Nina Salleh | Coach Diet FBM

Pengalaman Bersalin Di Hospital Tunku Azizah

Mengandung anak ke empat ni saya memang berhasrat untuk bersalin di hopital baru, iaitu Hospital Tunku Azizah juga dikenali sebagai Hospital Wanita dan Kanak-Kanak. Kalau bersalin anak pertama tahun 2013 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur, ini kali saya nak rasa pengalaman baru di bangunan baru dan suasana yang baru.

Hospital bersalin Kuala Lumpur akhirnya berhenti beroperasi

Kronologi Bersalin Bayi ke-4

Kebiasaannya saya akan bersalin 3 hari awal daripada estimated due date. Selepas seminggu dari tanda pertama bersalin pertama. Kebetulan pula ketiga-tiga anak yang lepas pun lahir pada hari Jumaat. Jadi sangkaan saya bayi ke-4 ini pun akan lahir pada hari Jumaat 3/12/2021.

Tanda-tanda Bersalin

Ini tanda-tanda bersalin yang saya alami sebelum melahirkan bayi. Tanda bersalin boleh jadi berbeza bagi setiap individu. Yang penting, perlu kira pergerakan bayi dengan strict. Kalau rasa bayi kurang bergerak, segera ke hospital yang terdekat.

1. Loose Stools

Hari Jumaat 26/11/2021 saya mula buang air tapi ‘loose stools‘ , waktu ni memang dah ada rasa yang tak lama lagi akan bersalin memandangkan estimated due date pun 6/12/2021. Jadi bila-bila masa saya perlu bersedia. Sebenarnya bila hampir bersalin, sistem badan akan keluarkan hormon yang akan lembutkan otot-otot sebagai persediaan untuk bayi keluar termasuklah sistem pencernaan.

Sebab itu antara satu minggu sebelum bersalin, ibu-ibu akan buang air besar dengan mudah sebab najis jadi lebih lembut. Tak ada masalah sembelit untuk kebanyakan orang.

Lepas ada tanda je ke mana-mana pun wajib bawa bag baby dan buku pink

Waktu ni lah saya mula kemaskan bag baby dan bawa saja ke mana-mana saya pergi.

2.Vaginal Show

Tarikh 1/12/2021 pukul 3.47 pagi saya tersedar untuk buang air kecil. Masuk tandas dan perasan ada sedikit darah bercampur lendir. Dalam hati memang yakin sangat ini maksudnya tanda-tanda kelahiran dah sangat hampir.

Alang-alang bangun buang air kecil, saya terus wudhuk dan buat solat sunat supaya Allah mudahkan urusan kelahiran yang ini dan selamat semuanya. Kemudian saya minum air dan turun ke bawah.

Vaginal show atau mucus plug akan terkeluar bila tanda kelahiran semakin hampir

Bila azan Subuh berkumandang, terasa macam ada cecair pula keluar, rupanya keluar darah pula tapi kali ni tak banyak.

Saya tenang saja bagitahu suami ada tanda-tanda untuk melahirkan. Terus dia bergegas bangun dan masuk bilik air kemain lama macam tengah tidur. Macam yang sebelum ini, suami lah paling panik dan paling gelabah. Kadang-kadang saya ingat beliau yang akan melahirkan.

“Awak buat apa lama-lama dalam tandas?”, saya tanya suami.

“Saya buang air besar. Paksa diri untuk buang air besar sebab nanti kat hospital memang saya susah dah nak buang air besar dekat tandas”, panjang ulasan suami.

Berdekah saya gelak sampai rasa macam nak terkeluar baby dari perut. Sambil layan contraction yang tak terlalu kuat lagi, saya pula masuk ke tandas untuk wudhuk dan solat Subuh.

Yang hairannya saya bukannya nak pergi hospital sekarang pun, kenapa sampai kena paksa diri buang air besar. Haha.

