Menu

Pengalaman Bersalin Di Hospital Tunku Azizah

Mengandung anak ke empat ni saya memang berhasrat untuk bersalin di hopital baru, iaitu Hospital Tunku Azizah juga dikenali sebagai Hospital Wanita dan Kanak-Kanak. Kalau bersalin anak pertama tahun 2013 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur, ini kali saya nak rasa pengalaman baru di bangunan baru dan suasana yang baru.

Hospital bersalin Kuala Lumpur akhirnya berhenti beroperasi

Kronologi Bersalin Bayi ke-4

Kebiasaannya saya akan bersalin 3 hari awal daripada estimated due date. Selepas seminggu dari tanda pertama bersalin pertama. Kebetulan pula ketiga-tiga anak yang lepas pun lahir pada hari Jumaat. Jadi sangkaan saya bayi ke-4 ini pun akan lahir pada hari Jumaat 3/12/2021.

Tanda-tanda Bersalin

Ini tanda-tanda bersalin yang saya alami sebelum melahirkan bayi. Tanda bersalin boleh jadi berbeza bagi setiap individu. Yang penting, perlu kira pergerakan bayi dengan strict. Kalau rasa bayi kurang bergerak, segera ke hospital yang terdekat.

1. Loose Stools

Hari Jumaat 26/11/2021 saya mula buang air tapi ‘loose stools‘ , waktu ni memang dah ada rasa yang tak lama lagi akan bersalin memandangkan estimated due date pun 6/12/2021. Jadi bila-bila masa saya perlu bersedia. Sebenarnya bila hampir bersalin, sistem badan akan keluarkan hormon yang akan lembutkan otot-otot sebagai persediaan untuk bayi keluar termasuklah sistem pencernaan.

Sebab itu antara satu minggu sebelum bersalin, ibu-ibu akan buang air besar dengan mudah sebab najis jadi lebih lembut. Tak ada masalah sembelit untuk kebanyakan orang.

Lepas ada tanda je ke mana-mana pun wajib bawa bag baby dan buku pink

Waktu ni lah saya mula kemaskan bag baby dan bawa saja ke mana-mana saya pergi.

2.Vaginal Show

Tarikh 1/12/2021 pukul 3.47 pagi saya tersedar untuk buang air kecil. Masuk tandas dan perasan ada sedikit darah bercampur lendir. Dalam hati memang yakin sangat ini maksudnya tanda-tanda kelahiran dah sangat hampir.

Alang-alang bangun buang air kecil, saya terus wudhuk dan buat solat sunat supaya Allah mudahkan urusan kelahiran yang ini dan selamat semuanya. Kemudian saya minum air dan turun ke bawah.

Vaginal show atau mucus plug akan terkeluar bila tanda kelahiran semakin hampir

Bila azan Subuh berkumandang, terasa macam ada cecair pula keluar, rupanya keluar darah pula tapi kali ni tak banyak.

Saya tenang saja bagitahu suami ada tanda-tanda untuk melahirkan. Terus dia bergegas bangun dan masuk bilik air kemain lama macam tengah tidur. Macam yang sebelum ini, suami lah paling panik dan paling gelabah. Kadang-kadang saya ingat beliau yang akan melahirkan.

“Awak buat apa lama-lama dalam tandas?”, saya tanya suami.

“Saya buang air besar. Paksa diri untuk buang air besar sebab nanti kat hospital memang saya susah dah nak buang air besar dekat tandas”, panjang ulasan suami.

Berdekah saya gelak sampai rasa macam nak terkeluar baby dari perut. Sambil layan contraction yang tak terlalu kuat lagi, saya pula masuk ke tandas untuk wudhuk dan solat Subuh.

Yang hairannya saya bukannya nak pergi hospital sekarang pun, kenapa sampai kena paksa diri buang air besar. Haha.

Saya masih lagi boleh tahan sakit dan rasanya belum masa untuk bersalin lagi. Kalau ke hospital, boleh jadi kena masuk wad dulu jadi saya pilih untuk tunggu dan rehat-rehat saja di rumah.

Tapi jangan ikut cara ni sebab atas risiko sendiri dan ia bahaya. Seeloknya kalau rasa sakit terus ke hospital.

3. Contraction yang kerap

Perut juga mengeras sebab contration yang mild tetapi lebih kerap. Dalam 30 saat setiap 20 minit. Bila ada contraction, siap sedia dengan timing dan boleh download aplikasi dalam telefon untuk lihat corak sama ada ia berlaku dalam tempoh masa seakan sama atau tidak.

