Nina Salleh | Diet & Kesihatan Wanita

Cara Mudah Untuk Buat Anak Suka Makan Sayur

Ingat lagi masa mengandung anak pertama, saya pergi ke rumah sepupu. Kebetulan anak-anak beliau tengah makan. Masa tu rasa sangat kagum tengok anak-anak beliau duk makan nasi, sayuran dan lauk pauk. Suasana yang saya jarang dapat lihat.

Kebiasaannya anak-anak kecil ni mana maunya kalau makan nasi dengan sayur. Paling tidak pun gula-gula, biskut dan yang agak “sihat” sikit pun air Vitagen kena ada dan hadap setiap hari. Sebab itulah kebanyakan anak-anak pun nampak terlebih berat atau tak cukup berat.

Umur 6 bulan ke atas boleh beri buah-buahan yang pelbagai

Masa tu saya sempat tanya macam mana beliau boleh buat anak-anak berselera makan sayur. Dari situ saya berazam bila melahirkan anak pertama, di rumah kami nanti anak-anak perlu kenal sayur, nasi dan hadkan pembelian jajan.

Alhamdulillah, sekarang 3 orang anak semuanya boleh terima makan nasi, sayur, buah-buahan dan lauk pauk. Tunggu yang ke-4 ni umur 2 tahun nanti boleh tengok macam mana corak pemakanan dia. Setakat ni masih makan bubur nasi dan pelbagai sayuran.

Tips Bagi Anak Mudah Makan Sayur

Anak-anak akan ikut apa acuan yang kita sediakan di rumah. Secara mudahnya, kalau nak anak-anak makan sayur maka perbanyakkan lah sayur dan buah-buahan di rumah. Ini saya kongsikan cara yang saya buat sejak anak pertama.

1. Kurangkan susu melalui botol

Dari pemerhatian keadaan anak-anak di sekeliling saya, mereka terlalu bergantung kepada susu botol. Sebolehnya hentikan pemberian melalui botol susu seawal umur 2 tahun. Selepas umur 2 tahun, memadai pemberian susu melalui cawan.

Saya pernah jumpa kawan lama, anak beliau umur 7 tahun waktu tu. Kami rancak bersembang tiba-tiba anaknya menangis. Saya tanya kenapa, katanya sebab terlupa bawa susu botol.

Hentikan pemberian susu botol seawal 2 tahun.

“Terlupa bawa susu botol. Umur 7 tahun pun memang kena minum susu sebab kalsium”, beliau nasihatkan saya supaya tetap beri susu botol kepada anak-anak. Selain dari susu, ada banyak lagi makanan yang tinggi dengan kalsium seperti brokoli, kekacang almond, pisang, bayam dan ikan sardin.

Bila anak terlalu bergantung dengan susu botol, macam mana kita nak kenalkan dengan makanan seperti sayuran dan buah-buahan. Secara logiknya, anak akan kenyang selepas minum susu botol dan tak perlukan nasi serta sayuran lagi. Kitaran yang sama akan berulang hinggalah anak dewasa dan mungkin akan jadi seorang yang tak gemar sayur dan buah.

 

2. Hak Terhadap Anak-anak

Kalau difikirkan balik, anak-anak ni adalah amanah. Jadi tugas ibu bapa juga untuk jaga amanah yang Allah beri pinjam ini. Jaga dari segi fizikal, mental dan emosi. Penjagaan fizikal termasuklah untuk beri makan yang baik-baik dan elakkan jajan serta makanan yang tidak berkhasiat.

Kurangkan pembelian Jajan

Bukan senang tapi ianya boleh dilakukan. Semua demi anak kecil yang diamanahkan. Kalau ikutkan, jajan ni memang jadi makanan kegemaran saya di sekolah. Macam mana pun saya perlu kawal dan ubah pemakanan untuk jadi contoh kepada anak-anak.

Sesekali bagi lah merasa jajan

Tapi ada masa kami makan waktu anak-anak dah tidur.

Jangan makan jajan di hadapan anak-anak

Kesian juga kalau makan jajan depan anak-anak sebab mereka perlu menahan nafsu. Alah, umur 3 tahun macam mana lah nak kawal rasa ingin makan jajan tu kan. Paling tidak pun mereka akan berguling dan tunjuk kepakaran tantrum akibat tak dapat jajan yang dikehendaki.

3. Kenalkan dengan Buah-buah dan sayuran

Antara perkara simple tetapi ia boleh ubah perspektif anak-anak terhadap buah iaitu dengan kenalkan serta buat mereka jatuh hati.

Sajikan anak-anak dengan buah di rumah dan di mana sahaja

Bila saya keluar pergi beli barang dapur dengan anak-anak, kami akan ke bahagian buah dan sayuran sambil kenalkan nama buah dan khasiat. Saya juga beri pilihan untuk anak pilih buahan yang mereka sukai. Dari situ, anak-anak akan kenal dan jatuh cinta. Sampai hari ni, kalau habis buahan dalam peti ais, anak-anak yang paling cepat nak restock buah.

Stok buah-buahan perlu ada di rumah

Anak-anak akan ikut acuan yang kita tetapkan. Kalau banyak berjalan di bahagian jajan, maka itulah yang akan dekat di hati anak-anak.

