Nina Salleh | Coach Diet FBM

10 Wabak Pandemik Sebelum Covid-19 Yang Membunuh Jutaan Manusia

Pertama kali saya tahu tentang perkataan ‘Pandemik’ ialah pada 13 tahun lepas, waktu belajar topik Epidemiology, antara subjek yang terawal belajar di bangku universiti.

Beza endemic, epidemic dan pandemic

Masa tu terfikir macam mana keadaan dunia bila ada sesuatu wabak yang diisytihar pandemic, iaitu apabila sesuatu jangkitan merebak tanpa batasan, ruang dan waktu.

Bilangan kes pula meningkat dengan mendadak, melangkaui sempadan kawasan.

Ini adalah 10 wabak yang memberikan impak dan perubahan besar dalam sejarah kehidupan manusia sebelum Covid-19.

1. Hawar Justinian (541-542AD)

Disebabkan oleh bubonic plague telah mengorbankan sekitar 25 juta orang, ia melemahkan Empayar Byzantin yang sangat gah ketika itu. Dianggarkan setiap hari kematian sekitra 5000 orang dan menjejaskan 40% daripada populasi seluruh bandar.

2. Black Death (1346-1353)

Bermula dari tikus yang dijangkiti merebak ke manusia melalui bubonic plague

Dikenali sebagai Maut Hitam yang disebabkan oleh bubonic plague tersebar di seluruh benua Eropah, ia membunuh sekitar 75 sehingga 200 juta penduduk. Selepas wabak ini, Eropah memerlukan lebih 200 tahun untuk jumlah penduduknya kembali ke jumlah asal.

3. Smallpox (Abad ke 15-17)

Pertama kali dikenalpasti pada tahun 1492 di negara Amerika. 30% yang dijangkiti akan terkorban. Hampir 20 juta rakyat bersamaan 90% populasi yang terjejas.

4. Cholera (1817-1823)

Lebih dikenali sebagai wabak ‘Taun’, mula dikenalpasti di India. Sehingga hari ini, ia menjangkiti 1.3 hingga 4 million orang setiap tahun.

5. Spanish flu atau H1N1 (1918-1919)

Photo by Everett/Shutterstock
1918 Wad Spanish Flu di Camp Funston, Kansas, menunjukkan ramainya pesakit yang dijangkiti dengan virus.

Menjangkiti sekitar 500 juta orang, dan mengakibatkan kematian sehingga 50 juta. Dikatakan ia mula menular kepada askar di Camp Funston yang kemudiannya dihantar ke luar untuk latihan. Dari situ, Spanish Flu terus merebak dan menjangkiti ramai.

6. Hong Kong Flu atau H3N2 (1968-1970)

Mengakibatkan 1 juta kematian, 100 000 adalah dari United States.

7. HIV/AIDS (1981- kini)

AIDS masih merebak sehingga hari ini

Human Immunodeficiency Virus (HIV) adalah sejenis virus yang menyerang sistem pertahanan badan manusia. Kes HIV yang tidak dirawat akan menyebabkan penyakit AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome). Sehingga hari ini masih belum ada rawatan spesifik untuk HIV/AIDS.

Kes pertama dilaporkan pada tahun 1981, namun ia masih menjangkiti dan membunuh orang sehingga hari ini. Sejak 1981, 75 juta orang telah dijangkiti virus HIV, dan 32 juta telah mati disebabkan virus tersebut.

8. SARS (2002-2003)

Penyakit ini disebabkan oleh salah 1 daripada 7 coronavirus yang boleh menjangkiti manusia. Wabak itu bermula di wilayah Guangdong, China dan merebak ke 26 negara. Ia menjangkiti 8000 orang dan mengkibatkan 774 kematian.

9. Swine Flu atau H1N1 (2009-2010)

Ia dikenalpasti daripada virus yang menjangkiti manusia melalui babi. Berbeza dengan penyakit lain, virus ini mengakibatkan kematian mereka yang kebanyakannya berumur kurang dari 65 tahun.

10. Ebola (2014-2016)

Dinamakan bersempena nama sungai, di mana wabak ini pertama kali dikenalpasti. Bermula di perkampungan kecil Guinea, ia merebak ke Afrika Barat dan menyebabkan kematian sekitar 11,000 manusia dari 28,000 yang dijangkiti.

Penularan wabak bukan sahaja mengubah ekonomi, malah status sosial seluruh dunia. Walaupun bukan perkara baru, namun pendekatan untuk mencegah tetap perlu diambil. Sama-samalah berwaspada dengan keadaan wabak Covid-19 hari ini agar ada rasa tanggungjawab dan berusaha untuk mengurangkan penularannya bermula dari diri sendiri.

Nina Salleh