Guna aplikasi untuk lihat kekerapan contraction

Semakin dekat dengan kelahiran, contraction akan jadi lebih kerap dan lebih intense, boleh jadi 2 kali dalam masa 5 minit.

4. Pecah Ketuban

Tarikh 2/12/2021 jam 12.08 pagi, saya baru nak tidur lepas golek-golek melayan contraction, terasa macam ada “pop” dari dalam. Dalam hati memang dah bercakap sendiri “kejap lagi keluar air ni”. Tak sempat nak bangun ke tandas, mencurah-curah air jernih kekuningan dan bau sedikit hanyir keluar. Habis basah lencun kain yang dipakai dan atas katil pun dengan air ketuban.

Amniotic fluid atau air ketuban yang berfungsi sebagai pelindung kepada bayi

Bila dah pecah ketuban, kali ni memang tak boleh tunggu dah. Kena terus bergegas ke hospital untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman kepada bayi dan jantung bayi boleh jadi lemah.

Air ketuban ialah cecair yang melindungi baby sewaktu dalam perut ibu.

Pengalaman Bersalin Di Hospital Tunku Azizah

Pukul 1.10 pagi kami sampai di Hospital Tunku Azizah (Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur).

Selepas saringan di kaunter, terus masuk ke Obstetrik dan Ginekologi

Kemasukan ke Hospital

Untuk bersalin di Hospital Tunku Azizah, pastikan bawa bersama:

Buku pink wajib untuk bersalin di mana-mana hospital kerajaan
  • Buku merah pemeriksaan mengandung di klinik kesihatan
  • Kad pengenalan ibu
  • Kad nikah

Lokasi hospital ini boleh dicari dengan aplikasi Waze ‘Hospital Tunku Azizah’ dan akan terus dibawa sampai ke kaunter penilaian ibu mengandung (PAC).

Penilaian Ibu Mengandung

Terus ke kaunter untuk penilaian ibu mengandung (PAC) dan perlu isi borang deklarasi Covid-19. Sambil tahan sakit dan pecah ketuban, kena selesaikan isi borang dan jawab soalan yang ditanya.

Antara soalan yang ditanya dalam borang tersebut;

  • Ada jumpa pesakit Covid-19
  • Ada buat Covid-19 test dalam tempoh 14 hari
  • Ada keluar negara dalam tempoh 14 hari
  • Ada jalani kuarantin dalam tempoh terdekat

Ia adalah soalan untuk memastikan ibu boleh terus masuk laluan biasa atau perlu diasingkan sekiranya bergejala atau jawapan “Ya” kepada soalan di atas.

Kriteria suami sebagai peneman di bilik bersalin

Di hospital kerajaan, suami hanya dibenarkan masuk ketika sudah berada di bilik bersalin.

Suami di bilik bersalin

Namun, sejak COvid-19 melanda negara, ada beberapa kriteria yang perlu dipenuhi bagi membolehkan suami untuk meneman isteri sepanjang bertarung untuk melahirkan di dewan bersalin.

  • Sudah menerima 2 dose vaksin lengkap
  • Suami perlu buat ujian RTK dengan keputusan yang di ‘print’ dan ia boleh digunapakai dalam tempoh 3 hari
  • Tidak ada contact dengan pesakit Covid-19 dalam tempoh 2 minggu
  • Bukan dalam tempoh kuarantin

Pemeriksaan Ibu Mengandung

Masuk dalam pula, akan disemak beberapa details dan print sticker nama. Lepas buat semakan nama, perlu masuk untuk ujian air kencing sama ada normal atau sebaliknya.

Kaunter pendaftaran dan semakan nama ibu mengandung

Kemudian, part yang agak lama ialah perlu buat screening dengan nurse dulu memandangkan ini kali pertama datang hospital ni untuk kandungan ke-4.

Nurse bertugas akan mengambil bacaan berat, tekanan darah dann denyut nadi bayi

Kalau dah pernah datang dan dah ada detail jadi tak makan masa yang lama untuk screening ni.

Pemeriksaan oleh pegawai perubatan

Selepas data dimasukkan dalam komputer, pesakit perlu tunggu pula untuk cek bukaan berapa cm. Kebetulan hari ni (atau memang) agak ramai di sini. Jadi kena tunggu dulu sambil layan contraction yang dah datang setiap 5 minit.

Ruang menunggu giliran untuk diperiksa

Pukul 3 lebih baru lah nama dipanggil untuk pemeriksan. Doktor scan dan beritahu anggaran berat 3.2-3.4KG, bayi dah kebawah sangat katanya. Di hospital kerajaan, tak semua doktor yang merawat itu perempuan, ada juga doktor lelaki. Berdoalah supaya dapat hari di mana doktor bertugas ialah perempuan. Hehe.

