“Saya dah pernah cuba diet sebab nak kurus tapi tak boleh konsisten. Ada juga diberi mealplan, kena makan 5 kali sehari. Saya tak sempat juga nak cari masa untuk makan. Akhirnya, terhenti kat situ je perjalanan diet saya“, aduan seorang ibu yang dah cuba macam-macam cara untuk kurus.
Ini antara isu yang biasa saya jumpa. Sebab tu saya tekad nak bantu lebih ramai ibu-ibu untuk turunkan berat badan terutama selepas melahirkan bayi. Kalau baru-baru bersalin tu boleh diterima, tapi kalau anak dah umur setahun macam saya, tapi berat masih berlebihan dan lemak-lemak pun terbojol, memang kena risau.
Bukan nak kurus cepat sebab nak menunjuk ke apa, tapi lebih kepada kesedaran untuk jaga kesihatan. Bila berat badan berlebihan, memang lebih berisiko untuk dapat penyakit terutama dari gejala insulin resistance.
Dari pengalaman sendiri, nak turunkan berat badan selepas bersalin setiap anak memang tak sama. Kalau 3 orang anak sebelum ni, selepas melahirkan dan berpantang, berat akan kembali ke angka 5 di depan tanpa perlu ubah apa-apa pun. Makan nasi 3 pinggan, makan tanpa kawalan dan tak berhenti makan sebelum kenyang pun. Kiranya nak kurus cepat tu boleh katakan effortless haaa gitu.
Selepas bersalin anak ke-4, berat saya jadi statik antara 65KG daripada 51KG waktu sebelum bersalin. Fuh, memang mencabar nak kurus kali ni. Mungkin disebabkan faktor umur, perubahan hormon dan juga tahap metabolisma.
Cara Nak Kurus Cepat dan Berkesan
Selepas bersalin anak ke-4, perubahan badan saya jadi semakin ketara. Bukan berisi yang biasa-biasa, tapi tahap baju yang sebelum ni boleh pakai elok jadi ketat. Lemak terbojol sana sini Ya Allah, masa ni saya betul-betul perlu buat sesuatu.
Sebenarnya bukan saya tak pernah sertai program diet juga, tapi kebanyakannya yang slack pada mealplan. Banyak yang kena tukar menu rebus, kukus dan makan salad. Sejujurnya saya memang tak reti makan salad. Kalau pergi negara orang putih pun saya akan cari nasi, sekuranynya lauk kari. Pergi makan buffet mana-mana pun ruang salad tu minta maaf lah, saya tak pandang. Haha.
1.Tahu Tujuan Nak Kurus
Ramai orang nak kurus, tapi tak tahu apa tujuan nak kurus. Atau lebih kepada ikut orang. Orang lain nak kurus, dia pun nak ikut sama. Bukan tak boleh kurus tanpa tujuan, cuma risau kalau-kalau lepas dah kurus, terus lupa diri.
Tujuan untuk kurus yang solid dan da matlamat yang jelas akan membantu bukan saja untuk kurus tapi tambah baik kualiti kesihatan. Lagi seronok sebab kita akan jadi ada kesedaran terutama untuk bantu juga orang-orang sekeliling. Letak matlamat akhir seperti nak jaga kesihatan, nak mudahkan beribadah dan nak jaga amanah Allah bagi. Bukan lah nak kurus sebab boipren, nanti kalau clash ke apa, dah kena gemuk semula. Aduh..
2.Pilih Cara Kurus yang Kita Selesa
Sebenarnya, ada banyak mazhab atau cara untuk kurus dengan berkesan. Tetapi persoalannya adakah ia boleh dijadikan gaya hidup atau sekadar untuk kurus yang sementara. Haa, ini bergantung pada diri masing-masing.
Antara cara kurus yang saya tahu dan pernah buat:
Kira kalori
Cara kurus begini perlu tahu berapa keperluan kalori harian untuk capai berat ideal. Setiap hari perlu ada catatan kalori masuk dan keluar dari badan. Kalori yang masuk mesti kurang berbanding kalori yang keluar. Cara ni saya sendiri pernah buat.
Setiap kali nak makan atau minum, perlu catat dan scan barcode guna aplikasi untuk tahu berapa kalori masuk dalam badan. Sejujurnya saya tak mampu nak buat seumur hidup. Itupun saya bertahan untuk catat 3 hari saja.
Eat clean
Cara kurus dengan mengamalkan eat clean pula membenarkan makanan seperti kukus, rebus dan panggang. Biasanya menu yang dibolehkan ialah yang kurang menumis, berlemak dan bebas dari santan. Cara begini juga boleh bantu kurus dengan cepat jika mampu konsisten.