Saya masih lagi boleh tahan sakit dan rasanya belum masa untuk bersalin lagi. Kalau ke hospital, boleh jadi kena masuk wad dulu jadi saya pilih untuk tunggu dan rehat-rehat saja di rumah.

Tapi jangan ikut cara ni sebab atas risiko sendiri dan ia bahaya. Seeloknya kalau rasa sakit terus ke hospital.

3. Contraction yang kerap

Perut juga mengeras sebab contration yang mild tetapi lebih kerap. Dalam 30 saat setiap 20 minit. Bila ada contraction, siap sedia dengan timing dan boleh download aplikasi dalam telefon untuk lihat corak sama ada ia berlaku dalam tempoh masa seakan sama atau tidak.

Guna aplikasi untuk lihat kekerapan contraction

Semakin dekat dengan kelahiran, contraction akan jadi lebih kerap dan lebih intense, boleh jadi 2 kali dalam masa 5 minit.

4. Pecah Ketuban

Tarikh 2/12/2021 jam 12.08 pagi, saya baru nak tidur lepas golek-golek melayan contraction, terasa macam ada “pop” dari dalam. Dalam hati memang dah bercakap sendiri “kejap lagi keluar air ni”. Tak sempat nak bangun ke tandas, mencurah-curah air jernih kekuningan dan bau sedikit hanyir keluar. Habis basah lencun kain yang dipakai dan atas katil pun dengan air ketuban.

Amniotic fluid atau air ketuban yang berfungsi sebagai pelindung kepada bayi

Bila dah pecah ketuban, kali ni memang tak boleh tunggu dah. Kena terus bergegas ke hospital untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman kepada bayi dan jantung bayi boleh jadi lemah.

Air ketuban ialah cecair yang melindungi baby sewaktu dalam perut ibu.

Pengalaman Bersalin Di Hospital Tunku Azizah

Pukul 1.10 pagi kami sampai di Hospital Tunku Azizah (Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur).

Selepas saringan di kaunter, terus masuk ke Obstetrik dan Ginekologi

Kemasukan ke Hospital

Untuk bersalin di Hospital Tunku Azizah, pastikan bawa bersama:

Buku pink wajib untuk bersalin di mana-mana hospital kerajaan

Lokasi hospital ini boleh dicari dengan aplikasi Waze ‘Hospital Tunku Azizah’ dan akan terus dibawa sampai ke kaunter penilaian ibu mengandung (PAC).

Penilaian Ibu Mengandung

Terus ke kaunter untuk penilaian ibu mengandung (PAC) dan perlu isi borang deklarasi Covid-19. Sambil tahan sakit dan pecah ketuban, kena selesaikan isi borang dan jawab soalan yang ditanya.

Antara soalan yang ditanya dalam borang tersebut;

Ia adalah soalan untuk memastikan ibu boleh terus masuk laluan biasa atau perlu diasingkan sekiranya bergejala atau jawapan “Ya” kepada soalan di atas.

Kriteria suami sebagai peneman di bilik bersalin

Di hospital kerajaan, suami hanya dibenarkan masuk ketika sudah berada di bilik bersalin.

Suami di bilik bersalin

Namun, sejak COvid-19 melanda negara, ada beberapa kriteria yang perlu dipenuhi bagi membolehkan suami untuk meneman isteri sepanjang bertarung untuk melahirkan di dewan bersalin.

Pemeriksaan Ibu Mengandung

Masuk dalam pula, akan disemak beberapa details dan print sticker nama. Lepas buat semakan nama, perlu masuk untuk ujian air kencing sama ada normal atau sebaliknya.

Kaunter pendaftaran dan semakan nama ibu mengandung

Kemudian, part yang agak lama ialah perlu buat screening dengan nurse dulu memandangkan ini kali pertama datang hospital ni untuk kandungan ke-4.

Nurse bertugas akan mengambil bacaan berat, tekanan darah dann denyut nadi bayi

Kalau dah pernah datang dan dah ada detail jadi tak makan masa yang lama untuk screening ni.

