Kisah Inspirasi Dari Anak Felda

Kadang-kadang bila kita tengok orang berjaya hari ini, mudah sangat hati kita berkata,

“Untunglah dia…”

Nampak macam hidup senang. Seakan-akan semuanya datang bergolek. Nampak macam kejayaan itu berlaku begitu sahaja.

Tapi hakikatnya, ramai orang berjaya sebenarnya bermula dari tempat yang sangat biasa, yang mungkin langsung tidak dipandang orang.

Ada yang bermula tanpa duit banyak, hanya mahu income cukup untuk makan hari ini saja. Ramai juga yang bermula tanpa pengalaman.

Dari Anak FELDA Ke Income 6 Angka: Kisah Yang Bermula Dengan Muka Breakout

Ada yang bermula dengan penuh rasa takut, malu dan tidak yakin.

Begitulah kisah seorang wanita bernama Nurmie, seorang anak FELDA yang suatu ketika dahulu langsung tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah sejauh ini.

Hari ini, beliau dikenali sebagai seorang leader Shaklee yang berjaya capai rank tertinggi Shaklee iaitu Master Coordinator seawal usia 26 tahun dan ketika masih di bangku universiti.

income bisnes shaklee
Bermula dari masalah kulit

Pernah menikmati income tertinggi mencecah 6 angka, malah berpeluang ke luar negara beberapa kali setahun tjaan penuh Shaklee.

Siapa sangka, apa yang beliau kecapi hari ini bukan bermula dengan kemewahan. Jauh sekali dari modal yang besar.  Yang lebih menyentuh hati bila semuanya bermula dari seorang anak yang ingin berusaha memberikan ibunya (yang dipanggil mek) apa yang tak pernah dikecapi.

“Mek adalah Big Why Saya”

Sebagai seorang anak FELDA, beliau membesar dalam kehidupan yang serba cukup-cukup sahaja. Seperti ramai anak kampung lain, beliau melihat sendiri bagaimana ibu bapa berusaha keras membesarkan anak-anak.

Ada ketika, ibu sanggup berkorban lebih daripada apa yang mampu. Pergi berjualan dari rumah ke rumah demi untuk mencukupkan keperluan keluarga.

Ada masanya, ibu memilih untuk mengalah demi keluarga. Sebagai anak, Nurmie menyimpan satu impian kecil dalam hati.

“Kalau satu hari nanti hidup berubah, aku nak mek rasa senang.”

Impian itu mungkin nampak kecil bagi orang lain.

Tetapi bagi seorang anak yang membesar melihat pengorbanan ibu setiap hari, impian itu sangat besar.

Dan siapa sangka, impian itulah yang menjadi push factor terbesar untuk beliau mula serius membina bisnes.

Segalanya Bermula Dengan Muka Breakout

Lucunya, perjalanan Nurmie dalam dunia Shaklee tidak bermula dengan impian mahu membina team besar atau capai income tinggi.

Ia bermula dengan sesuatu yang ramai wanita boleh relate.

Masalah kulit breakout.

Ketika masih bergelar pelajar universiti, beliau bergelut dengan masalah kulit wajah yang agak teruk. Masalah kulit seperti jerawat yang teruk membuatkan keyakinan diri merudum. 

Kadang-kadang rasa malu bila keluar rumah. Dan ada masa rasa rendah diri melihat orang lain tampil lebih yakin.

Dalam usaha mencari solusi untuk diri sendiri, Nurmie dikenalkan dengan ESP dan Vivix Shaklee dari kakaknya, yang sudah bermula 4 tahun sebelum beliau. Dari situ beliau mula mengenali dunia nutrisi dan kesihatan dalaman.

cara mula bisnes shaklee
Dari jerawat kepada peluang income

Beliau mula belajar sedikit demi sedikit. Mula faham bahawa badan perlukan sokongan yang betul. Dan bahawa kesihatan dalaman juga memberi kesan kepada keyakinan diri.

Tanpa sedar, perubahan kecil pada dirinya mula membuka satu jalan baru.

Bermula Dengan Berkongsi Pengalaman Sendiri

Ramai orang ingat bisnes kena mula besar. Tapi sebenarnya dan kebanyakannya bermula dengan niat untuk sihatkan diri sendiri dahulu. Tanpa ada pengalaman bisnes dan tak reti nak bercakap.

Namun, alah bisa tegal biasa. Bila kita dah nampak peluang depan mata, tinggal nak buat saja begitu juga dengan Nurmie. Beliau mula berkongsi pengalaman sendiri di media sosial.

Walaupun tanpa ilmu bisnes yang hebat, dan kalau baca semula apa yang pernah ditulis memang boleh gelak sampai berair mata. Itulah pelajara yang paling besar, bila kita belajar dari pengalaman. 

Mula saja walaupun tanpa followers yang berpuluh ribu, tanpa gambar cantik atau handphone canggih. Selagi ada internet dan ada kemahuan, itu selangkah menuju kejayaan.

Yang menarik dari kisah Nurmie, bila beliau mula berkongsi maka orang pun mula bertanya, kemudia percaya dan keinginan untuk mencuba. Begitulah perangai manusia yang inginkan pengalaman sendiri.

Income Pertama Sangat Kecil, Tapi Sangat Bermakna

Satu perkara yang sangat menarik tentang perjalanan Nurmie ialah beliau tidak bermula terus dengan income besar.

Income pertama sekitar RM122. Dari situ sedikit demi sedikit berkembang. Mungkin bagi sesetengah orang angka itu nampak kecil.