Dengan eat clean, kita perlu lebih banyak memasak sendiri dan elakkan makanan yang sudah diproses.
Cabaran saya sebagai isteri dan ibu kepada 4 orang anak untuk sediakan menu eat clean begini saya perlu siapkan makanan yang berbeza. Iyalah, takkan anak-anak dan suami nak ulang menu sama pulak kan. Dan saya pula walaupun tak berkerja, perlu bahagikan masa untuk komitmen bisnes walaupun hanya online.
Suku-suku Separuh
Cara suku-suku separuh ni sudah biasa dan berleluasa sebab dianjurkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi saya, diet ni agak mencabar tambah bila tak ada pilihan sayur atau buah-buahan yang ada untuk diambil terutama bila makan di luar.
Selepas ketiga-tiga ni saya tak berjaya konsisten, berat badan maintain saja dengan angka 6 di depan menghampiri 70KG. Tak boleh bayangkan macam mana kalau tak jumpa cara yang selesa.
Bakar Lemak
Saya jumpa diet yang promote pembakaran lemak dalam badan. Dengan cara ni, saya boleh makan tanpa kira kalori, boleh makan di luar atau masak sendiri dan yang penting untuk saya sebagai ibu dan isteri, menu masakan semua sesuai untuk seisi keluarga.
Dengan diet ni, tak perlu lagi nak siapkan menu berbeza untuk saya, suami dan anak-anak. Cara ni saya selesa dan boleh buat sebagai gaya hidup, insyaAllah, untuk kekalkan tahap kesihatan dan kurangkan risiko penyakit.
Setakat konsisten selama 4 bulan, saya dah boleh pakai baju-baju yang sebelum ni ketat dan sendat sampai diri sendiri tak sanggup nak tengok. Tak ada lagi lemak terbojol sana sini. Dan paling seronok sebab dengan diet bakar lemak ni betul-betul tak rasa macam tengah diet pun. Tahu-tahu berat turun dan inci kurang dengan banyak.
3.Cari Circle Dalam Perjuangan Sama
Bila dah ada cara diet yang kita selesa, carilah bantuan atau sokongan kumpulan yang dalam perjuangan untuk kurus dengan cara yang sama. Adakan group untuk bersembang di Whatsapp atau sosial media supaya tak rasa keseorangan.
Mungkin di rumah kita hanya sendiri, tetapi secara maya, ramai yang sedang berjuang di luar sana. Penting untuk berada dalam circle supaya tak mudah putus asa selain untuk berkongsi pendapat, idea dan tambah ilmu dari hari ke hari.
4.Paksa Diri untuk Aktif
Dugaan nak dapatkan berat badan ideal ni boleh datang dalam pelbagai bentuk. Sebab tu ramai juga cuba nak kurus, tapi setakat separuh jalan dan kembali ke bentuk badan yang asal. Walaupun boleh pilih cara yang selesa, tetap perlu paksa diri supaya bergerak aktif.
Semakin hari, umur semakin meningkat dan metabolisma serta fungsi badan akan terjejas. Kekal aktif tak semestinya perlu jadi ahli kelab gym, sekurang-kurangnya berjalan, buat kerja rumah, dan ada pergerakan sudah memadai.
5.Perlu Faham Punca Berat Naik
Sebenarnya, cara ni paling penting. Bila faham kenapa berat naik, maka lebih senang nak turunkan. Situasi saya berat badan naik, dan statik lepas bersalin anak ke-4 mungkin faktor umur, metabolisma, perubahan hormon dan semestinya pemakanan.
Dalam kehidupan seharian, sedar tak sedar banyak masa digunakan untuk makan. Buktinya bila tiba bulan Ramadan, terasa banyak masa terluang sebab tak perlu makan waktu siang. Jadi tentulah pemakanan ni antara yang utama perlu diubah bila nak kurus.
Ubah pemakanan akan mengurangkan gejala insulin resistance yang berisiko untuk jadi pembunuh tanpa sedar, bukan saja dapat kurus cepat malah kurangkan risiko penyakit.
6.Bantuan Supplement
Untuk seimbangkan perjalanan turun berat tanpa mengurangkan mikronutrien yang badan perlukan, dapatkan sokongan dari supplement harian.
Biasanya keperluan supplement dalam badan ni tak akan disedari sehingga kulit kelihatan seperti menua lebih dari usia sebab kekurangan collagen, kaki terasa kejang kerana kekurangan mineral dan kalsium, serta otot-otot jadi geleber disebabkan kekurangan protein.
Untuk penjimatan berganda, daftar sebagai ahli di sini. Atau hubungi Pengedar Shaklee Ampang untuk mulakan diet bakar lemak tanpa berlapar hari ini.
Nina Salleh | Empowering moms