Pemeriksaan oleh pegawai perubatan

Selepas data dimasukkan dalam komputer, pesakit perlu tunggu pula untuk cek bukaan berapa cm. Kebetulan hari ni (atau memang) agak ramai di sini. Jadi kena tunggu dulu sambil layan contraction yang dah datang setiap 5 minit.

Ruang menunggu giliran untuk diperiksa

Pukul 3 lebih baru lah nama dipanggil untuk pemeriksan. Doktor scan dan beritahu anggaran berat 3.2-3.4KG, bayi dah kebawah sangat katanya. Di hospital kerajaan, tak semua doktor yang merawat itu perempuan, ada juga doktor lelaki. Berdoalah supaya dapat hari di mana doktor bertugas ialah perempuan. Hehe.

Bila cek bukaan baru 4 cm, jadi mereka booking dewan bersalin sebab jangkaannya bila-bila masa akan bersalin, jadi tak perlu masuk ke wad maternity. Hooray!

Menunggu giliran tanpa bag tangan, semua barang pegang begini jadi bayangkanlah betapa berterabur haha

Doktor minta nurse buat cardiotocography (CTG) untuk cek jantung bayi dan juga keterukan kontraksi. Masa ni sakit kontraksi terasa lebih intense, jadi saya minta cek bukaan lagi sekali rupanya dah 6cm dalam masa 10 minit.

Bilik Bersalin Hospital Tunku Azizah

Saya terus ditolak ke bilik bersalin. Sebab sakit semakin kuat, rasa seakan memulas untuk buang air besar dan pulas sampai ke pinggul, pinggang dan belakang badan.

Dua orang petugas yang sentiasa berada di bilik sepanjang menahan sakit. Sabar melayan karenah pesakit

Sesampai di bilik bersalin, saya minta lagi cek bukaan sebab memang kali ni dah rasa macam tak tahan sangat. Katanya 6cm juga. Jadi tunggu sekejap dari jam 4.11 pagi.

Saya baring mengiring ke kiri untuk kurangkan rasa sakit. Selain tu, saya cuba tarik nafas dalam-dalam bila sakit datang dan hembus perlahan. Cara ini juga mampu kurangkan rasa sakit.

Selebihnya, banyakkan berzikir termasuk doa Nabi Yunus a.s yang ini,

Basahkan lidah dengan macam-macam zikir. Istighfar, doa mudah urusan dan ingat Allah selalu

Lebih kurang jam 4.27 pagi, saya beritahu nurse,

“Saya dah sakit sangat ni. Baby macam dah nak terkeluar”, kali ini sakit sangat kuat. Sakit memulas seakan taknak berhenti.

“Okay, baring betul, boleh teran dah ni”, pendek tapi jelas ayatnya.

Saya terus baring dengan posisi untuk push baby, masa tu mereka kata dah boleh teran sebab kepala dah keluar. Terus push sekali nafas dan syukur Alhamdulillah, selamat lahirkan bayi perempuan seberat 3.62 kg bayi hari Khamis tepat jam 4.29 pagi.

Syukur hanya pada Allah swt yang memudahkan, memberi kesejahteraan dan mengurniakan zuriat ini.

Bilik bersalin yang lengkap untuk ibu dan bayi

Allahu Akbar, MasyaAllah, tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

Tak terfikir anak seberat tu boleh keluar dari rahim saya. Allah saja tahu perasaan terperanjat bila nurse cakap,

“3.62 KG” nak tergelak ke nak nangis saya pun confuse. Macam tak percaya dan perasaan tu betul-betul tak sangka. Yang saya perasan, lagi bertambah anak lagi berat mereka ni waktu lahir.