Tetapi bagi seorang student universiti, ia memberi satu harapan baru.

berapa bonus shaklee
Income bisnes Shaklee Nurmie semakin meningkat

Buat pertama kali, beliau mula nampak bahawa usaha kecil sebenarnya boleh berkembang jika dibuat secara konsisten.

“Eh… benda ni mungkin boleh pergi jauh.”

Sebab sentiasa percaya bahawa rezeki itu dari Allah swt Yang Maha Kaya, beliau berjaya beli kereta sejak di universiti. Jadi mahasiswa bergaji empat angka!

Tak Tunggu Perfect Untuk Bermula

Satu perkara yang membezakan Nurmie dengan ramai orang lain ialah beliau tidak tunggu perfect untuk mula.

Ramai orang terlalu lama ‘menunggu’.

Nak tunggu pandai dulu, kemudian kena bina yakin dulu. Ada yang masih bertangguh sebab nak tunggu result sendiri cantik dulu. Yang masih menunggu masa sesuai pun ramai tapi ketahuilah masa sesuai ialah sekarang.

Berbeza dengan Nurmie yang tetap pilih untuk bermula walaupun semuanya belum sempurna. Dan masih banyak kekurangan kerana ada ibu yang ingin dibahagiakan sebelum diambil Tuhan.

Dan keputusan itulah yang akhirnya mengubah keseluruhan hidup beliau.

Dari Student Universiti Ke Income 4 Angka

Ketika ramai pelajar universiti masih bergantung kepada duit PTPTN atau ibu bapa, Nurmie mula membina sesuatu untuk dirinya sendiri.

Sedikit demi sedikit beliau tetap belajar dan peroleh ijazah sarjana muda di samping membantu lebih ramai dan bina jaringan perhubungan dengan orang ramai.

Hinggalah berjaya mencapai income 4 angka ketika masih bergelar pelajar universiti.

income bisnes shaklee
Income bisnes shaklee

Bukan sebab terus hebat.

Tetapi kerana beliau tidak berhenti.

Dari Income RM2K Ke RM3K Sebulan

Selepas lebih konsisten membina team dan membantu lebih ramai orang, perkembangan mula berlaku lebih pantas.

Beliau mula naik rank.

Income juga semakin meningkat.

Daripada sekitar RM2,000 sebulan… melonjak kepada RM3,000+ sebulan.

Dan semua itu berlaku ketika masih muda.

Masih belajar.

Masih membina masa depan.

Tak Pernah Merasa Naik Flight, Kini Ditaja Keluar Negara

Kalau dulu, kapal terbang mungkin hanya dipandang dari jauh.

Hari ini?

Nurmie pernah menerima tajaan ke beberapa negara luar hasil prestasi bisnes yang dibina.

Sesuatu yang suatu ketika dahulu terasa mustahil untuk seorang anak FELDA.

Tetapi itulah realiti bila seseorang sanggup konsisten bertahun-tahun.

Bukan sebab bernasib baik.

Tetapi sebab tidak berhenti.

Income Tertinggi Cecah 6 Angka

Perjalanan yang bermula daripada muka breakout akhirnya membawa kepada sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam fikiran.

Income tertinggi pernah mencecah 6 angka.

Tetapi menariknya, bila ditanya apa yang paling bermakna…

Jawapannya bukan angka.

Tetapi peluang untuk:

✔️ membantu ibu hidup lebih selesa
✔️ memberi semula kepada keluarga
✔️ membantu ramai orang sihat
✔️ membuka peluang kepada orang lain

Kerana bagi Nurmie,

“Bila kita bantu orang berjaya, rezeki itu akan datang sendiri.”

Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Kisah Nurmie?

Kadang-kadang kita rasa hidup orang lain terlalu jauh.

“Tengoklah dia, aku mana boleh…”

Ini kisah benar, dari seorang anak FELDA yang hanya bermula untuk pulihkan keyakinan diri.

Dengan berkongsi pengalaman sendiri, dengan income pertama sebanyak RM122, kini dia mampu dengan izin Allah swt membeli beberapa biji kereta dan rumah sebagai aset dengan 100% income bisnes Shaklee. eorang anak FELDA.

Yang bermula dengan muka breakout.

Kadang-kadang hidup terasa susah sebab kita selalu fikir orang lain lebih bertuah.

Tapi kisah Nurmie mengajar satu perkara penting. Tak semestinya kena bermula dengan sempurna untuk berjaya.

Kerana perubahan besar selalunya bermula dengan langkah yang sangat kecil.

Hari ini mampu membina income yang dulu terasa mustahil, melihat dunia melalui tajaan luar negara, dan paling bermakna dapat membantu ibu serta membuka peluang kepada lebih ramai orang.

Beliau berani mula walaupun belum sempurna.

Mungkin hari ini ada yang sedang membaca ini sambil fikir,

“Aku boleh ke buat macam ni?”

Tiada siapa terus hebat pada hari pertama. Semua orang bermula dengan kosong.

Yang penting bukan seberapa laju kita berjalan. Tetapi sama ada kita berani mengambil langkah pertama atau tidak.

Kerana kadang-kadang, satu keputusan kecil hari ini boleh jadi titik perubahan besar dalam hidup kita beberapa tahun akan datang. Daftar sini untuk bermula.

Nina Salleh | Mula Bisnes Shaklee

vitamin malaysia
Picture of E-Book Ubah Diet

E-Book Ubah Diet

E-book ubah diet yang sesuai bagi kalian yang nak betulkan kesihatan, dengan pemakanan sebagai gaya hidup.

Dengan pembelian e-book, kalian akan dapat guide personal serta group coaching secara PERCUMA.

Leave a Reply

Whatsapp Nina Salleh