Coach Diet FBM & GGA

Pencapaian Bisnes Online Masa PKP

Seingat saya tahun 2020 ialah yang paling rakyat Malaysia nantikan. Sekitar tahun 1998, waktu saya darjah 4 lagi, perasaan teruja nak menuju wawasan 2020 dah membuak-buak. Terbayanglagi  22 tahun jalan raya akan kosong sebab semua kereta dapat terbang.

Tak pula kita jangka yang tahun 2020 akan ada perintah kawalan pergerakan (PKP) yang menghentikan pergerakan hampir semua sektor.

Wawasan 2020 Terkubur Tanpa Dijangka

Wawasan 2020 rupanya satu tragedi buat kita, bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia terlibat. Tahun itu, Bumi seakan-akan berehat, penat dan lelah dengan karenah manusia. Kita dilanda ketakutan dengan wabak Covid-19 yang mengganas.

Tahun 2020 di mana tiada siapa yang boleh menduga, se gah syarikat setara AirAsia pun terpaksa dihentikan operasi dan lebih 30,000 syarikat terpaksa gulung tikar.

Tidak ada yang boleh agak, tahun 2020 menyebabkan ramai yang terpaksa dihentikan perkhidmatan. Tidak ada siapa dapat jangka kerjaya hebat seperti juruterbang pun turut sama boleh hilang perkerjaan.

Kapal terbang tidak dapat lagi beroperasi, keluar masuk ke negara lain dihentikan serta merta, anak-anak terpisah dengan ibu bapa, suami terpaksa berjauhan lama dengan isteri, pergerakan ekonomi juga sangat perlahan.

Itu realiti tahun 2020 yang menyakitkan.

Tahun 2021 Pastinya Lebih Baik

Memasuki tahun 2021 dengan harapan ia akan lebih baik. Rupanya tahun 2020 ialah persediaan untuk menghadapi tahun 2021.

Pengalaman saya sendiri yang ngeri dan paling mengingatkan pada kematian ialah waktu hampir seluruh keluarga positif Covid-19 pada pertengahan tahun, termasuk saya yang mengandung 14 minggu waktu itu.

Walaupun sakit bukan lah syarat untuk sebuah kematian, menjadi salah seorang pesakit Covid-19 benar-benar perlukan mental yang kuat dan sokongan padu dari ahli keluarga dan kawan-kawan.

Akhir tahun pula hampir satu keluarga juga dijangkiti demam denggi. Saya mengandung 37 minggu dan perlu menjaga anak-anak dalam wad. Sakit mengandung dan sakit menjaga orang demam denggi hampir buatkan saya jadi hilang diri sendiri.

Puteri ke-4 yang lahir pada 2/12/2021

Menutup tirai tahun 2021 dengan kelahiran puteri kami yang ke-4. Itu cerita keluarga.

Pencapaian bisnes online masa PKP

Di sebalik kesusahan dan ujian, ada hikmah yang banyak untuk pencapaian TBS Wellness sepanjang masa PKP.

Walaupun operasi hanyalah secara online semata-mata sebab branch Shaklee juga tutup, coaching juga melalui aplikasi Zoom dan jumpa pelanggan hanya secara maya, syukurnya bisnes kami berkembang dengan laju merentas negeri di seluruh Malaysia.

Di sebalik ujian, ada rahmat

Buat julung kalinya, jualan bualanan kami mencecah 6 angka secara konsisten bermula pada waktu PKP yang pertama. Alhamdulillah, siapa sangka dengan bisnes online sepenuhnya dari rumah di waktu mencabar, team TBS Wellness berjaya capai jumlah jualan tertinggi.

Permintaan Vitamin Yang Tinggi

Ia adalah jualan kumpulan yang mana melibatkan barisan pemimpin perniagaan di bawah TBS Wellness. Ia tak mungkin dapat dilaksanakan tanpa mereka yang menjadi tulang belakang TBS Wellness.

Barisan tulang belakang TBS Wellness

Jualan pecah rekod disebabkan permintaan yang sangat tinggi di luar jangkaan para pengedar dan pihak Shaklee Malaysia sendiri. Yang mengejutkan ialah rak vitamin di semua cawangan Shaklee seluruh Malaysia hampir kosong.

Jualan keseluruhan Shaklee Malaysia juga meningkat sehingga 600% membuktikan ramai pengguna baru yang mula mengamalkan vitamin untuk kesihatan yang lebih baik.

Waktu Covid-19 melanda negara, ramai yang ada kesedaran bahawa kekayaan harta benda tanpa kesihatan tubuh badan tidak akan memberi makna pada kehidupan. Sebab itu ramai yang sanggup beli vitamin C sebagai ikhtiar untuk kuatkan ketahanan badan hingga licin stok Vita-C plus Shaklee di seluruh Malaysia.

Pertambahan Ahli Baru Untuk Bisnes

Selain jualan yang mencecah 6 angka dan pecah rekod kerana konsisten untuk 12 bulan berturut-turut, ramai juga ahli baru yang nak bisnes online masa PKP.

Perjumpaan bersama team TBS Wellness yang baru mula bisnes waktu PKP

Kelas bisnes secara online

Antara kelebihan mereka yang berdaftar dengan TBS Wellness ialah dapat bimbingan secara terus dari saya sendiri, peluang untuk belajar teknik pemasaran tanpa modal, kelas produk dari ahli nutrisi bertauliah serta sesi bersemuka untuk tingkatkan kefahaman.

