Ramai yang keliru minum ESP Shaklee ni boleh kurus ke, atau kalau turunkan berat, macam mana cara terbaik untuk minum ESP ni. Sebenarnya ESP Shaklee ni bekalkan protein yang mana sangat penting untuk turunkan berat badan.
Tanpa protein yang cukup, berat akan susah turun. Dan kalau turun pun komposisi badan iaitu lemak dan otot tidak seimbang. Lemak lebih tinggi dan otot akan berkurang.
Kelebihan ESP Shaklee Sesuai Untuk Kurus
1.Mengekalkan Tenaga
Protein dicerna sebelum ianya dibebaskan sebagai tenaga, ia adalah sumber tenaga yang lebih baik untuk jangka masa panjang berbanding karbohidrat.
Pencernaan yang perlahan membantu kita mengekalkan tenaga sepanjang hari, agar boleh melakukan lebih banyak aktiviti dalam sehari.
2.Mengekalkan Ukur Lilit Pinggang
Apabila digabungkan dengan senaman, protein membantu pembentukan otot. Ini sering disalahertikan sebagai penambahan berat badan. Pemakanan tinggi protein meningkatkan metabolisma, penggunaan konsisten protein membantu mengekalkan berat badan.
Pastikan memilih serbuk protein yang tidak mengandungi gula pasir putih supaya tidak menambah ukur lilit pinggang kita ya.
3.Menambah Otot
Protein membentuk dan membina otot. Otot pula membakar kalori, lebih banyak otot yang
kita miliki, maka lebih banyak kalori tubuh boleh terbakar.
Dengan pengambilan protein secara konsisten, kita sedang melatih badan untuk membakar kalori secara berterusan dan meningkatkan metabolisma dan pembakaran lemak.
4.Pilihan Sihat dan Mudah
Shake protein adalah cara terbaik untuk menambah protein tambahan dalam diet anda. Ia juga bertindak sebagai makanan sihat yang mudah berbanding makanan sejuk beku atau makan segera yang tinggi dengan lemak trans.
Mudah diambil dan disediakan, hanya tambah sebuk protein ke dalam minuman kegemaran anda atau air dan kocak untuk tubuh yang lebih sihat.
5.Mengawal Selera Makan
Meningkatkan rembesan hormon peptide YY, yang membantu kita berasa kenyang lebih lama.
Hasilnya, ia membantu mengawal selera makan anda, oleh itu anda makan kalori yang sedikit dalam hidangan seterusnya. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang tinggi protein sebagai hidangan pertama mempunyai kesan yang signifikan dalam mengawal nafsu makan serta pengambilan snek lewat malam.
Cara Minum ESP Shaklee Untuk Kurus
Namun untuk dapat kesan yang ketara, minum ESP perlulah ada caranya. Minum ESP dalam masa 30 minit selepas workout akan meningkatkan penyerapan dan pembinaan otot. Minum protein ESP sebelum makan akan beri kesan mudah kenyang dan lebih ‘puas’.
1.Shake berprotein tinggi
Membekalkan 24g protein untuk membantu kekal kenyang sepanjang sesi senaman, mesyuarat pagi dan pemanduan jarak jauh.
Bahan-bahan
- 3 sudu besar ESP Soy Protein
- 1 genggam badam
- 1 cawan yogurt
- 250ml air
- Ais (pilihan)
Cara-caranya
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar
hingga sebati.
2.Puding Penuh Serat
Cara yang mudah untuk meningkatkan pengambilan serat dan memberikan lebih sokongan kepada sistem pencernaan anda.
Bahan-bahan
- 3 sudu besar ESP Soy Protein
- 5 tablet Shaklee Alfalfa Complex
- 1/4 cawan biji Chia
- 2/3 cawan air
Cara-caranya
1. Masukkan ESP Soy Protein, air, dan biji Chia ke dalam mangkuk dan kacau hingga semua bahan-bahan sebati.
2. Tutup mangkuk dan simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
3. Hidangkan puding di dalam mangkuk atau gelas kecil dan taburkan serbuk Shaklee Alfalfa Complex.
3.Berry Beast
Cara yang lazat bagi mencukupkan antioksida serta protein harian anda untuk kulit yang licin dan berseri.
Bahan-bahan
- 3 sudu besar ESP Soy Protein
- 1 sudu teh Vivix®
- 1/2 cawan beri biru
- 1/2 cawan strawberi
- 250ml air
- Ais (pilihan)
Cara-caranya
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
4.Choco-Nana Crush
Padat dengan bahan-bahan yang meningkatkan tenaga dan sangat sesuai dijadikan sarapan ringkas untuk memulakan hari anda atau minuman penyegar pada waktu tengah hari.
Bahan-bahan
- 3 sudu besar ESP Soy Protein
- 2 sudu besar serbuk coklat
- 1 biji pisang
- 250ml air
- Ais (pilihan)
Cara-caranya
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
5.Snek Sihat
Kukis sihat dan sedap, boleh dinikmati sebagai snek sihat. Kukis yang membekalkan tenaga berpanjangan dengan protein yang tinggi untuk badan.
Bahan-bahan
- 2 skup ESP Soy Protein Isolate Powder
- 1/4 cawan butter atau minyak kelapa
- 2 sudu besar monk fruit (pemanis ialah optional)
- 1/4 cawan badam kisar
- 2 sudu besar santan
- 1/2 cawan Rolled oat atau physillium husk
- 1 sudu kecil Garam Himalaya atau garam laut
- 1/2 sudu kecil Ekstrak vanila
- 1/4 cawan campuran buah kering atau kacang campuran, atau cip coklat 100%
Cara-Caranya
1. Campur dan gaulkan butter, ekstrak vanila dan pemanis ke dalam mangkuk adunan dengan menggunakan sudu.
2. Campurkan bahan-bahan yang selebihnya ke dalam sebatian.
3. Sendukkan 10-12 bebola, jarakkan 2-3 inci antara setiap bebola dan letakkan di atas kertas pembakar anti-melekat.
4. Tekan setiap bebola dengan garpu basah pada satu arah dan diikuti dengan arah yang bertentangan.
5. Bakar pada suhu 160° C selama 15 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan. Susun di atas rak penyejuk selama 10 minit dan nikmati dengan Cinch tea sebagai makanan selepas workout.
Untuk kesan yang optimum, penurunan berat badan yang lebih sihat, amalkan ESP Shaklee setiap hari.
Tekan link ni untuk dapatkan ESP Shaklee pada harga diskaun 15%.
Nina Salleh | Pengedar Shaklee Ampang