malam, memang cantik sangat ni semua lampu akan dipasang

Beberapa bahagian dalam Gardens by The Bay ni:

  1. Taman Flower Dome dan Cloud Forest memiliki ekosistem dan tanaman dari seluruh dunia.
  2. Pemandangan dari OCBC Skyway: Salah satu tarikan utama di Gardens by the Bay, Skyway membolehkan pengunjung melihat pemandangan 360 darjah dari ketinggian 22 meter.
  3. Light Show: Setiap malam, Gardens by the Bay menampilkan pertunjukan cahaya dengan muzik yang menakjubkan dan musik.
  4. Berjalan-jalan di Supertree Grove: Skulptur pohon super-ukuran ini membuat pengalaman unik.
  5. Berolahraga: Taman ini ada laluan pejalan kaki, basikal dan sesuai untuk trek jogging. Bawa la kasut sukan yang sesuai hihi. Tapi saya tak gigih la nak jogging masa tu.
Masuk sini memang sejuk je mata sebab penuh dengan kehijauan tanaman
Ada banyak skultur dan ulasan macam ni. Saya lebih suka gini berbanding beli belah. ahaha

Kalau nak nikmati keindahan lampu dan angin sejuk, boleh datang waktu malam. Tempat ni memang ramai pengunjung waktu malam.

4. Jalan Arab atau Arab Street

Antara tempat makan yang banyak kedai halal ialah di Arab Street.

Memang macam nama dia, kalau ke sini dah macam pergi negara Arab. Bersedia dengan orang-orang Arab akan cari pelanggan untuk merasa kebab, kabsah dan biryani mereka hihi. Kebanyakan makanan memang sedap. Yang menarik dekat Arab Street ni ialah senibina bangunan seperti rumah tradisional. Ia juga alah satu daerah tua di Singapura dan merupakan tempat tinggal bagi masyarakat Arab sejak abad ke-19.

Aiskrim Arab Street memang tak akan habis

Masjid Sultan, Singapura

Di Singapura, Masjid Sultan adalah salah satu mercu tanda utama di Singapura.

Ia dibina pada tahun 1824 oleh Sultan Hussein Shah, ia merupakan masjid tertua di Singapura. Bertempat di Kampong Glam, masjid ini menampilkan gaya arsitektur Melayu-Islam tradisional dan merupakan simbol penting dari identiti budaya Melayu Singapura. Masjid Sultan juga sering digunakan sebagai lokasi untuk acara-acara penting seperti pernikahan dan perayaan Hari Raya.

Masjid Sultan
Bahagian dalaman masjid yang tertua di Singapura

Kalau ke sana, boleh lah singgah dan solat di Masjid Sultan ni.

Tempat wudhuk wanita yang tertutup rapi

5. Merlion

Kalau tak tengok Merlion, belum cukup syarat jalan-jalan di Singapore la tu. Macam saya sendiri, tahun 2019 barulah berjaya jejakkan kaki ke Merlion ni sebab sebelum ni memang tak sempat nak pergi sana.

Belakang kami tu Merlion haa

Merlion adalah simbol kebangsaan Singapura yang menggabungkan elemen singa (lion) dan ikan duyung (mermaid).

Ia diasaskan oleh Singapura Tourism Board pada tahun 1964 dan sejak itu menjadi ikon popular yang mewakili Singapura di seluruh dunia. Ketinggian Merlion sekitar 8.6 meter terletak di persisiran Marina, Singapura. Ini antara tarikan  yang popular untuk dikunjungi.

Kan dah cakap, siangpura ni pusing mari tang sama je. Belakang tu Marina Bay Sands lagi haha
Merlion park memang penuh dengan pengunjung waktu malam

6. Sentosa Resort World

Dekat Sentosa Resort World ni antara kawasan ‘mahal’. Di sinilah terletak hotel Hard Rock, Festive dan Michael yang bersambung antara satu sama lain. Di kawasan sini juga lokasi taman tema Universal Studio.

Dalam banyak hotel di sini, saya lebih suka Festive Hotel.

Dari dalam kawasan ni hanya perlu jalan kaki untuk ke Universal Studio dan jalan di kawasan sekitarnya.

Universal Studio Singapore

 

Jangan lupa bergambar dekat Bumi berpusing ni buat kenangan

Selain Universal Studio, antara yang menarik di sini ialah:

  1. Adventure Cove Waterpark: Taman air yang menawarkan berbagai aktiviti air.
  2. S.E.A. Aquarium: Akuarium terbesar di dunia yang menempatkan ribuan jenis ikan dan haiwan laut dari seluruh dunia.
  3. Butterfly Park & Insect Kingdom: Taman bunga dan kebun binatang yang menempatkan berbagai spesies kupu-kupu dan serangga dari seluruh dunia.
  4. Skyline Luge Sentosa: Salah satu aktiviti outdoor popular di Sentosa, yang menawarkan pengalaman naik kenderaan roda tiga di sepanjang lintasan yang menakjubkan.
  5. Fort Siloso: Sebuah fort yang dibangun pada abad ke-19 dan menawarkan pemandangan menakjubkan ke laut dan pantai.
  6. Palawan Beach: Pantai yang indah yang menawarkan berbagai aktiviti air dan hiburan, kalau di Malaysia ada Penang dan Port Dickson hehe

Kalau berjalan dengan anak kecil, keutamaannya adalah untuk mereka seronok dan dapat menikmati permainan.

Sebagai ibu bapa, bila nak jalan-jalan dengan anak kecil perlu faham perangai dan keperluan mereka supaya mudah dan perjalanan lebih tenang. Juga perlu alert dengan tanda-tanda awal yang tahap kesihatan anak mungkin terjejas. Bila faham dan boleh atasi semua ni, insyaAllah jalan-jalan dengan anak akan lancar.

Semoga tempat menarik Singapore membantu ibu bapa yang  tengah fikir destinasi sesuai untuk bawa anak-anak berjalan musim cuti sekolah akan datang.

Nina Salleh | Empowering moms