Jadi nak tambah yang ke-5 ni saya risau nanti dia pergi 4 flat😂

Suami azan dan iqamahkan bayi di bilik bersalin
Selfie pertama bertiga dengan bayi ke-4 kami

Macam biasa, prosedur di hospital kerajaan sejak sebelum Covid-19 pun tak dibenarkan menunggu. Anak pertama atau ke -10, jaga lah anak sendiri kalau kena bermalam. Itu lah bayaran untuk RM20 kita. Hihi.

Wad Maternity Hospital Tunku Azizah

Selesai semuanya, saya ditolak untuk masuk ke wad maternity bagi tujuan pemerhatian dan pemeriksaan oleh doktor pakar perbidanan dan doktor kanak-kanak untuk bayi.

Beginilah atas trolley untuk ke wad
Keadaan bilik yang selesa

Masuk di wad pula, saya ditempatkan dalam bilik. Disebabkan katil semua penuh, merasalah macam bilik VIP gitu. Sepatutnya bilik yang saya duduk ni untuk seorang, tapi berdua sebab ye lah, ramai sangat bersalin dan wad pun sampai penuh sangat.

Rasa macam check in hospital swasta dah ni
Wad biasa untuk 4 orang

Ada beberapa wad untuk ibu-ibu di Hospital ni.

Ruang 4 orang terbuka

Biasanya, tempat terbuka untuk 4 orang dipisahkan dengan tirai. Ada beberapa saja bilik untuk seorang. Penjawat awam mungkin boleh dapat keistimewaan bilik kelas pertama dan sebagainya.

Bilik yang lengkap dan selesa
Bilik air dengan air panas dan air sejuk. Memang canggih!
Sempat ya mirror selfie

Bilik air pun sangat-sangat canggih berbanding bangunan lama dulu. Kali ni siap dengan air panas dan sejuk. Memang macam hospital swasta. Kebersihan pun tip top tau.

Makanan yang disediakan

Makanan yang disediakan boleh jadi tak sesuai untuk sesetengah ibu bersalin. Jadi kalau makan atas risiko sendiri lah kiranya. Makanan akan dihantar untuk:

Makan tengahari yang sangat sedap dan menyelerakan. Alhamdulillah

Discaj

Selepas penilaian dibuat oleh doktor kanak-kanak dan doktor perubatan wanita, barulah akan diputuskan sama ada boleh balik atau perlu bermalam di hospital.

Terima kasih semua petugas Hospital Tunku Azizah dari PAC hingga ke maternity dan security
Antara kriteria dibenarkan balik bagi ibu:
Kriteria dibenarkan balik untuk bayi pula:
Suami boleh selesaikan bayaran dan tolak isteri guna wheelchair untuk keluar dari wad

Kos Bersalin di Hospital Tunku Azizah

Walaupun hospital ini baru, canggih dan seakan-akan hospital swasta, namun ia tetap sebuah hospital kerjaan. Kadar bayaran masih sama.

Bil untuk pendaftaran
Bil untuk keseluruhan

Kos keseluruhan untuk bersalin normal, tanpa induce, tanpa ubat tahan sakit dan tidak bermalam di wad maternity ialah RM34.50.

Sebelum discaj, buku pink untuk anak perempuan, biru untuk anak lelaki akan diberikan
Vaksinasi yang akan diberikan secara percuma di klinik kesihatan

Lapor Kelahiran di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak

Selepas keluar dari hospital, laporkan kelahiran di mana-mana klinik kesihatan terdekat untuk pemeriksaan ibu dan bayi. Kebiasaannya nurse akan buat lawatan di rumah untuk pemeriksaan luka bersalin ibu dan berat serta sekiranya bayi kuning, perlu buat pemeriksaan darah di klinik.

Temujanji sebulan pula akan diberikan untuk vaksinasi anak-anak secara percuma.

Pemeriksaan oleh pegawai keselamatan untuk memastikan tidak ada kejadian yang tak diingini sebelum discaj

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Sekiranya ada persoalan, boleh tanya di ruangan komen.

Nina Salleh| Empowering Moms