4. Mulakan Seawal yang Mungkin

Pendedahan yang awal terhadap buah-buahan dan sayuran akan membantu bila anak besar nanti. Sebagai ibu bapa, kita lah yang perlu mencorakkan bukan sahaja perangai, tetapi juga pemakanan anak-anak.

Saya mula berikan anak-anak sayur dan buah-buahan seawal umur mereka 6 bulan. Sebolehnya saya akan cuba siapkan sendiri makanan supaya ianya betul tanpa perisa dan pengawet. Apa yang anak makan ialah rasa dan khasiat buah yang sebenar. Sebelum ni saya ingatkan makanan bayi kena beli yang dah siap je. Rupanya buat sendiri lebih senang, cepat dan menyihatkan.

Seawal 6 bulan, pelbagaikan makanan bayi dengan sayuran dan buahan

Antara buah-buahan yang sesuai sebagai permulaan anak-anak untuk makan solid food ialah pisang, lobak merah, ubi manis, epal, pear dan buah naga. Dengan pemberian buah begini, anak-anak dapat melatih deria rasa untuk biasakan dengan rasa yang pelbagai.

Berikan vitamin

Anak sulung saya dulu ada masalah ekzema juga, Alhamdulillah dengan nutrisi lengkap, gejala ekzema dah tak timbul lagi. Anak sulung juga ada banyak episod masuk dan keluar hospital antaranya sebab masalah jangkitan kuman pada paru-paru, cirit birit dan jangkitan kuman pada saluran kencing.

Sebelum kenal vitamin , saya perasan pertahanan badan anak sulung agak lemah walaupun minum susu badan sepenuhnya untuk 6 bulan pertama. Untuk anak-anak lain, daripada umur menjengah 2 tahun, saya mula berikan vitamin untuk lengkapkan nutrisi harian anak-anak.

vitamin untuk anak-anak

Kini, anak-anak dapat lalui hari dengan kesihatan yang lebih baik. Syukur untuk 3 anak seterusnya, mereka tak hadapi masalah yang sama dengan anak sulung.

5. Pelbagaikan Menu Untuk Anak-Anak

Untuk bagi anak makan sayur, saya perlu pelbagaikan menu untuk anak-anak. Ini antara sebab saya lebih senang memasak di rumah.

Pastikan menu sayur sentiasa ada

Sebenarnya saya bukan lah orang yang lahir je terus pandai masak. Sekarang pun masih lagi belajar. Tak pernah terfikir pun akan masak untuk anak-anak dan suami, tapi demi nak beri anak-anak makan sayur, saya tak ada pilihan melainkan untuk jadi rajin. Haha. Antara menu sayur kesukaan anak-anak ialah sayur masak lemak. Yummy.

Syarat di rumah pula, anak-anak perlu makan nasi terlebih dahulu sebelum makan jajan, kalau ada. Hehe. Sebelum makan, segala jenis biskut atau kek tak dibenarkan. Bukan apa, bila dah kenyang makan semua tu, memang tak akan berselera lagi nak makan nasi dan sayur.

Menu makan anak-anak

Setiap kali memasak, saya akan cuba selitkan apa jenis sayar sekalipun. Alhamdulillah, anak-anak boleh terima pelbagai jenis sayur dan buah-buahan.

Kalau ikutkan, beli makanan dari luar atau order dari kedai fast food lebih menyenangkan kerja saya. Tapi mengenangkan banyak kes anak-anak kecil yang hadapi penyakit akibat diet tak seimbang, ia agak merisaukan.

Risiko Kesihatan Diet Tak Seimbang

Sebenarnya, bila anak-anak amalkan diet tak seimbang iaitu tanpa serat dan protein, hanya karbohidrat dan gula dari biskut, mereka akan lebih berisiko untuk menghadapi masalah obesiti. Obesiti boleh jadi penyakit dari keturunan, namun ia juga berpunca dari persekitaran dan pemakanan.

Sebagai ibu bapa, kita lah yang perlu cakna terhadap tumbesaran terutamanya berat dan tinggi anak-anak. Dari situ, ia akan beri petunjuk bahawa BMI (Body Mass Index) ialah normal atau berlebihan.

Lampiran yang digunakan dalam buku pemeriksaan kanak-kanak di klinik kesihatan

Masalah Kesihatan Apabila Berlebihan Berat Badan

Bukan semata-mata nakkan anak makan sayur, tetapi sebenarnya untuk jaga kesihatan jangka masa panjang. Bila anak-anak alami obesiti, ini antara penyakit yang akan menyerang mereka:

Bayangkan anak-anak kecil perlu ulang alik ke hospital disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat. Sebagai ibu bapa, kita perlu ada rasa tanggungjawab untuk ubah tahap kesihatan dari rumah. Tukar makanan yang kita selalu order, tukar menu yang selalu kita masak dan tukar kepada gaya hidup yang lebih sihat.

Reward sesekali boleh makan dessert, namun ia bukan lah menu utama. Anak-anak perlu makan makanan ruji terlebih dahulu haa

Nina Salleh | Empowering moms