Bila cek bukaan baru 4 cm, jadi mereka booking dewan bersalin sebab jangkaannya bila-bila masa akan bersalin, jadi tak perlu masuk ke wad maternity. Hooray!

Menunggu giliran tanpa bag tangan, semua barang pegang begini jadi bayangkanlah betapa berterabur haha

Doktor minta nurse buat cardiotocography (CTG) untuk cek jantung bayi dan juga keterukan kontraksi. Masa ni sakit kontraksi terasa lebih intense, jadi saya minta cek bukaan lagi sekali rupanya dah 6cm dalam masa 10 minit.

Bilik Bersalin Hospital Tunku Azizah

Saya terus ditolak ke bilik bersalin. Sebab sakit semakin kuat, rasa seakan memulas untuk buang air besar dan pulas sampai ke pinggul, pinggang dan belakang badan.

Dua orang petugas yang sentiasa berada di bilik sepanjang menahan sakit. Sabar melayan karenah pesakit

Sesampai di bilik bersalin, saya minta lagi cek bukaan sebab memang kali ni dah rasa macam tak tahan sangat. Katanya 6cm juga. Jadi tunggu sekejap dari jam 4.11 pagi.

Saya baring mengiring ke kiri untuk kurangkan rasa sakit. Selain tu, saya cuba tarik nafas dalam-dalam bila sakit datang dan hembus perlahan. Cara ini juga mampu kurangkan rasa sakit.

Selebihnya, banyakkan berzikir termasuk doa Nabi Yunus a.s yang ini,

Basahkan lidah dengan macam-macam zikir. Istighfar, doa mudah urusan dan ingat Allah selalu

Lebih kurang jam 4.27 pagi, saya beritahu nurse,

“Saya dah sakit sangat ni. Baby macam dah nak terkeluar”, kali ini sakit sangat kuat. Sakit memulas seakan taknak berhenti.

“Okay, baring betul, boleh teran dah ni”, pendek tapi jelas ayatnya.

Saya terus baring dengan posisi untuk push baby, masa tu mereka kata dah boleh teran sebab kepala dah keluar. Terus push sekali nafas dan syukur Alhamdulillah, selamat lahirkan bayi perempuan seberat 3.62 kg bayi hari Khamis tepat jam 4.29 pagi.

Syukur hanya pada Allah swt yang memudahkan, memberi kesejahteraan dan mengurniakan zuriat ini.

Bilik bersalin yang lengkap untuk ibu dan bayi

Allahu Akbar, MasyaAllah, tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

Tak terfikir anak seberat tu boleh keluar dari rahim saya. Allah saja tahu perasaan terperanjat bila nurse cakap,

“3.62 KG” nak tergelak ke nak nangis saya pun confuse. Macam tak percaya dan perasaan tu betul-betul tak sangka. Yang saya perasan, lagi bertambah anak lagi berat mereka ni waktu lahir.

Jadi nak tambah yang ke-5 ni saya risau nanti dia pergi 4 flat😂

Suami azan dan iqamahkan bayi di bilik bersalin
Selfie pertama bertiga dengan bayi ke-4 kami

Macam biasa, prosedur di hospital kerajaan sejak sebelum Covid-19 pun tak dibenarkan menunggu. Anak pertama atau ke -10, jaga lah anak sendiri kalau kena bermalam. Itu lah bayaran untuk RM20 kita. Hihi.

Wad Maternity Hospital Tunku Azizah

Selesai semuanya, saya ditolak untuk masuk ke wad maternity bagi tujuan pemerhatian dan pemeriksaan oleh doktor pakar perbidanan dan doktor kanak-kanak untuk bayi.

Beginilah atas trolley untuk ke wad
Keadaan bilik yang selesa

Masuk di wad pula, saya ditempatkan dalam bilik. Disebabkan katil semua penuh, merasalah macam bilik VIP gitu. Sepatutnya bilik yang saya duduk ni untuk seorang, tapi berdua sebab ye lah, ramai sangat bersalin dan wad pun sampai penuh sangat.

Rasa macam check in hospital swasta dah ni
Wad biasa untuk 4 orang

Ada beberapa wad untuk ibu-ibu di Hospital ni.

Ruang 4 orang terbuka

Biasanya, tempat terbuka untuk 4 orang dipisahkan dengan tirai. Ada beberapa saja bilik untuk seorang. Penjawat awam mungkin boleh dapat keistimewaan bilik kelas pertama dan sebagainya.