Salah satu sesi bersemuka dengan team TBS Wellness di Kota Bharu

Pencapaian dan Pengiktirafan

Sebagai pemimpin TBS Wellness, saya berbangga malah tanpa TBS Warriors, saya tidak mungkin ada di sini hari ini. Setiap pencapaian yang ada pada hari ini adalah hasil kerja keras para pemimpin dan juga mereka yang bisnes bersama TBS Wellness. Tahun 2022 saya nak bantu lebih ramai untuk dapat rasai banyak lagi peluang yang Shaklee tawarkan.

Naik Pangkat Dalam Shaklee

Tahun 2020/2021 saya berjaya naik pangkat ke-5 dalam Shaklee iaitu sebagai Key Coordinator.

Kenaikan pangkat dalam Shaklee melambangkan kekuatan kumpulan dan bisnes yang semakin berkembang. Ayuh sama-sama untuk saya bimbing kalian dengan bisnes online yang terbukti telah ubah banyak kehidupan.

Personal group Growth

Saya juga menerima anugerah Personal Group Growth untuk tahun 2020/2021. Anugerah ini bagi mengiktiraf kumpulan individu dengan pendaftaran ahli baru yang membuat pembelian pertama minimum sebanyak lebih kurang RM400.

Personal Group Growth trophy

Lebih banyak ahli baru yang mendaftar, lebih besarlah peluang untuk dapat anugerah ini. Syukur sebab ramai yang mendaftar bersama TBS Wellness masa PKP. Ia adalah amanah untuk saya pikul bagi membantu mereka untuk capai cita-cita melalui bisnes ini.

Star Achiever Award

Anugerah tahunan yang diberikan kepada pemimpin perniagaan Shaklee. Tahun ini lebih ramai dari team saya yang layak untuk terima anugerah ini.

Car Bonus Achiever

Sepanjang tahun 2020, TBS Wellness melahirkan penerima bonus kereta iaitu mereka yang berjaya cukupkan syarat kelayakan dalam car subsidy program . Ia adalah program di mana para pemimpin perniagaan Shaklee akan menerima bonus tambahan dalam bentuk tunai yang akan dikreditkan bersama komisen bulanan dalam akaun masing-masing.

Lunch buffet di hotel 5 bintang untuk car bonus achiever
Layak untuk Trip Antarabangsa

Tahun 2016/2017, hanya saya seorang yang layak untuk terima hadiah trip percuma Shaklee.

Tahun 2018/2019 pula ada 2 orang yang layak termasuk saya.

Untuk tahun 2020/2021 iaitu semasa PKP, mereka yang layak terima trip percuma tajaan Shaklee dalam team TBS Wellness ada 3 orang semuanya.

Segala pujian bagi Allah atas rezeki dan pencapaian hebat semua pemimpin perniagaan di bawah TBS Wellness.

RM12,150 tunai diberikan sebagai ganti trip antarabangsa yang tak dapat dilaksanakan

Disebabkan PKP, percutian tidak dapat diteruskan dan kami diberikan dengan wang tunai sebagai ganti.

Untuk tahun 2021/2022 saya nak bantu lebih ramai untuk rasai sendiri pengalaman trip percuma yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Yang suka bercuti, daftar segera untuk saya bantu dapatkan trip percuma ini.

Growth Bonus

Sempena 25 tahun operasi syarikat Shaklee di Malaysia secara rasmi, saya bersama 2 orang lagi pemimpin perniagaan TBS Wellness yang layak untuk dapat growth bonus.

Hadiah wang tunai RM1000 diberikan kepada setiap seorang dari kami.

Penerima Shaklee growth bonus
Komisen Bulanan Yang Meningkat

Bila saya lihat balik, banyak sungguh rezeki yang tidak disangka-sangka untuk sepanjang masa PKP.

Sebenarnya bisnes bersama saya di TBS Wellness sama seperti sistem dropship , tidak perlu simpan barang atau buat belian terlebih dahulu. Pelanggan bayar, barulah saya akan buat pembelian untuk dihantar kepada mereka.

Macam tak percaya tapi inilah realitinya

Sehingga hari ini, komisen bulanan yang saya terima sudah melebihi RM400,000. Cukup RM1 juta pendapatan terkumpul nanti akan diiktiraf sebagai Million dollar earner dari Shaklee pula.

Apa yang saya buat dan ajar seluruh team untuk menggunakan internet sahaja. Banyak lagi peluang yang Shaklee tawarkan untuk mereka yang serius membina bisnes demi membantu lebih ramai untuk beroleh kesihatan yang lebih baik.

Dengan Shaklee, saya temui bisnes yang beri kebebasan masa dan wang. Bisnes ini boleh dibuat sambil menjaga anak-anak dan menguruskan rumahtangga.

Bisnes masih berjalan seperti biasa sambil menjaga anak di hospital

Ia adalah bisnes yang fleksibel untuk semua terutama buat ibu dan isteri macam saya, nak tambah pendapatan dalam masa yang sama nak berada di rumah sahaja.

Sekiranya berminat dengan bisnes ini, boleh baca Cara Untuk Mula Bisnes Tanpa Modal. Semoga tahun 2022 lebih baik untuk kita semua.

Nina Salleh | Empowering Moms