Memandangkan Singapore ni antara negara yang dekat dengan Malaysia, saya nak kongsikan cara masuk ke Singapore naik kereta sendiri. Bukan saja jimat, malah lebih senang nak ke mana-mana lagipun prosedur nya tak rumit pun.
Alang-alang kalau dah sampai ke Johor tu, bawa je passport siap-siap kot-kot nak seberang ke Singapore boleh zasss terus jalan. hihi. Tambahan lagi kalau macam saya, nak berjalan dengan anak-anak yang ramai, naik kereta sendiri lebih mudah dan masa pun fleksible.
Saya suka kalau naik kereta sebab lebih senang nak angkut barang yang banyak macam baju yang tahu maana satu nak pakai, tudung dan kasut persalinan anak-anak termasuklah vitamin harian untuk anak-anak dan diri sendiri. Nak pastikan waktu berjalan nanti kesihatan anak-anak pun di tahap optimum.
Jangan risau kalau tak tahu jalan, itu bukan lagi masalah sebab sekarang ni kita boleh guna aplikasi Waze. Taip je siap-siap mana destinasi nak tuju, tinggal pandu kereta je. Lagipun tambang teksi kat sana kalau ditukar ke ringgit Malaysia boleh pengsan juga tau.
Jalan untuk Masuk ke Singapore
Dari lebuhraya di Johor, ada 2 pilihan (yang saya tahu) untuk ke Singapore. Biasanya kalau dari Kuala Lumpur kami akan terus exit Tuas. Kalau ada di sekitar bandar Johor, kami exit Woodlands. Mana-mana exit pun akan perlukan cara dan prosedur yang sama sahaja. Jadi tak kisah lah nak exit mana pun ya.
Cara Masuk Singapore Naik Kereta Sendiri
Selain dari destinasi tujuan dan juga duit yang mencukupi, ini 4 perkara penting yang mesti dipatuhi kalau nak masuk ke Singapore dengan kereta.
1. Lesen Memandu
Lesen memandu memang boleh guna yang dari Malaysia saja. Tetapi perlu pastikan lesen sudah diperbaharui. Kalau masuk Singapore nak naik kereta paling utama kena ada lesen memandu tau.
Pernah terjadi kes kenalan saya, yang lesen memandu beliau tamat tempoh. Kisahnya dah masuk Singapura tapi tak perasan lesen dah mati. Kadang-kadang macam tu lah saya sendiri terlupa bila renew 5 tahun sekali. Tengok-tengok dah tamat lebih 5 bulan. Kat Malaysia masih boleh bertoleransi dengan pihak polis, tapi di sana memang tegas yang menakutkan ya.
Kisah yang lesen tamat tempoh tadi, bila sampai je di imigresen sebelah Singapura, dia kena saman RM3000. Tanpa kompromi. Bayangkan perasaan masa tu kalau duit pun bawa cukup-cukup untuk makan dan jalan-jalan saja, memang melingkup dalam penjara sebab nak lepas imigresen untuk masuk semula ke Malaysia pun perlu selesaikan saman terlebih dahulu.
Sangat strict ya dan kita memang takkan dilepaskan dengan mudah selagi saman belum dijelaskan. Kena duduk dalam bilik sejuk dekat imigresen sana terkontang kanting hingga selesai. Huhu.
Jadi pastikan sebelum mulakan perjalanan, lesen memandu belum tamat tempoh.
2. Download app ‘SG Arrival Card’
Sebelum ada aplikasi ni, setiap kemasukan perlu diisi dalam borang “white card” yang diberikan di imigresen. Tapi sekarang, zaman teknologi sudah semakin ke depan, maka semuanya di hujung jari. Muat turun aplikasi “White card arrival” dari Google Play atau App Store yang menggantikan white card yang biasa.
Inilah white card biasa yang perlu diisi sebelum adanya aplikasi SG Arrival Card. Maklumat perlu diisi dalam white card yang kemudian perlu diserahkan kepada Imigresen Singapore. Sekarang dengan SG arrival card, ia lebih mudah dan jimatkan masa.
3. Autopass Card (Vehicle Entry Permit)
Seperti namanya, kad ini adalah sebagai permit membawa masuk kenderaan ke Singapore.
Di Singapura, kad ini sangat penting. Untuk masuk parking, tol dan akses ke tempat tertentu. Sebab tu awal-awal masuk imigresen perkara pertama pastikan dah beli autopass. Autopass ni tak boleh dikongsi dengan kereta berlainan jenis. Setiap kereta dan jenis serta nombor pendaftaran memerlukan autopass sendiri.
Kalau nak guna kereta yang belum pernah bawa masuk ke Singapore, maknanya perlu dapatkan VEP terlebih dahulu. Kegunaan VEP dalam Singapore sangatlah meluas antaranya untuk parking di tempat tertentu atau pun laluan tol.
Jalan raya di Singapore tak ada kaunter tol macam di Malaysia. Di sana hanya ada palang yang kita pun kadang-kadang tak perasan lalu bawah tu.
Bila lalu bawah palang, memang tak ada bunyi atau apa-apa signal. Tahu-tahu je sebelum exit Singapore nanti boleh jadi kena tambah duit dalam VEP kad ni untuk langsaikan jumlah tol.
Kalau jumlah tol dan parking tak melebihi baki yang ada dalam kad, maka selamatlah boleh keluar tanpa apa-apa bayaran pun.
Dulu kad VEP ni boleh dibeli dari kaunter imigresen Singapore sahaja sehinggalah selepas Covid-19 menyerang. Selepas Covid-19, segalanya berubah dan pembelian VEP pun hanya perlu dibuat melalui atas talian sahaja.
Pembelian kad VEP secara atas talian perlu dibuat sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh masuk ke Singapore. Untuk pengesahan pembelian, 1oSGD perlu dikreditkan dalam kad VEP terlebih dahulu. Setiap kereta perlukan VEP kad tersendiri. Kad VEP ni bukan macam kad Touch n Go di sini yang boleh digunakan untuk mana-mana kereta tu tau.
4. Ikut Peraturan Lalulintas
Pandu dengan perlahan dan steady sahaja, banyak jalan yang hadkan pemanduan pada 70km/jam sahaja di sana. Kalau yang biasa pecut di Malaysia, bawak lah bersabar di negara orang daripada perlu hadap saman atau lebih teruk kena penjara huhu.
Nanti tak pasal-pasal tak boleh nak keluar dari Singapore sebab ada kena saman lebih had laju.
Kalau ada persoalan tentang nak bawa kereta ke Singapore ni boleh tanya di ruang komen, saya akan usaha jawab mana yang saya tahu. Untuk yang baru pertama kali nak ke Singapore, ini ada cadangan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati bila di snaa nanti.
Kalau ikutkan nak masuk Singapore cara lebih senang, boleh je naik kapal terbang. Saya selalu juga ke Singpore naik kapal terbang waktu kerja dulu. Pergi sana pun memang untuk urusan kerja. Jadi tak ada banyak tempat sangat nak pergi.
Sekarang ni dah kerja sendiri dan ada masa untuk santai-santai, pergi Singapore dengan kereta lebih senang nak pusing-pusing berjalan santai.
Silakan kongsikan post ni untuk manfaat lebih ramai yang nak pergi Singapore naik kereta.
Nina Salleh | Empowering moms