Bilik yang lengkap dan selesa
Bilik air dengan air panas dan air sejuk. Memang canggih!
Sempat ya mirror selfie

Bilik air pun sangat-sangat canggih berbanding bangunan lama dulu. Kali ni siap dengan air panas dan sejuk. Memang macam hospital swasta. Kebersihan pun tip top tau.

Makanan yang disediakan

Makanan yang disediakan boleh jadi tak sesuai untuk sesetengah ibu bersalin. Jadi kalau makan atas risiko sendiri lah kiranya. Makanan akan dihantar untuk:

  • Makan pagi jam 7
  • Makan tengahari jam 1
  • Makan petang jam 4
  • Makan malam jam 7
Makan tengahari yang sangat sedap dan menyelerakan. Alhamdulillah

Discaj

Selepas penilaian dibuat oleh doktor kanak-kanak dan doktor perubatan wanita, barulah akan diputuskan sama ada boleh balik atau perlu bermalam di hospital.

Terima kasih semua petugas Hospital Tunku Azizah dari PAC hingga ke maternity dan security
Antara kriteria dibenarkan balik bagi ibu:
  • Ibu boleh buang air kecil dan besar
  • Tidak pening dan tak rasa nak pitam bila berjalan
  • Tidak ada darah beku. Yang ini doktor akan buat pemeriksaan tempat bukaan untuk memastikan tiada pendarahan
  • Ibu boleh kemut seperti biasa untuk pastikan tidak ada kerosakan pada saraf
  • Rahim mengalami pengecutan dengan baik
Kriteria dibenarkan balik untuk bayi pula:
  • Kadar pernafasan dan denyutan jantung pada kadar yang normal
  • Tiada masalah pendengaran dan penglihatan
  • Tidak ada masalah kuning terlalu tinggi. Bagi ibu dengan darah jenis O, bayi lebih berisiko untuk mengalami masalah sakit kuning atau neonatal jaundice (NNJ)
  • Buang air besar dan kecil
  • Ujian darah bagi saringan hormon thyroid dan G6PD yang normal
Suami boleh selesaikan bayaran dan tolak isteri guna wheelchair untuk keluar dari wad

Kos Bersalin di Hospital Tunku Azizah

Walaupun hospital ini baru, canggih dan seakan-akan hospital swasta, namun ia tetap sebuah hospital kerjaan. Kadar bayaran masih sama.

Bil untuk pendaftaran
Bil untuk keseluruhan

Kos keseluruhan untuk bersalin normal, tanpa induce, tanpa ubat tahan sakit dan tidak bermalam di wad maternity ialah RM34.50.

Sebelum discaj, buku pink untuk anak perempuan, biru untuk anak lelaki akan diberikan
Vaksinasi yang akan diberikan secara percuma di klinik kesihatan

Lapor Kelahiran di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak

Selepas keluar dari hospital, laporkan kelahiran di mana-mana klinik kesihatan terdekat untuk pemeriksaan ibu dan bayi. Kebiasaannya nurse akan buat lawatan di rumah untuk pemeriksaan luka bersalin ibu dan berat serta sekiranya bayi kuning, perlu buat pemeriksaan darah di klinik.

Temujanji sebulan pula akan diberikan untuk vaksinasi anak-anak secara percuma.

Pemeriksaan oleh pegawai keselamatan untuk memastikan tidak ada kejadian yang tak diingini sebelum discaj

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Sekiranya ada persoalan, boleh tanya di ruangan komen.

Nina Salleh| Empowering Moms

vitamin malaysia

Nak Order Vitamin Shaklee

Pembayaran Boleh Dibuat ke Akaun RHB TBS Wellness (21209500108773) dan Whatsapp Resit Pembayaran Untuk Langkah Seterusnya

33 thoughts

  • Terima kasih ya perkongsian detail, kagum saya baca servis hospital ni, memang saya tengah tercari-cari info pasal hospital wanita dan kanak-kanak ni kebetulan rezeki saya akan bersalin pada bulan 12/2022. Buat saya yakin nak ke sini nanti. Amin.

  • Assalamualaikum sis. Thank you for sharing your experience! ☺️

    Nak tanya, bila sis dah ditolak ke bilik bersalin dan baring atas katil menunggu waktu nak bersalin tu..husband boleh teman tak? Sepanjang waktu tu sampai bersalin?

    Anyway, alhamdulillah tahniah sis atas kelahiran anak ke-4! ☺️

    • Alhamdulillah, semoga beri manfaat:)
      Masa ditolak ke bilik bersalin, husband kena uruskan pendaftaran. Kemudian boleh masuk ke labor room bila pendaftaran selesai. Yep, boleh teman dalam dewan bersalin hingga selamat melahirkan bayi. hehe
      terima kasih sis. Dah nak masuk 7 bulan baby ni haaa, kejap jeee

  • As salam Puan. Terima kasih di atas perkongsian ini. Sy bakal bersalin bulan 8 nanti, InsyaAllah. Boleh saya tahu beberapa perkara?
    1. Perlu ke buat pemeriksaan awal di Hospital ini atau boleh walk in bila dah ada tanda?
    2. Jika dah ada history bersalin di HKL (hospital lama), perlu ke isi maklumat seperti 1st time dtg? Sebab Hospital baru kan, kot la detail pesakit terdahulu telah dihapuskan.

    Terima kasih terlebih dahulu diucapkan.

    • W’salam, saya cuba jawab yang saya tahu ya.
      1) Boleh walk in dan bawa buku pink pemeriksaan di klinik kesihatan ibu&anak je:)
      2)Nanti perlu juga buat pendaftaran macam biasa walaupun pernah bersalin di hospital lama. Mereka akan isikan maklumat kebanyakan sudah dicomputerized:)

    • w’salam, katil ni kalau nak single boleh request first class waktu bayar di kaunter masa daftar nanti, suami buatkan. Tapi biasanya dia tak banyak pun katil single kat hospital kerajaan ni.

  • Assalamualaikum sis.. nak tanya la kan.. masa sis walk in hta tu .. dorg ade cakap x patutnye kene hantar kat hospital lain … Contoh nye macam stay area keramat kene anta kat hospital ampang mcm tu la.. sbb sy takut kene jdi mcm tu .. disbbkan hritu ade sepupu bersalin die pergi hta .. hta ckp awak ni kene pergi hospital ampang sana nun.. terpkse sepupu tipu sunat ckp sy dr kg je ni kg bru

    • W’salam maaf lambat, saya dah reply melalui phone tak masuk pulak. Masa saya, tak ada pulak cakap. dan setahu saya, diorang tak boleh reject pesakit melainkan memang full kat situ. Itu pun kalau dah nak terberanak kena accept dan stabilkan dulu sebelum transfer. Kesian kalau kena reject. Atau boleh semak dengan KKM, nanti ada point nak bagitahu:)

  • bila tengok gambar2, rasa rindu pulak kat tempat ni. Rindu dgn suasana dalam wad lagi2 makanan. bila masuk wad baru berselera makan. Layanan doc & nurses kt HTA mmg terbaik. Dua anak sebelum ni kt HKL. jadi kali ni mmg dapar merasa kt hospital baru.

    btw saya bersalin 30/07/2021, wad 7C. warded awal semiggu sebab baby kurang gerak. Check dkt PAC dah 3cm, Patient toksah ckp la, ramaiiii. bermalam 24 jam kt PAC sbb tak cukup katil. lepas tu baru dapat katil kosong, huaaaaa…. Bersalin waktu PKP, suami memang tak boleh teman. I is redha & pasrah. dlm LR hanya sy & sorang nurse aka bidan. Terpaksa kuatkan mental & fizikal..Alhamdulillah, 30/07/2021 jam 1.58 pagi, keluar seketul gugurl, berat 2.95kg. Now dah setahun umur dia.

    • Pengalaman berharga tu. Itulah Covid-19 ajar kita banyak benda kan. paling takut kalau suami tak boleh teman tapi dah terpaksa memang kena hadap je la. Tahniah sis, apa pun semua selamat Alhamdulillah:)

  • Salam puan, nak tanya.. kalau kita sekarang check up swasta masa lepas tu nak deliver baby dekat Hta kena buka buku pink jugak ke? Atau terus direct sahaja ke hta?

  • Assalamualaikum sis… Nak tanya, kalau ada tanda nak bersalin tuh kita kena refer bahagian mana untuk mendaftar? Sbb sya baru first baby and akan deliver kat HTA nanti…

  • Aslmualaikum Sis, terima kasih di atas prkongsian yg sgt brguna..1 soalan,klu suami nak teman dlm labour room,perlu buat RTK dulu ke?HTA yg akn buat utk suami atau kena buat sendiri kt luar?perlu ke test yg jolok hidung tu atau bole guna yg saliva test kit je?
    Terima kasih

    • w’salam, untuk suami, dia kena buat sendiri. Kena buat RTK, keputusan dari klinik. Yang self test diorang tak terima. Result tu terpakai dalam masa 3 hari. Katalah sakit perut 20/2, suami terus buat. kalau bersalin 21/2 pun boleh guna:)

Leave a Reply

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Whatsapp Nina Salleh
%d bloggers like this: